Acara : Keluar dan #LAWAN anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat
Lokasi : Dataran Merdeka, KL
Tarikh : 31/7/2021
Petugas memastikan physical distancing diantara para peserta himpunan.
jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Keluar dan #LAWAN anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat
Lokasi : Dataran Merdeka, KL
Tarikh : 31/7/2021
KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PUTRA
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
1hb Julai 2021
TANGANI COVID 19, PEMULIHAN EKONOMI DAN DERITA RAKYAT
1. KERAJAAN GAGAL, ini adalah sentimen utama rakyat yang turut disuarakan PUTRA apabila 6,276 angka kes baharu yang di catatkan sehingga semalam (30 Jun 2021) diumumkan. Dalam keadaan darurat dan juga "lockdown" separuh masak ini, angka kes baharu ini menunjukkan KERAJAAN GAGAL segagal-gagalnya menangani pandemik COVID-19 seperti yang diharapkan rakyat, dan dicanang sebagai 'kejayaan' oleh kerajaan dan penyokong kerajaan.
2. Mengapa KERAJAAN GAGAL? Pada pandangan saya, selaku seorang yang pernah berada dalam kerajaan dahulu dan pernah menjadi sebahagian daripada perangka polisi negara, pelan tindakan dan mekanisma pelaksanaan SANGAT LEMAH menjadi sebab kepada kegagalan secara menyeluruh pentadbiran negara Malaysia.
3. Dasar yang di gubal adalah 'flip-flop' dan 'double-standard' yang lebih memihak kepada pihak kapitalis dan bukan ke arah kepentingan rakyat dan negara. Pelan dan inisiatif yang 'direka' umpama melepaskan batuk di tangga, nampak sahaja gah apabila diumumkan tetapi dari segi impaknya kepada rakyat dan negara, bukan menyenangkan, malah makin menyusahkan dan menekan rakyat dengan pelaksanaannya oleh pihak kerajaan tidak menyeluruh dan mampan dalam ertikata lain tiada "thought through process".
4. Dalam PKP 3.0 ini, hampir semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan "lockdown", dan, perniagaan tidak "essential", seperti kedai alat tulis dan percetakan, salon gunting rambut, servis komputer dan telefon bimbit dan lain-lain tidak dibenarkan beroperasi. Sekolah pula terpaksa tutup akibat dari kes COVID-19 yang masih lagi tinggi. Dalam keadaan kesempitan dan kesulitan, anak-anak dirumah tetap terpaksa menjalani pembelajaran atas talian (PdPR) dan pada masa yang sama ada latihan-latihan yang diberikan memerlukan percetakan dan ada juga yang kehabisan alat tulis seperti kertas A4, buku latihan dan sebagainya.
Hal ini amat menyukarkan dan lebih buruk lagi jika peranti atau komputer mereka rosak, mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran akibat daripada kedai membaiki alat peranti dan komputer tidak dibenarkan beroperasi. Ada pula ahli politik yang menangguk di air keruh dengan mencadangkan agar anak-anak yang tidak hadir ke kelas PdPR sebanyak tiga kali berturut-turut wajar digantung persekolahan. Kezaliman apakah yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ini, dan adakah virus Covid-19 ini telah 'merosakkan' ahli politik Malaysia sehingga hilang kewarasan dalam berbicara hal ehwal kelestarian rakyat?
5. Kerajaan telah membelanjakan RM600b sejak pandemik COVID-19 ini melanda negara. Ini adalah satu perbelanjaan yang amat besar akan tetapi masih lagi belum berhasil untuk menangani pandemik ini, malangnya menjadi lebih teruk berbanding tahun 2020.
Kerajaan boleh berbincang dengan pengusaha-pengusaha kilang dan pemilik hotel untuk menyewa dewan dan fasiliti mereka untuk tujuan mengagihkan vaksin. Pengusaha Hotel boleh hidup dan tidak perlu tutup atau buang pekerja. Apa guna melaksanakan Darurat, jika kerajaan tidak boleh bertegas untuk kepentingan rakyat? Bukankah di bawah kuasa Darurat kerajaan boleh menggunakan apa sahaja hak swasta dan individu termasuk hak kebebasan bergerak rakyat?
Jika dari awal lagi kerajaan bijak menguruskan kewangan negara bagi menangani pendamik Covid-19, pastinya perbelanjaan ini tidak perlulah sebanyak RM600b kerana angka kes sudah menurun kepada 3 atau 2 angka sahaja. Pepatah Melayu ada mengatakan "mencegah lebih baik daripada mengubati", namun apa yang berlaku umpama "harapkn pegar, pegar makan padi", harapkan kerajaan, kesusahan rakyat pula makin menjadi-jadi. Mungkin ada yang mengaut keuntungan besar di musim darurat dan Covid-19 dari pembelian vaksin dan program vaksinasi yang bercelaru tetapi kos perbelanjaan yang tinggi.
6. Ini belum lagi mengambil kira faktor kerajaan yang GAGAL MEMBAWA MASUK PELABURAN dari luar negara bagi merancakkan ekonomi negara agar dapat meningkatkan pendapatan rakyat, dan secara tidak langsung menjamin kestabilan ekonomi negara. TIADA KEJAYAAN LANGSUNG yang boleh diperkatakan tentang kerajaan Malaysia masa kini. Hanya KERAJAAN GAGAL serba-serbi.
Apabila KERAJAAN GAGAL membawa masuk pelabur dan berbelanja sebesar ini, maka ia memberi impak negatif kepada mikro ekonomi iaitu ekonomi seharian rakyat. Apabila ekonomi rakyat tidak rancak, ianya akan mengurangkan peluang perniagaan secara tidak langsung peluang pekerjaan semakin sempit. Dengan peningkatan kadar pengangguran, maka kadar jenayah dan penyakit-penyakit tekanan mental juga akan meningkat.
7. Dengan pelaksanaan PKP banyak sektor ekonomi seperti, pelancongan, sukan, hiburan, peniaga kecil dan sebagainya terpaksa ditutup dan hilang pendapatan bagi menurunkan kes baharu pandemik ini. Apabila "lockdown" yang dikuatkuasakan oleh kerajaan gagal mengekang kes baharu Covid-19, sia-sia sahaja 'pengorbanan' rakyat dari segi hilang punca pendapatan dan simpanan yang makin menyusut dan akhirnya tiada apa yang tinggal jika pentadbiran KERAJAAN GAGAL ini berterusan.
Tidak dapat dinafikan rentetan kegagalan kerajaan telah menimbulkan masalah baharu iaitu masalah psikososial yang berpunca daripada hilang sumber pendapatan dan juga perbelanjaan harian yang perlu ditanggung. Ini adalah salah satu faktor peningkatan kes bunuh diri di kalangan rakyat dan juga timbulnya inisiatif kibar bendera putih. INI MEMBUKTIKAN KERAJAAN TELAH GAGAL MENJAGA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. Sepatutnya KERAJAAN GAGAL yang MENGIBARKAN BENDERA PUTIH dan bukan rakyat.
8. Perdana Menteri telah mengumumkan dalam Pelan Pemulihan, rakyat akan dapat moratorium bagi semua pinjaman bermula bulan Julai nanti. Tetapi rakyat perlu menghubungi pihak bank untuk memohon Moratorium. Tidakkah kerajaan sedar bahawa apabila melibatkan Moratorium secara tidak langsung ia juga melibatkan penukaran perjanjian lama kepada yang baharu? Tidakkah juga Perdana Menteri sedar bahawa apabila tempoh perjanjian sesuatu pinjaman pihak bank akan mengenakan caj-caj yang tertentu? Banyak birokrasi yang rakyat perlu lalui semata-mata untuk melanjutkan tempoh Moratorium. Kerajaan perlu fikirkan kaedah untuk meringankan beban rakyat untuk tidak membayar sebarang caj tambahan pada masa depan.
Apabila pengumuman moratorium dibuat, ianya hanya melibatkan perkara pinjaman sahaja. Bagaimana pula bagi sewa rumah dan sewaan premis? Adakah kerajaan lupa, atau berpura-pura terlepas pandang bahawa inilah antara punca kerisauan rakyat dan peniaga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Perniagaan tidak beroperasi tetapi sewa bulanan perlu dibayar begitu juga dengan penyewa rumah. Ini salah satu punca meningkatnya masalah psiko-sosial ini.
9. Dari sudut I-Citra pula, usahlah kerajaan bangga dengan meluluskan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KERANA ITU ADALAH WANG SIMPANAN RAKYAT. Sepatutnya kerajaan mencari dana lain untuk disalurkan terus kepada rakyat. BUKAN GUNA DUIT SIMPANAN RAKYAT.
10. Oleh itu, saya menyarankan kepada pihak kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, untuk menyemak semula inisiatif yang diberikan kepada rakyat agar ianya berbentuk satu pelan yang menyeluruh dan mampan serta berpijak di bumi yang nyata dan bukannya semakin menyusahkan rakyat. Berhentilah memperkotak-katikkan rakyat yang telah banyak merana atas kegilaan kerajaan yang lemah dan serabut ini. Banyak sumber kewangan rakyat telah dibazirkan dan hasilnya gagal. Inilah punca mengapa Parlimen perlu bersidang SEGERA SEBELUM KEADAAN MAKIN TERUK.
DYMM YDPA sudah 3 kali bertitah agar Parlimen segera bersidang sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos 2021.
Terima Kasih.
16hb Jun 2021
PLAN PEMULIHAN NEGARA
1. PM telah mengumunkan 4 Fasa Strateji Plan Pemulihan Negara pada petang 15hb Jun 2021, sehari sebelum Perjumpaan Raja Raja Melayu pada 16hb Jun 2021. Apa strateji nya fikir-fikir sendirilah.
2 Plan ini juga bolih di ibaratkan Plan tali hayat PN untuk kekalkan DARURAT dan di jangka Parlimen akan bersidang pada September atau Oktober tapi dengan syarat-syarat tertentu. Darurat patut tamat pada 1 Ogos 2021. Kenapa pula Parlimen di jangka bersidang September atau Oktober? Patut nya awal September sudah bolih bersidang.
MALAH SEKARANG PUN PARLIMEN BOLIH BERSIDANG KERANA DYMM YDPA TELAH BERI PERKENAAN UTK PARLIMEN BERSIDANG
Rakyat tidak bodoh untuk berfikir atas mainan licik politik yang mempersendakan Sistem Demokrasi Berparlimen. Kalau dahan sudah rapuh, buat macam mana pun, dahan tetap patah. Ikatlah dahan dengan tali ropia setakat yang bolih.
3. Mungkin benar ada yang mendakwa darurat kekal dan mahu di lanjutkan kerana mahu bergayut pada kuasa sebab hilang majoriti. Benjamin Netanyahu, Israel, hilang jawatan PM dengan satu undi sahaja. Bila kekal berkuasa di bawah Darurat, banyak keputusan bolih di buat tanpa semak dan imbang dan bolih nyahkan semua prosedure. Mudah lah lulus projek direct nego dan macam-macam lagi. Ini dakwaan sesetengah pihak dan persepsi rakyat.
4. PUTRA tidak mahu memberi apa-apa reaksi atau ulasan terhadap apa-apa rancangan Plan Pemulihan yang di umumkan. PUTRA hanya mahu tunggu dan lihat keberkesanan nya. Budaya, belum apa-apa sudah puji melangit. Hasil nya belum ada. Atau mengecam secara tiba tiba, tanpa beri peluang kepada pihak yang bertanggungjawab.
Selalu nya yang di kata good policy tapi berakhir dengan kegagalan demi kegagalan. Sudah banyak bukti. Keupayaan perlaksanaan adalah terburuk di Malaysia
Tengok saja lah program imunisasi yang kelam kabut dan pencapaian nya setakat F kalau exam SPM. Belanja nya berpuluh juta.
"Bunyi guruh di langit tapi hujan tak turun".
"Ayam berkokok, hari tidak siang".
5. PUTRA tidak bercadang untuk bagi apa apa cadangan, kecuali mengesa Parlimen bersidang segera. Biar MP-MP buat cadangan, semak dan imbang. Kalau bagi cadangan pun, bukan di beri perhatian pun. WIRA PUTRA sebelum ini telah menyuarakan 10 cadangan pasca covid 19. Tinggal cadangan saja lah..
6. Semuga Perjumpaan Raja-Raja Melayu pada 16hb Jun menghasilkan kegembiraan untuk rakyat jelata. Keputusan yang akan dilihat RAJA BERDAULAT RAKYAT BERKAT.
PUTRA PERKASA NEGARA
Salam Perjuangan Rakyat
Dato Paduka Dr Ibrahin Ali
Presiden Putra.
15hb Jun 2021
10mlm