KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN
MOHAMED ALI, PRESIDEN JATI
JATI menyambut baik inisiatif yang di ambil oleh
Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk mengadakan demontrasi raksasa pada hari Jumaat
21 September 2012 ini. JATI menganggap tindakan ini amat wajar dan berbangga
dengan komitmen dan keterlibatan golongan muda untuk mempertahankan maruah dan
kesucian Islam.
Sebagai Presiden JATI saya menyeru supaya semua ahli
JATI dan para penyokongnya untuk turut sama melibatkan diri dalam demontrasi
tersebut. InsyaAllah saya sendiri bersama dengan barisan kepimpinan tertinggi
JATI akan bersama-sama dengan umat Islam seluruhnya memberitahu dunia betapa
tersinggungnya kita akibat daripada perbuatan manusia yang tidak
bertanggungjawab mencela, menghina dan menjatuhkan maruah Islam dan junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. Bagi kita bukan setakat berdemontrasi tetapi demi
Islam, jiwa raga kita pun dihalalkan semata mata untuk menentukan Islam
sentiasa berada dikemuncak kehidupan Muslim.
Melalui ruang ini saya mengajak rakan-rakan NGO dan
seluruh umat Islam di negara ini untuk sama-sama bangkit menzahirkan bantahan
kita terhadap mana-mana pihak dalam dan luar negara yang berterusan menghina
dan mencabar status Islam yang paling agung di sisi Allah SWT.
Seperti dimaklumi tindakan mempertahankan maruah Islam
merupakan satu jihad yang memerlukan pengorbanan dikalangan umat Islam tanpa
mengira latarbelakang ideologi politik dan kedudukan dalam masyarakat. Inilah
sunnah peninggalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan langkah
kecil yang di ambil ini melakar satu sejarah untuk diteladani oleh generasi
muslim yang akan datang.
YB DATO DR
HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
19 September 2012
