Monday 11 September 2017

Gangterisme dalam MIC sudah diluar kawalan melibatkan Timbalan Menteri ?

Acara : Sidang Media mengenai serangan gangster keatas editorial Tamil Malar

Lokasi : Restoran Shanmuga, Bukit Tinggi, Kelang

Tarikh : 11/9/2017


Kejadian serangan berlaku pada hari Selasa 5/9/2017. Sidang media ini adalah susulan kepada beberapa sidang media yang lain dan pelbagai kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Berita berkaitan



Video 1 - Kenyataan oleh Pengarang Eksekutif Tamil Malar, S.M Periasamy mengenai panggilan dari S.Saravanan pada hari kejadian dan serangan yang seterusnya berlaku keatas pejabat Tamil Malar. Cerita mengenai punca perbalahan mengenai laporan berkaitan pendapatan sewa dari bangunan MIC Wilayah Persekutuan seperti yang tersiar di  Saravanan not there to break up scuffle, says Tamil Malar staff juga turut di ceritkan semula.



Video 2 - Kenyataan oleh tuan punya Tamil Malar, Oms Thiagarajan mengenai serangan yang berlaku dan kata nista yang dihamburkan M.Saravanan di lokasi kejadian


Video 3 - Penasihat undang undang Tamil Malar yang mempunyai pejabat bersebelahan dengan pejabat Tamil Malar menceritakan apa yang terjadi dimana beliau sendiri telah diserang dan ditampar dan talipon beliau di rampas penyerang. Kenyataan yang mengejutkan disini ialah penyerang tahu ada 'loophole' dalam undang undang jenayah dimana penyerang boleh didakwa dibawah seksyen yang hanya mengenakan hukuman ringan iaitu 3 bulan penjara atau denda RM1,000. 


Video 4 - Presiden Makkal Sakti, R.S Thanenthiran hadir untuk menyatakan solidariti bersama Tamil Malar dan menyeru PM Najib supaya memecat M.Saravanan dari jawatan Timbalan Menteri kerana berkelakuan seperti gangster




********************************************************************************

1
 2
 3
4
Bangunan MIC Wilayah Perseketuan di Jalan Lumut yang pendapatan sewa nya tidak dicatat dalam laporan kewangan tahunan MIC WP.



No comments:

Post a Comment