Acara : Sidang media khas selepas mesyuarat Tok Him dengan
Lokasi : Ibu pejabat PUTRA, Kuala Lumpur
Tarikh : 19/10/2021
Video 1 - PUTRA akan hantar calon untuk PRN Melaka
jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Sidang media khas selepas mesyuarat Tok Him dengan
Lokasi : Ibu pejabat PUTRA, Kuala Lumpur
Tarikh : 19/10/2021
Video 1 - PUTRA akan hantar calon untuk PRN Melaka
SEGERA
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
PM,AG, ANGGOTA KABINET SEGERA LETAK JAWATAN
1. ASTAGHFIRULLAH tergamak YAB PM bersama Menteri Undang-undang menghina YDPA apabila mengumunkan Darurat telah di tamatkan pada 21hb July 2021. Hari ini DYMM YDPA secara terbuka melahirkan rasa dukacita. Amat memalukan rakyat dan negara kerana DYMM YDPA belum memberi perkenaan serta Titah Baginda mesti di bahas pembatalan di Dewan Rakyat. Hari ini DUNIA ketawakan MALAYSIA NEGARAKU. Bolih isytihar 29hb July 2021 HARI RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA MALU.
2. PERISTIWA HITAM INI BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH PARLIMEN MALAYSIA SEJAK MERDEKA APABILA KERAJAAN MEMPERLECEHKAN KETUA DAN PAYONG NEGARA SERTA ENGKAR KEPADA KELUHURAN UNDANG-UNDANG.
3. TIDAK ADA KATA untuk berkata kata lagi bagi kita Rakyat Malaysia yang TAAT SETIA KEPADA DYMM YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU SERTA MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI BERPALIMEN DAN RAJA PERLEMBAGAAN.
4. MAKA PM KE-8 INI WAJIB LETAK JAWATAN SEGERA. PERLETAKAN JAWATAN SEGERA WAJIB SEBELUM RAKYAT BANGKIT DENGAN KATA DUA. Perletakan Jawatan sebagai PM bermakna semua anggota Kabinet terbubar kerana turut bertanggungjawab.
PUTRA bersuara dengan jelas dan tegas kerana menjunjung Keluhuran Undang-undang dan Perlembagaan Negara dan *bukan kerana POLITIK* demi menjunjung MARUAH RAJA DI SINGGAHSANA. RUKUN NEGARA MENJADI PRINSIP AMALAN RAKYAT MALAYSIA.
5. AG turut bertanggungjawab dan sebagai pengamal undang-undang yang arif dengan Perlembagaan Negara wajib juga menentukan sikap peranan nya dengan betul atau mengundur diri secara terhormat.
6. PUTRA berdoa dan berharap DYMM YDPA bersama MRRM akan bertindak sewajarnya dalam mengembalikan institusi dan pemerintahan negara yg beradab, effisen, bersih dan berintegriti.
PUTRA yakin dan merafak sembah akan kebijaksanaan DYMM YDPA yg bertahta di Singahsana dengan penuh DAULAT DAN KESETIAN RAKYAT YG TIDAK BERBELAH BAGI
7. INSYA ALLAH masih ada Hari Esok Untuk Rakyat dan Negara jika semua kerja di buat dengan ikhlas, telus dan berintegriti.W alau macam mana hebat ancaman Covid19 dan Ekonomi Rakyat dan Negara Merundum serta berbagai masaalah yang kronik berlaku sekarang akan dapat penyelesaian dengan berkat pertolongan Allah swt. Hanya perbuatan dan doa dengan hati yang bersih sahaja di makbulkan Allah.Insya allah.
*DAULAT TUANKU*
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra
29.7.2021.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
11hb July 2021
TSMY WAJIB LETAK JAWATAN PM
1. PUTRA adalah Parti yang tidak memihak kepada mana mana blok PN atau PH atau BN. PUTRA adalah Parti kuasa ketiga (third force) berdiri dan tegak atas prinsip DEMOKRASI BERPALIMEN, RAJA BERPELEMBAGAAN, MENJUNJUNG KELUHURAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) dan bukan PARTI bersifat hipokrit serta bersendiwara . Jika putIh kata putIh dan bukan Parti Menang Sorak Kampong Tergadai.
2. Maka Putra berpendapat NAMPAK JELAS DAN BUKAN TAK JELAS YAB TSMY PM serta kerajaan nya SUDAH HILANG MAJORITI DI PARLIMEN. Ini susulan dari penarikan sokongan Parti UMNO kepada YAB PM TSMY dan keluar dari PN. Ia nya sama kaedah diwaktu YAB TSMY di lantik menjadi PM ke-8 oleh DYMM YDPA melalui kaedah sokongan blok Parti dan bukan di kira dari pendirian secara individu ahli-ahli Parlimen. Tun Dr Mahathir dan 4 kumpulan nya mendakwa tidak bersetuju tetapi di borong sebakul dari Parti Bersatu menyokong YAB TSMY. Maka DYMM YDPA menggangap YAB TSMY mendapat sokongan majoriti. Memang tidak nampak dan semua pihak tidak sedar.
3. Terkini selepas Parti UMNO tarik diri menyokong YAB TSMY sebagai PM , sudah ada di kalangan Ahli Ahli Parlimen dari UMNO mengumunkan pendirian mereka menarik sokongan kepada YAB TSMY selaku PM kerana taat kepada arahan Parti. Mereka ini di kalangan yang bermoral dan setia kepada Parti dan bukan laugan kosong. Sebelum ini pun sudah ada MP UMNO yang berbuat demikian dan ada juga yang surung tarik buah keranji dalam perahu.
4. Sebelum ini dunia tahu sokongan sokongan kepada TSMY sebagai PM berjumlah 113 sahaja dari jumlah 220 (2 meninggal dunia). Maka mengambil kira atas penarikan sokongan Parti UMNO dan perisytiharan sebahagian Ahli-ahli Parlimen UMNO secara terbuka, maka jelaslah YAB TSMY telah hilang sokongan majoriti di Parlimen. Nampak jelas dan tidak perlu pakai cermin mata untuk tengok dengan jelas. Berjalan tengah malam pun, tidak perlu pakai lampu suluh.
5. MAKA TSMY TIADA PILIHAN SELAIN DARI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PM. Perlu tunggu apa lagi. Nama pun sudah masuk dalam sejarah sebagai PM ke-8. Ok lah tu. Jika YAB TSMY berjiwa besar dan bersifat negarawan, maka berundur secara terhurmat bagi membolihkan DYMM YDPA Payong Negara mengambil tindakan selanjutnya untuk menamatkan krisis politik, krisis perlembagaan, krisis nilai rakyat dengan berbagai kegelisahan akibat kegagalan kerajaan menangani isu Covid19 secara berkesan serta ekonomi negara yang terus merundum.
6. YAB TSMY patut mengambil iktibar saperti Tun Abdullah Badawi yang meletakan jawatan secara terhormat apabila di desak sewaktu menjadi PM ke-5 kerana kekalahan teruk BN pada PRU 2008 dan kekecohan budak Tingkat 4 di PMO. Tan Sri jangan lupa.
YAB TSMY juga turut mendesak Tun Abdullah Badawi letak jawatan kerana nampak peluang dapat mengisi jawatan TPM apabila YB Dato Seri Najib Razak mengisi jawatan PM ke 6. Sejarah selalu mengukir dan berulang Ini pun orang nampak
7. Tun Abdullah Badawi tunjuk tauladan yang baik kerana keilmuan agama Islam nya. Selalu jadi iman dan baca doa. Saya masih ingat kerana lama juga dalam UMNO. 12 Tahun menjadi ketua bahagian UMNO Pasir Mas dan macam-macam jawatan termasuk Ahli MKT selama 6 tahun dan Exco Pemuda UMN0 serta menerima hadiah ISA (Operasi Lalang 1987) kerana isu Ketuanan Melayu dan di singkir sebagai Ketua Bahagian UMNO tanpa sebab olih Tun Abdullah Badawi atas nasihat budak Tingkat 4 dan orang-orang sekeliling nya, walaupun saya begitu gigih dalam gerak kerja mempertahankan UMNO waktu Krisis Pemecatan YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Tun Abdullah Badawi tidak gugur mereka yang kahwin di Tak Bai atau yang terpalit dengan berbagai isu tapi gugur atau pecat saya tanpa usul periksa di bulan Ramadhan al Mubarak tahun 2003.
Memang betul-betul sial dan 15 hampir tahun saya tidak berparti. Kemudian tubuh NGO PERKASA dan baru lah Tahun 2019 terlibat sama dengan rakan-rakan lain tubuh Parti Putra atas dasar menolak perjuangan Menang Sorak Kg Tergadai dan terlibat dengan politik hipokrit dan munafik.
8. Walaupun saya di zalimi olih Tun Abdullah Badawi Mr Clean kerana memecat saya, namun saya tetap menghormati beliau di atas sifat istiqamah nya meletakkan jawatan PM ke-5 secara terhormat. Inilah kehebatan Tun Abdullah Badawi.
Maka YAB TSMY patut mengambil tauladan yg di tunjukan olih Tun Abdullah Badawi.
Gesaan saya ini agar YAB TSMY meletakkan jawatan secara terhormat bukan bersifat peribadi. YAB TSMY tidak ada apa-apa isu dengan saya. Saya mula berkenalan dgn TSMY sejak tahun 1973 diwaktu sama sama menjadi ahli rombongan pertukaran Belia Malaysia Kanada selama 3 bulan. Sewaktu saya menjadi Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas, pernah mencalunkan TSMY sebagai Calon Naib Presiden UMNO kerana waktu itu beliau tidak cukup bilangan pencalonan untuk bertanding Naib Presiden. Saya terpaksa korbankan calon lain yang saya sudah janji untuk calonkan. Panjang cerita the untold story.
9. Secara tegas dan terus terang, gesaan saya ini bukan peribadi tetapi atas prinsip, bukan saya tidak sayang kepada TSMY tetapi saya lebih sayang kepada negara dan nasib rakyat (meminjam kata kata Brutus kepada Caeser).
Hormatilah Demokrasi dan Keluluhuran Undang-undang. Berhentilah.
Terima kasih
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali.
Presiden Putra.
1I hb July 2021
2pm.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA
Dato Dr Ibrahim Ali
6hb.7.2021.
TARIKH KERAMAT 7.7.2021
1. Esok bertarikh 7.7.2021, iaitu tempoh tarikh 14 hari yang di muktamadkan oleh Presiden UMNO dengan sokongan majoriti MKT UMNO untuk mengumunkan keluar daripada Kerajaan PN.
2. Berbagai spekulasi kita baca dalam media sosial dan ulasan serta berbagai propaganda politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan, serta berita hangat pertemuan-pertemuan pemimpin UMNO dan MP-Mp UMNO, siang dan malam di musim PKP, namun saya percaya esok 7.7.2021, Presiden UMNO akan umum keluar dari PN. Ini ramalan dan logik akal fikiran politik saya yang cetek.
3. Kenapa saya berpendapat demikian. Sebab nya nahkoda kapal tidak mampu lagi dengan kapal nya yang terus di lambong ombak dan dikatakan flip-flop. Presiden UMNO sudah ada watikah untuk keluar dari PN dari mandat PAU 2020 dan keputusan majoriti MKT UMNO.
4. Rakyat pun sudah naik jemu riuh rendah politik UMNO yang tak sudah sudah.
5. Kerajaan PN pun dalam keadaan kapal yang pecah. Walaupun bermacam-macam pengumuman dengan berbagai-bagai dasar yang di umum, namun perlaksanaan nya dan hasil nya menjadi ejekan rakyat. Bendera putih, bendera hitam dan ramai yang bunuh diri menyebabkan umum berpendapat kerajaan gagal. Termasuk bendera hijau yang usung janda, bercerai atas talian dan kahwin pun atas talian dengan Imam Thailand kerana Imam Malaysia tidak ada tauliah yang belum terjamin masuk syurga.
Malaysia sudah jadi negara komidi. Semua ini mesti di hentikan segera.
6. PRU 15 tidak mungkin dapat di adakan dengan segera akibat Covid19. Jika Kerajaan PN runtuh, terpulanglah kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku YDPA untuk melantik PM ke-9 untuk memimpin negara.
7. Sama sama kita berdoa semoga DYMM Tuanku Agung dan DYMM Raja-Raja Melayu bersemayam di Singahsana dengan penuh Daulat dan Berkat Petunjuk Allah, membawa Negara keluar dari kemelut politik, melawan Covid19 dengan berkesan dan memulih ekonomi dan kehidupan rakyat yg sedang menderita.
DAULAT TUANKU
PUTRA PERKASA NEGARA
Terima Kaseh.
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra.
6.7.2021.
KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PUTRA
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
1hb Julai 2021
TANGANI COVID 19, PEMULIHAN EKONOMI DAN DERITA RAKYAT
1. KERAJAAN GAGAL, ini adalah sentimen utama rakyat yang turut disuarakan PUTRA apabila 6,276 angka kes baharu yang di catatkan sehingga semalam (30 Jun 2021) diumumkan. Dalam keadaan darurat dan juga "lockdown" separuh masak ini, angka kes baharu ini menunjukkan KERAJAAN GAGAL segagal-gagalnya menangani pandemik COVID-19 seperti yang diharapkan rakyat, dan dicanang sebagai 'kejayaan' oleh kerajaan dan penyokong kerajaan.
2. Mengapa KERAJAAN GAGAL? Pada pandangan saya, selaku seorang yang pernah berada dalam kerajaan dahulu dan pernah menjadi sebahagian daripada perangka polisi negara, pelan tindakan dan mekanisma pelaksanaan SANGAT LEMAH menjadi sebab kepada kegagalan secara menyeluruh pentadbiran negara Malaysia.
3. Dasar yang di gubal adalah 'flip-flop' dan 'double-standard' yang lebih memihak kepada pihak kapitalis dan bukan ke arah kepentingan rakyat dan negara. Pelan dan inisiatif yang 'direka' umpama melepaskan batuk di tangga, nampak sahaja gah apabila diumumkan tetapi dari segi impaknya kepada rakyat dan negara, bukan menyenangkan, malah makin menyusahkan dan menekan rakyat dengan pelaksanaannya oleh pihak kerajaan tidak menyeluruh dan mampan dalam ertikata lain tiada "thought through process".
4. Dalam PKP 3.0 ini, hampir semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan "lockdown", dan, perniagaan tidak "essential", seperti kedai alat tulis dan percetakan, salon gunting rambut, servis komputer dan telefon bimbit dan lain-lain tidak dibenarkan beroperasi. Sekolah pula terpaksa tutup akibat dari kes COVID-19 yang masih lagi tinggi. Dalam keadaan kesempitan dan kesulitan, anak-anak dirumah tetap terpaksa menjalani pembelajaran atas talian (PdPR) dan pada masa yang sama ada latihan-latihan yang diberikan memerlukan percetakan dan ada juga yang kehabisan alat tulis seperti kertas A4, buku latihan dan sebagainya.
Hal ini amat menyukarkan dan lebih buruk lagi jika peranti atau komputer mereka rosak, mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran akibat daripada kedai membaiki alat peranti dan komputer tidak dibenarkan beroperasi. Ada pula ahli politik yang menangguk di air keruh dengan mencadangkan agar anak-anak yang tidak hadir ke kelas PdPR sebanyak tiga kali berturut-turut wajar digantung persekolahan. Kezaliman apakah yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ini, dan adakah virus Covid-19 ini telah 'merosakkan' ahli politik Malaysia sehingga hilang kewarasan dalam berbicara hal ehwal kelestarian rakyat?
5. Kerajaan telah membelanjakan RM600b sejak pandemik COVID-19 ini melanda negara. Ini adalah satu perbelanjaan yang amat besar akan tetapi masih lagi belum berhasil untuk menangani pandemik ini, malangnya menjadi lebih teruk berbanding tahun 2020.
Kerajaan boleh berbincang dengan pengusaha-pengusaha kilang dan pemilik hotel untuk menyewa dewan dan fasiliti mereka untuk tujuan mengagihkan vaksin. Pengusaha Hotel boleh hidup dan tidak perlu tutup atau buang pekerja. Apa guna melaksanakan Darurat, jika kerajaan tidak boleh bertegas untuk kepentingan rakyat? Bukankah di bawah kuasa Darurat kerajaan boleh menggunakan apa sahaja hak swasta dan individu termasuk hak kebebasan bergerak rakyat?
Jika dari awal lagi kerajaan bijak menguruskan kewangan negara bagi menangani pendamik Covid-19, pastinya perbelanjaan ini tidak perlulah sebanyak RM600b kerana angka kes sudah menurun kepada 3 atau 2 angka sahaja. Pepatah Melayu ada mengatakan "mencegah lebih baik daripada mengubati", namun apa yang berlaku umpama "harapkn pegar, pegar makan padi", harapkan kerajaan, kesusahan rakyat pula makin menjadi-jadi. Mungkin ada yang mengaut keuntungan besar di musim darurat dan Covid-19 dari pembelian vaksin dan program vaksinasi yang bercelaru tetapi kos perbelanjaan yang tinggi.
6. Ini belum lagi mengambil kira faktor kerajaan yang GAGAL MEMBAWA MASUK PELABURAN dari luar negara bagi merancakkan ekonomi negara agar dapat meningkatkan pendapatan rakyat, dan secara tidak langsung menjamin kestabilan ekonomi negara. TIADA KEJAYAAN LANGSUNG yang boleh diperkatakan tentang kerajaan Malaysia masa kini. Hanya KERAJAAN GAGAL serba-serbi.
Apabila KERAJAAN GAGAL membawa masuk pelabur dan berbelanja sebesar ini, maka ia memberi impak negatif kepada mikro ekonomi iaitu ekonomi seharian rakyat. Apabila ekonomi rakyat tidak rancak, ianya akan mengurangkan peluang perniagaan secara tidak langsung peluang pekerjaan semakin sempit. Dengan peningkatan kadar pengangguran, maka kadar jenayah dan penyakit-penyakit tekanan mental juga akan meningkat.
7. Dengan pelaksanaan PKP banyak sektor ekonomi seperti, pelancongan, sukan, hiburan, peniaga kecil dan sebagainya terpaksa ditutup dan hilang pendapatan bagi menurunkan kes baharu pandemik ini. Apabila "lockdown" yang dikuatkuasakan oleh kerajaan gagal mengekang kes baharu Covid-19, sia-sia sahaja 'pengorbanan' rakyat dari segi hilang punca pendapatan dan simpanan yang makin menyusut dan akhirnya tiada apa yang tinggal jika pentadbiran KERAJAAN GAGAL ini berterusan.
Tidak dapat dinafikan rentetan kegagalan kerajaan telah menimbulkan masalah baharu iaitu masalah psikososial yang berpunca daripada hilang sumber pendapatan dan juga perbelanjaan harian yang perlu ditanggung. Ini adalah salah satu faktor peningkatan kes bunuh diri di kalangan rakyat dan juga timbulnya inisiatif kibar bendera putih. INI MEMBUKTIKAN KERAJAAN TELAH GAGAL MENJAGA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. Sepatutnya KERAJAAN GAGAL yang MENGIBARKAN BENDERA PUTIH dan bukan rakyat.
8. Perdana Menteri telah mengumumkan dalam Pelan Pemulihan, rakyat akan dapat moratorium bagi semua pinjaman bermula bulan Julai nanti. Tetapi rakyat perlu menghubungi pihak bank untuk memohon Moratorium. Tidakkah kerajaan sedar bahawa apabila melibatkan Moratorium secara tidak langsung ia juga melibatkan penukaran perjanjian lama kepada yang baharu? Tidakkah juga Perdana Menteri sedar bahawa apabila tempoh perjanjian sesuatu pinjaman pihak bank akan mengenakan caj-caj yang tertentu? Banyak birokrasi yang rakyat perlu lalui semata-mata untuk melanjutkan tempoh Moratorium. Kerajaan perlu fikirkan kaedah untuk meringankan beban rakyat untuk tidak membayar sebarang caj tambahan pada masa depan.
Apabila pengumuman moratorium dibuat, ianya hanya melibatkan perkara pinjaman sahaja. Bagaimana pula bagi sewa rumah dan sewaan premis? Adakah kerajaan lupa, atau berpura-pura terlepas pandang bahawa inilah antara punca kerisauan rakyat dan peniaga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Perniagaan tidak beroperasi tetapi sewa bulanan perlu dibayar begitu juga dengan penyewa rumah. Ini salah satu punca meningkatnya masalah psiko-sosial ini.
9. Dari sudut I-Citra pula, usahlah kerajaan bangga dengan meluluskan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KERANA ITU ADALAH WANG SIMPANAN RAKYAT. Sepatutnya kerajaan mencari dana lain untuk disalurkan terus kepada rakyat. BUKAN GUNA DUIT SIMPANAN RAKYAT.
10. Oleh itu, saya menyarankan kepada pihak kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, untuk menyemak semula inisiatif yang diberikan kepada rakyat agar ianya berbentuk satu pelan yang menyeluruh dan mampan serta berpijak di bumi yang nyata dan bukannya semakin menyusahkan rakyat. Berhentilah memperkotak-katikkan rakyat yang telah banyak merana atas kegilaan kerajaan yang lemah dan serabut ini. Banyak sumber kewangan rakyat telah dibazirkan dan hasilnya gagal. Inilah punca mengapa Parlimen perlu bersidang SEGERA SEBELUM KEADAAN MAKIN TERUK.
DYMM YDPA sudah 3 kali bertitah agar Parlimen segera bersidang sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos 2021.
Terima Kasih.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA
16hb Jun 2021, Khamis
YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU MENTERJEMAH ISI HATI RAKYAT JELATA
1. DYMM YDPA melalui siaran media pihak istana olih Dato Pengelola Bijaya Di Raja telah menitahkan supaya PARLIMEN bersidang SEGERA bagi membolihkan Ahli Ahli Parlimen membahas dan membincangkan isu isu berkaitan menangani Covid19, program veksinasi, perbelanjaan wang negara dan pemulihan ekonomi yang semakin tenat. Sebelum ini DYMM YDPA telah pun memberi ampun perkenan agar Parlimen bolih bersidang tapi tidak di hirau olih kerajaan masa kini yang tidak pasti dengan keabsahan nya kerana sokongan majoriti nya menjadi tanda tanya. Tidak ada pilihan lagi bagi kerajaan yang bergayut di dahan rapuh untuk tidak memanggil Sidang Dewan Rakyat secepat mungkin.
2. Parti PUTRA menjunjung kasih dengan lafaz 'Daulat Tuanku' kerana gesaan Parti PUTRA agar DYMM YDPA menitahkan agar Parlimen Bersidang Segera, jika MAGERAN tidak bolih di wujudkan serta memansuhkan Kabinet yang terlalu besar jumlah nya dan jelas tidak berkesan dan membazirkan wang rakyat. Olih kerana MAGERAN bukan menjadi pilihan, namun Parlimen mesti bersidang segera menjadi pilihan utama, sudah pasti mengembirakan rakyat kerana fungsi Dewan Rakyat bukan sahaja membahas dasar-dasar dan undang-undang tapi yang lebih penting peranan SEMAK DAN IMBANG kerana wang beratus billion di belanjakan mesti di audit olih Dewan Rakyat serta projek-projek direct nego yang di lulus dalam masa darurat dan lain-lain perkara yang mesti berteraskan ketelusan dan integriti.
3. DYMM YDPA dan Raja Raja Raja Melayu dalam Perjumpaan petang 16hb Jun 2021 telah menzahirkan DAULAT RAJA PAYONG NEGARA dan menentukan DEMOKRASI BERPARLIMEN SERTA RAJA BERPERLEMBAGAAN DI JUNJUNG TANPA TOLAK ANSUR. SEMBAH DAULAT TUANKU DARI WARGA PARTI PUTRA.
4. DYMM YDPA juga menitahkan agar program vaksinasi di perhebatkan sebagai jalan keluar kepada ancaman Covid 19. Hasrat Sasaran 80% matlamat imuniti kelompok (herd immunity) hendaklah di capai secepat mungkin, adalah titah DYMM YDPA. Ini menunjukan bahawa program vaksinasi sekarang amat perlahan dan macam-macam isu berkaitan timbul. Terlalu banyak kritikan, kecaman, berbagai persoalan yg di timbul termasuk pembelian vaksin, sistem my sejahtera sehingga ada tuduhan berlaku ada pihak kuat komisyen yang begitu banyak melalui kroni dan sebagai nya. Amat wajar Menteri yang bertangungjawab ini di ganti dan di wujudkan TASK FORCE dengan melantik anggota-anggota berintegriti dan bukan di kalangan orang politik supaya dapat fokus kepada pencapaian matalamat vaksinasi 80% secepat mungkin. Yang berlagak padai dan menyelam sambil minum air patutlah di rehatkan dari tugas ini.
5. Putra berharap Ahli Ahli Parlimen kali ini bila bersidang, mempamerkan kualiti perbahasan, berfakta, berani dan tegas sebagai suara yang mewakili rakyat dengan gaji yang lumayan. Bercakap dan berbahas sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dan bukan sentimen Parti semata mata.
Sama sama tunggu dan lihat
DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu pasti akan mengikuti peranan Ahli Ahli Parlimen dan keberkesanan Kerajaan yang mendapat kuasa darurat.
Rakyat Memerhati dan Allah swt lagi Maha Mengetahui
Salam Perjuangan Rakyat
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden PUTRA
16hb Jun 2021
9.30mlm.
16hb Jun 2021
PLAN PEMULIHAN NEGARA
1. PM telah mengumunkan 4 Fasa Strateji Plan Pemulihan Negara pada petang 15hb Jun 2021, sehari sebelum Perjumpaan Raja Raja Melayu pada 16hb Jun 2021. Apa strateji nya fikir-fikir sendirilah.
2 Plan ini juga bolih di ibaratkan Plan tali hayat PN untuk kekalkan DARURAT dan di jangka Parlimen akan bersidang pada September atau Oktober tapi dengan syarat-syarat tertentu. Darurat patut tamat pada 1 Ogos 2021. Kenapa pula Parlimen di jangka bersidang September atau Oktober? Patut nya awal September sudah bolih bersidang.
MALAH SEKARANG PUN PARLIMEN BOLIH BERSIDANG KERANA DYMM YDPA TELAH BERI PERKENAAN UTK PARLIMEN BERSIDANG
Rakyat tidak bodoh untuk berfikir atas mainan licik politik yang mempersendakan Sistem Demokrasi Berparlimen. Kalau dahan sudah rapuh, buat macam mana pun, dahan tetap patah. Ikatlah dahan dengan tali ropia setakat yang bolih.
3. Mungkin benar ada yang mendakwa darurat kekal dan mahu di lanjutkan kerana mahu bergayut pada kuasa sebab hilang majoriti. Benjamin Netanyahu, Israel, hilang jawatan PM dengan satu undi sahaja. Bila kekal berkuasa di bawah Darurat, banyak keputusan bolih di buat tanpa semak dan imbang dan bolih nyahkan semua prosedure. Mudah lah lulus projek direct nego dan macam-macam lagi. Ini dakwaan sesetengah pihak dan persepsi rakyat.
4. PUTRA tidak mahu memberi apa-apa reaksi atau ulasan terhadap apa-apa rancangan Plan Pemulihan yang di umumkan. PUTRA hanya mahu tunggu dan lihat keberkesanan nya. Budaya, belum apa-apa sudah puji melangit. Hasil nya belum ada. Atau mengecam secara tiba tiba, tanpa beri peluang kepada pihak yang bertanggungjawab.
Selalu nya yang di kata good policy tapi berakhir dengan kegagalan demi kegagalan. Sudah banyak bukti. Keupayaan perlaksanaan adalah terburuk di Malaysia
Tengok saja lah program imunisasi yang kelam kabut dan pencapaian nya setakat F kalau exam SPM. Belanja nya berpuluh juta.
"Bunyi guruh di langit tapi hujan tak turun".
"Ayam berkokok, hari tidak siang".
5. PUTRA tidak bercadang untuk bagi apa apa cadangan, kecuali mengesa Parlimen bersidang segera. Biar MP-MP buat cadangan, semak dan imbang. Kalau bagi cadangan pun, bukan di beri perhatian pun. WIRA PUTRA sebelum ini telah menyuarakan 10 cadangan pasca covid 19. Tinggal cadangan saja lah..
6. Semuga Perjumpaan Raja-Raja Melayu pada 16hb Jun menghasilkan kegembiraan untuk rakyat jelata. Keputusan yang akan dilihat RAJA BERDAULAT RAKYAT BERKAT.
PUTRA PERKASA NEGARA
Salam Perjuangan Rakyat
Dato Paduka Dr Ibrahin Ali
Presiden Putra.
15hb Jun 2021
10mlm
11hb Jun 2021
KEMELUT POLITIK, COVID 19, EKONOMI, PARLIMEN & DEMOKRASI
1. Rakyat dan PUTRA berdebar tapi istiqamah menunggu apa keputusan Majlis Raja Raja Melayu yang akan bersidang pada 16hb Jun 2021 bagi menyelesaikan kemelut politik negara dan ancaman berterusan covid 19 serta ekonomi yang makin merundum dan keluh resah rakyat yang hilang punca apa akan jadi kesudahan nya. Ianya amat kritikal dan genting.
2. Berbagai pandangan telah di lontar oleh berbagai pihak, pro dan kontra antara satu sama lain. KDYMM YDPA sedang bertemu dengan semua Pemimpin-pemimpin Utama Parti Politik yang mempunyai Wakil dalam Parlimen bermula 9hb Jun dan yang sudah mengadap DYMM YDPA telah memberi kenyataan-kenyataan pada media. Semua nya menjadi teka teki apa ramuan yg akan di putuskan olih DYMM YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu.
3. Tun Dr Mahathir mendedahkan secara terbuka bahawa beliau mencadangkan penubuhan MAGERAN saperti MAGERAN 13 MEI 1969 kepada DYMM YDPA. Tun M juga mendedahkan bahawa titah DYMM YDPA mengenai cadangan MAGERAN boleh di laksanakan jika Kerajaan bersetuju.
Apakah di bawah Ordinan Darurat, DYMM YDPA mesti mendapat persetujuan kerajaan tidak lah dapat di pastikan. Apakah setakat ini sahaja kuasa DYMM YDPA? Maka lebih baiklah serah sahaja kepada Kerajaan secara total tanpa ada semak dan imbang apa sahaja yang mahu di laksanakan.Tidak perlu ada mesyuarat itu dan ini. Hebat kuasa seorang PM. Tidak perlu apa-apa semak dan imbang, baik Parlimen atau Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadi payong rakyat dan negara.
4. Pihak Kerajaan melalui kenyataan Ketua Setia Usaha Sulit PM, membuat kenyataan secara terbuka bahawa tidak perlu di wujudkan MAGERAN. Cukup apa yang sedang di lakukan sekarang ini bagi menangani ancaman Covid 19 dan usaha memulihkan ekonomi dan kesengsaraan rakyat. Maknanya PM tidak mahu berkongsi kuasa secara mutlak. Parlimen tidak bersidang tapi Ahli-ahli Parlimen terima gaji. Rakyat kata Ahli Parlimen makan gaji buta. Hebat kuasa PM di bawah Darurat ala PN. Tapi keadaan tidak juga bertambah baik.
5. PH juga menolak cadangan tubuh MAGERAN. Kenyataan rasmi telah pun di keluarkan.
6. Pada awal nya PUTRA juga mencadangkan Darurat ala 13 Mei 1969 dengan menubuhkan MAGERAN untuk mentadbir negara buat seketika sehingga dapat menstabilkan semula politik negara dengan cara kembali semula ke 'drawing board' untuk mencari penyelesaian secara total kepada segala masaalah yang di hadapi rakyat dan negara. Banyak juga tokoh-tokoh masyarakat bersetuju dengan cadangan MAGERAN dan terakhir Tun M sendiri turut membuat cadangan yang sama.Tapi beza nya Tun M juga mencadangkan beliau sendiri setuju untuk mengetuai MAGERAN jika dapat ampun perkenan DYMM YDPA. PUTRA menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM YDPA dan berharap sesiapa yang di lantik mestilah tokoh berintegriti, berwibawa, berpengalaman dan di terima olih semua pihak jika MAGERAN jadi pilihan dan bolih dilaksanakan.
7. Oleh kerana MAGERAN bukan pilihan olih pihak Kerajaan(PN) dan Pembangkang(PH), maka apa PILIHAN yang ada?
JIKA PRINSIP DEMOKRASI DI DAULATKAN DAN SETAKAT KUASA YANG ADA PADA DYMM YDPA SEBAGAI RAJA BERPERLEMBAGAAN, AMAT WAJAR DAN TERBAIK, SELEPAS MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU PADA 16HB JUN 2021, MAKA
PUTRA MENCADANGKAN Ampun Perkenaan DYMM YDPA agar DARURAT DI TAMATKAN SERTA MERTA DAN PARLIMEN BOLIH BERSIDANG SEGERA
Tidak ada pilihan lain.
Urusan Menangani Covid 19 bolih di urus melalui SOP yang lebih berkesan dengan menubuhkan JK OPERASI KHAS COVID 19 dan JK PEMULIHAN EKONOMI NEGARA yang di anggotai olih pakar-pakar yang berwibawa.
Nasib baik sejarah rakyat malaysia adalah rakyat yang tinggi nilai kesabaran nya. Janganlah kesabaran rakyat hilang perhitungan nya. Bermula hujan rintik-rintik berakhir dengan ribut dan taufan.
RAKYAT MALAYSIA BERNAUNG DI BAWAH PANJI-PANJI RAJA-RAJA MELAYU UNTUK KEDAIMAIAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA.
DAULAT TUANKU
PUTRA PERKASA NEGARA
Salam Rakyat Msia,
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden PUTRA
11hb Jun 2021
Jumaat Jam 3ptg.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA
30hb Mei 2021 AHAD
JAWATAN KUASA KHAS BEBAS DARURAT 2021
1. Parti PUTRA turut bersetuju supaya di dedahkan kepada umum mengenai apakah TERMA DAN RUJUKAN PERLANTIKAN JAWATAN KUASA KHAS BEBAS DARURAT YANG BERJUMLAH 19 ORANG
2. Rakyat perlu di beritahu secara terperinci berapa kali kah Mesyuarat telah di adakan sejak ianya di tubuhkan, iaitu sebaik sebaik sahaja Darurat di isytiharkan. Apakah keputusan yang di buat telah di persembahkan kepada DYMM YDPA sebaik sahaja selesai setiap Mesyuarat. Pengurusi JK Bebas Darurat adalah Tun Ariffin Jaka bekas Ketua Hakim Negara bersama 2 wakil dari JK wajar di beri masa mengadap sebagaimana PM mengadap DYMM YDPA setiap minggu. Mungkin mesyuarat JK Bebas Darurat sekali sebulan maka Pengurusi JK Darurat wajar Mengadap DYMM YDPA sebulan sekali bagi memberi taklimat dan keputusan-ekputusan JK Bebas Darurat. Bukan sahaja melalui bertulis tapi juga di beri ruang untuk mengadap supaya DYMM YDPA tidak menerima lapuran dari pihak ke 2 atau lain-lain pihak.
3. Rakyat tidak tahu apakah "threshold" atau beberapa kriteria yang di tetapkan untuk penamatan darurat yang katakan sudah di buat olih JK bebas Darurat ini? RAKYAT PERLU TAHU.
4. JK Khas Bebas Darurat ini wajib bermesyuarat sebulan sekali atau lebih setiap bulan dan wajib telus kerana PUTRA di fahamkan setiap anggota JK Khas Bebas Darurat yng berjumlah 19 orang dibayar ELAUN TETAP BULANAN RM5 RIBU SETIAP ORANG DAN RM7OO SETIAP KALI MESYUARAT.
5. Mungkin Elaun Pengerusi berbeza dan perbelanjaan urusetia. JK Khas Bebas Darurat ini adalah Ahli-ahli Parlimen yang sudah menerima elaun dan gaji bulanan walahpun Parlimen tidak bersidang. Kos GAJI dan Elaun Menteri-menteri termasuk Timbalan-timbalan Menteri, yang saiz nya terbesar dalam dunia, walaupun rakyat hanya 32 juta termasuk kanak-kanak. Maka rakyat berhak tahu keberkesanan dan peranan JK Bebas Darurat ini agar segala elaun yang di bayar tidak membazir. Ia nya wang negara yang telah banyak berhutang. Kalau di lantik di kalangan tokoh-tokoh berbagai NGO, mungkin tidak perlu di bayar apa-apa kecuali elaun hadzir mesyuarat sahaja. Sudah memadai. Ramai ada dikalangan tokoh-tokoh berintegriti dan berpengalaman dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, Polis, penjawat awam, tokoh-tokoh akedemik yang sepatutnya berada dalam JK Bebas Darurat ini. PUTRA ingin melihat ada atau tidak anggota JK Bebas Darurat ini sanggup menolak elaun tetap bulanan untuk menjimatkan wang negara dan hanya menerima elaun hadzir mesyuarat sudah memadai.
6. PUTRA mencadangkan Pengurusi JK Khas Bebas Darurat mengadakan SIDANG MEDIA selepas mesyuarat dan selepas Mengadap DYMM YDPA dan juga melantik Jurucakap Resmi bagi membolihkan pihak media mengetahui perkembangan semasa pemantauan dan cadangan-cadangan dari JK Khas Bebas Darurat.
Jawatan Khas BEBAS DARURAT INI BIARLAH BEBAS BERURUS SECARA LANGSUNG dengan pihak ISTANA NEGARA.Tiada BIROKRASI
PUTRA PERKASA NEGARA
Salam Perjuangan Rakyat Untuk Negara,
Dato Dr Ibrahim Ali
Presiden Parti PUTRA
30hb Mei 2021.
Ibu Pejabat Parti PUTRA
Kuala Lumpur.
Acara : Saman oleh Dr Ibrahim Ali dan 16 plaintif lain keatas syarikat Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd kerana mencemar Sg Gong, Selangor
Lokasi : Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor
Tarikh : 8/9/2020
Video 1 - Ibrahim Ali kepalai 16 plaintif saman sykt pencemar Sg Gong