Showing posts with label pemilihan. Show all posts
Showing posts with label pemilihan. Show all posts

Saturday, 16 June 2018

Ku Li akhirnya umum menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO

Acara : Sidang media Ku Li umum tanding kerusi Presiden UMNO

Lokasi ; Kediaman Ku Li di Langgak Golf, Kuala Lumpur

Tarikh : 16/6/2018 @ 2.00 pm


Video 1 -

UMNO memerlukan pemimpin matang politik

Tagline - Ikhlaskan Jiwa Martabatkan Maruah

Ikuti rakaman sidang media ini sepenuh nya untuk memahami aspirasi calon Presiden dari Gua Musang .




Video 2 - Contoh berpolitik matang yang ditunjuk oleh Johari Abdul Ghani, Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa. Kerajaan Pakatan Harapan perlu dihormati dan diberi ruang untuk melakukan kerja bina semula Malaysia demi rakyat





**********************************************************************************************************************************

1
 2
 4
5
 6


Thursday, 4 June 2015

Muktamar Tahunan PAS ke 61 - proses pengundian

Lokasi : Stadium Tertutup, Kuala Selangor, Selangor

Acara : Muktamar Tahunan PAS ke 61 - proses pemilihan 

Tarikh : 4/6/2015


1189 ahli yang layak mengundi mula membuang undi bermula lebih kurang dari jam 4.15 pm. Keputusan dijangka diperolehi lewat malam ini. Proses berjalan lancar dan teratur tanpa sebarang kejadian tidak diingini

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 12 June 2014

Apa motif penyokong Azmin berkumpul ?

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Mesyuarat pimpinan tertinggi PKR

Tarikh : 10/6/2014


Maklumat awal yang pihak media terima ialah satu mesyuarat pimpinan tertinggi akan berlangsung pada sebelah malam dan dijangkakan akan merumuskan beberapa isu penting bersangkutan pemilihan parti. Sejak tuduhan yang dilempar oleh Chegubard, masih belum ada keputusan atau reaksi dari pimpinan tertinggi. Maklumat juga diterima bahawa akan berlaku demonstrasi oleh ahli-ahli PKR yang tidak berpuashati dengan perjalanan proses pemilihan PKR dibanyak cabang seluruh negara.

Setelah menunggu hampir tiga jam, yang muncul hanya lebih kurang 30 budak-budak muda yang bertempiaran lari apabila pihak media cuba mendekati mereka. Demonstrasi besar besaran yang diwar warkan tidak menjadi dan pihak pimpinan PKR pula enggan memberi kerjasama dalam memberi maklumat atau news-update yang dinanti nantikan.

Yang menjadi persoalan apa tujuan sebenar hanya penyokong Azmin yang berkumpul ?. Adakah mereka menjangkakan akan berlaku keputusan besar yang akan membawa implikasi negatif terhadap masa depan Azmin dalam PKR ?


Amin Roslan dari Cabang PKR Sepang mengaku bertanggungjawab mengumpul
200 orang yang kebanyakkan budak-budak muda yang baru jadi ahli. Tapi yang
menunjukkan muka hanya lebih kurang 30 orang 
http://www.youtube.com/watch?v=U2eGrVZZ1ew

Azmin bertemu penyokong 
http://www.youtube.com/watch?v=fVSGdc37tTQ

1
 2  MB Khalid Ibrahim ketika meninggalkan Ibupejabat PKR
 3
 4  Azmi Roslan dari PKR Cabang Sepang
 5  Lajim Ukin menjawab soalan mengenai gerakan untuk Sabah keluar dari Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=3MU6vXXyjVU

 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15


Tuesday, 13 May 2014

PKR menjanjikan peluang menjadi pemimpin

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

Tarikh :12/5/2014


Sidang media Johari Abdul berjalan hampir sejam dan penerangan dilakukan panjang lebar dan ada yang berulang ulang... tetapi secara ringkas nya saya dapat merumuskan bahawa kekecohan yang berlaku sana sini boleh lah dianggap sebagai sebahagian daripada proses "managing success" oleh JPP. 

Apa yang dimaksudkan ialah dari segi jumlah calon yang menawarkan diri sampai mencecah 10,000 orang dan jumlah besar yang keluar mengundi pun di luar jangkaan JPP sendiri. 

Berbanding tahun 2004 dimana calon terpaksa 'dipujuk' untuk bertanding, kini terlalu ramai yang ingin menjadi pemimpin. Ini menunjukkan PKR mempunyai masa depan yang cerah dan dapat menjanjikan peluang dan wadah politik kepada ramai calon.



10 Cabang PKR Selangor kena undi semula

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

Tarikh :12/5/2014


10 daripada 22 Cabang dalam Selangor disahkan batal pemilihan dan akan berlaku pemilihan semula :-

1. Ulu Langat
2. Sabak Bernam
3. Sungai Besar
4. Subang
5. Kelang
6. Selayang
7. Kota Raja
8. Kuala Selangor
9. Ulu Selangor
10. Kapar




1
 2
 3  L-R  **Abd Malek Hussin - Pengerusi Panel Bantahan JPP, Johari Abdul - Pengerusi JPP, Dr Tan Yee Kew - Timbalan Pengerusi JPP
 4

** Abd Malek Hussin yang juga bekas Pengerusi MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections)


Monday, 30 September 2013

Dakwat tak kekal untuk pemilihan CEC

Lokasi : One World Hotel, Damansara Utama, Selangor

Acara : Kongres Khas Parti DAP 2013 bagi melantik semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat

Tarikh : 29/9/2013 



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17  Selepas gambar ini dirakam Jenice menggunakan kertas tisu untuk menghilangkan dakwat dijari. Dua tiga kali lap telah dengan mudah menghilangkan kira-kira 80% daripada kesan dakwat tersebut.
 18