Showing posts with label jpp. Show all posts
Showing posts with label jpp. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Apa motif penyokong Azmin berkumpul ?

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Mesyuarat pimpinan tertinggi PKR

Tarikh : 10/6/2014


Maklumat awal yang pihak media terima ialah satu mesyuarat pimpinan tertinggi akan berlangsung pada sebelah malam dan dijangkakan akan merumuskan beberapa isu penting bersangkutan pemilihan parti. Sejak tuduhan yang dilempar oleh Chegubard, masih belum ada keputusan atau reaksi dari pimpinan tertinggi. Maklumat juga diterima bahawa akan berlaku demonstrasi oleh ahli-ahli PKR yang tidak berpuashati dengan perjalanan proses pemilihan PKR dibanyak cabang seluruh negara.

Setelah menunggu hampir tiga jam, yang muncul hanya lebih kurang 30 budak-budak muda yang bertempiaran lari apabila pihak media cuba mendekati mereka. Demonstrasi besar besaran yang diwar warkan tidak menjadi dan pihak pimpinan PKR pula enggan memberi kerjasama dalam memberi maklumat atau news-update yang dinanti nantikan.

Yang menjadi persoalan apa tujuan sebenar hanya penyokong Azmin yang berkumpul ?. Adakah mereka menjangkakan akan berlaku keputusan besar yang akan membawa implikasi negatif terhadap masa depan Azmin dalam PKR ?


Amin Roslan dari Cabang PKR Sepang mengaku bertanggungjawab mengumpul
200 orang yang kebanyakkan budak-budak muda yang baru jadi ahli. Tapi yang
menunjukkan muka hanya lebih kurang 30 orang 
http://www.youtube.com/watch?v=U2eGrVZZ1ew

Azmin bertemu penyokong 
http://www.youtube.com/watch?v=fVSGdc37tTQ

1
 2  MB Khalid Ibrahim ketika meninggalkan Ibupejabat PKR
 3
 4  Azmi Roslan dari PKR Cabang Sepang
 5  Lajim Ukin menjawab soalan mengenai gerakan untuk Sabah keluar dari Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=3MU6vXXyjVU

 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15


Saturday, 17 May 2014

Ada usaha nak jadikan PKR merana seperti DAP

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Anwar Ibrahim mengenai Pemilihan PKR

Tarikh : 16/5/2014


Anwar Ibrahim mengesahkan berikut :-

1. terdapat bukti dalam bentuk foto dan video mengenai pelanggaran disiplin dan keganasan
yang dilakukan ahli sendiri

2. JPP diarah ambil tindakan tegas terhadap ahli yang melakukan pelanggaran disiplin, penipuan dan kekerasan hingga ke tahap pemecatan

3. Terdapat usaha dikalangan ahli untuk mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) kedalam kancah pemilihan sepertimana yang dilakukan oleh ahli DAP dalam pemilihan DAP. 



1
 2
 3
 4
Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Calon Ketua Cabang Kuala Selangor

Friday, 16 May 2014

Pelbagai tuduhan keatas Khalid Ibrahim

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Anwar Ibrahim mengenai Pemilihan PKR

Tarikh : 16/5/2014


Khalid Ibrahim dituduh menyalah gunakan jentera kerajaan negeri bagi kepentingan beliau dalam pemilihan di Cabang Kuala Selangor termasuk lah penggunaan gangster taukeh pasir..




Ejen Khalid Ibrahim dituduh jolok duit

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Anwar Ibrahim mengenai Pemilihan PKR

Tarikh : 16/5/2014


Mantan MP Kapar, S.Manikavasagam yang kini menjadi calon Ketua Cabang Kuala Selangor telah digantung keahlian setelah didapati bersalah mendedahkan salahlaku lawan beliau, Khalid Ibrahim kepada media.

Beliau kini merayu kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk mengkaji semula kes beliau dan membenarkan beliau bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. Beliau juga bertanding kerusi Majlis Pimpinan Pusat.




Tuesday, 13 May 2014

PKR menjanjikan peluang menjadi pemimpin

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

Tarikh :12/5/2014


Sidang media Johari Abdul berjalan hampir sejam dan penerangan dilakukan panjang lebar dan ada yang berulang ulang... tetapi secara ringkas nya saya dapat merumuskan bahawa kekecohan yang berlaku sana sini boleh lah dianggap sebagai sebahagian daripada proses "managing success" oleh JPP. 

Apa yang dimaksudkan ialah dari segi jumlah calon yang menawarkan diri sampai mencecah 10,000 orang dan jumlah besar yang keluar mengundi pun di luar jangkaan JPP sendiri. 

Berbanding tahun 2004 dimana calon terpaksa 'dipujuk' untuk bertanding, kini terlalu ramai yang ingin menjadi pemimpin. Ini menunjukkan PKR mempunyai masa depan yang cerah dan dapat menjanjikan peluang dan wadah politik kepada ramai calon.



10 Cabang PKR Selangor kena undi semula

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

Tarikh :12/5/2014


10 daripada 22 Cabang dalam Selangor disahkan batal pemilihan dan akan berlaku pemilihan semula :-

1. Ulu Langat
2. Sabak Bernam
3. Sungai Besar
4. Subang
5. Kelang
6. Selayang
7. Kota Raja
8. Kuala Selangor
9. Ulu Selangor
10. Kapar




1
 2
 3  L-R  **Abd Malek Hussin - Pengerusi Panel Bantahan JPP, Johari Abdul - Pengerusi JPP, Dr Tan Yee Kew - Timbalan Pengerusi JPP
 4

** Abd Malek Hussin yang juga bekas Pengerusi MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections)