Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

Thursday, 4 October 2012

Respon Kak Wan terhadap Shadow Cabinet PR

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media mengenai Bajet

Date : 2/10/2012 @ 12.00 pm



Ini pula senarai Shadow Cabinet Pakatan yang telah disebarkan di alam maya :-

PAKATAN SHADOW CABINET:

Senarai Kabinet bayangan PR
Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)
Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)
Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Dr Tan Seng Giaw (DAP)
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
Datuk Mustafa Ali (Pas)
Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)
Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)
Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)
Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)
Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)
Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)
Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)
Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)
Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)
Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)
Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)

Salam.


Wednesday, 3 October 2012

Pakatan cadang bajet wanita 10 kali tinggi dari bajet BN

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media

Date : 2/10/2012 @ 12.00 pm




Kenyataan Media Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

1.    Terima kasih kepada pihak media yang hadir pada hari ini dan ini amat dihargai. Pada hari ini saya ingin mengulas mengenai belanjawan yang baru dibentangkan oleh PM Dato’ Seri Najib.

2.    Isu-isu Wanita adalah luas dan pelbagai. Wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan  wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad. Pada hari ini, saya ingin melahirkan suara hati, sebagai seorang wanita yang pernah bekerja sebagai doktor pakar mata di hospital kerajaan selama 15 tahun. Saya juga ingin berbicara sebagai seorang muslimah dan ibu kepada 6 orang anak; saya bersyukur walaupun ayah mereka, Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara dengan zalim, semua anak-anak kami boleh dikatakan berjaya mendapati pendidikan tinggi dan kini mempunyai kehidupan produktif dan gembira. Saya juga ingin berkata sebagai seorang nenek yang sudah mempunyai tiga orang cucu dan juga sebagai seorang ahli politik. Dengan pengalaman yang pelbagai inilah maka saya ingin membicarakan tentang isu-isu wanita.

3.    Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh YB Hajah Zuraidah daripada KEADILAN, YB Chong Eng daripada DAP dan YB Hajah Siti Zailah daripada PAS telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”. Dokumen ini mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan Wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda. Kesemua dasar-dasar yang tersebut diatas ada terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat kami.

4.    Saya ingin membuat perbandingan diantara Belanjawan Pakatan Rakyat dengan belanjawan BN UMNO dan akan menjelaskan dua polisi kami iaitu :-
• Caruman Wanita Nasional; dan
• Elaun Penjagaan Anak.

5.    Caruman Wanita Nasional adalah satu skim jaringan keselamatan sosial bagi Wanita suri rumah. Ideanya adalah seperti berikut; sekiranya suami meninggal dunia, menjadi kurang upaya atau menceraikan isteri, suri rumah akan mempunyai simpanan wang untuk menangani sebarang kemunkginan yang boleh terjadi. Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah, dan akan memastikan dan menggalakkan suami menyumbang sejumlah wang sebanyak RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman yang sama.

6.    Sasaran skim ini adalah untuk memastikan seorang suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM30, 000 ketika usia 50 tahun. Kami menjangkakan terdapat 5 juta suri rumah yang bakal menyertai skim ini dan ianya akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion setahun. Walaupun skim ini adalah berdasarkan kepada prinsip kebajikan, sasaran ekonominya adalah untuk menggalakkan simpanan peribadi. Skim ini adalah merupakan salah satu program kita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah (disposable income).

7.    Skim Elaun Penjagaan Anak diperkenalkan untuk menolong wanita miskin yang bekerja dimana pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1, 000 sebulan. Bagi setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kita akan menyediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyak RM1, 000 setahun. Sokongan ini berhasrat membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuran pengasuh menjaga anaknya ketika ibu sedang berkerja.

8.    Kini terdapat kira-kira 470,000 isi rumah miskin yang layak untuk skim ini dan pada kadar purata 2 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun bagi setiap isi rumah, skim ini akan menelan belanja kira-kira RM940 juta setahun. Walaupun mahal, skim ini mempunyai sasaran ekonomi untuk membebaskan lebih ramai Wanita untuk menyertai tenaga kerja.

9.    Kesimpulannya; kedua-dua projek memberdayakan Wanita tersebut akan menelan belanja RM3.94 bilion setahun. Pada keseluruhannya, Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita, ini merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh UMNO BN.


Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Sunday, 30 September 2012

Majlis Makan Malam Perdana Pakatan

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Makan Malam Perdana Pakatan

Date : 28/9/2012 @ 9.00 pm

Majlis makan malam bagi tujuan mengumpul dana bagi menghadapi PRU 13 akan datang. 255 meja berjaya dijual, tapi sayang para dermawan tidak pula berjaya menambah jumlah penyokong yang sudi hadir untuk mendengar ceramah dari kepimpinan tertinggi parti komponen. Banyak meja yang kosong dan ada yang hanya dihadiri oleh dua orang sahaja.

Acara utama ialah lelongan barangna peribadi sumbangan dari para pemimpin parti. Lelongan keseluruhan nya berjaya mengumpul dana sebanyak RM182,000.

1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Saturday, 29 September 2012

Pakatan mantapkan bahan propaganda untuk PRU 13

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Makan Perdana Pakatan 

Date : 28/9/2012 @ 10.00 pm


Berikut sebahagian daripada usaha Pakatan untuk mendekati para penyokong dan pengundi atas pagar menjelang PRU 13. Banyak lagi usaha akan dilakukan bagi menyaingi kempen BN yang dilakukan melalui media penyiaran aliran utama.


Saturday, 15 September 2012

Pakatan pembangkang mula mengiktiraf wanita

Venue : Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Event : Pelancaran Agenda Wanita Malaysia

Date : 13/9/2012 @ 9.00 pm

1/39
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Friday, 10 August 2012

Sah tema hari kebangsaan peringkat pusat ditolak

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Pakatan Pembangkang

Date : 9/8/2012 @ 1.00 pm


Negeri negeri Pakatan Pembangkang menolak tema sambutan Hari Kemerdekaan "Janji diTepati" yang akan diguna pakai oleh Kerajaan Pusat. Sebalik nya mereka akan mengguna tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang telah disyorkan oleh jawatankuasa khas pemilihan tema yang dipengerusikan oleh Pak Samad. Namun setiap negeri bebas menggunakan tema tambahan diperingkat negeri masing masing.


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.


Wednesday, 1 August 2012

Jawatankuasa Khas Kaji Tema Sambutan Kemerdekaan

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media

Date : 31/7/2012 @ 12.30 pm


Pakatan pembangkang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji meneliti dan mengesyorkan perubahan kepada tema Hari Kemerdekaan "Janji DiTepati" yang telah di tetapkan oleh DSU Rais Yatim. Tujuan nya ialah untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menyumbang kepada sambutan perayaan tersebut dan bukan nya urusan kerajaan semata mata..

Pak Samad akan mempengerusikan jawatankuasa tersebut. Keanggotaan nya terdiri daripada Sheikh Kadir Sheikh Fadzil, Dr Toh Kin Woon bekas AJK Gerakan dan Ivy Josiah Pengarah Eksekutif Women's Aid Organisation.

Pengumuman mengenai cadangan jawatankuasa tersebut akan dibuat hari ini dalam satu sidang akhbar diibupejabat PKR pada jam 12.00 pm




1.
 2.
 3. Dato' Haji Fauzi Shaari (berkopiah) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman masih dalam penyesuaian dalam PAS setelah menyertai parti tersebut pertengahan tahun ini.


Thursday, 19 July 2012

Jelajah Merdeka Rakyat - Kg Jalan Kebun

Venue : Padang Rakyat, Kg Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam (Sebelah Masjid An- Naim, Kg Jln Kebun)

Event : Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Date : 18/7/2012 @ 10.00 pm


Kg Jalan Kebun merupakan salah satu tempat berlakunya pertempuran terhebat antara penyokong PKR dengan 'water canon' PDRM semasa zaman kebangkitan reformasi dahulu. Tapi kini kebanyakan hulubalang PKR yang asalnya dulu orang UMNO telah kembali semula ke UMNO...Ada yang sedang bergerak cergas dalam kelab TIBAI. 

Malam tadi Anwar menjelajah Kg Jalan Kebun dengan bergaya dibawah program Merdeka Rakyat. Sambutan boleh tahan dengan kehadiran sekitar 1,500-2,000 orang.. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jalan pun tidak sesesak lokasi lain. Saya mudah mendapat tempat parkir 100 meter dari tapak ceramah.

4 NGO yang yang bergerak sekitar kawasan Kota Raja telah menyerahkan 4,000 borang keahlian PKR kepada Anwar Ibrahim.

1.
 2.
  3.
 4.
 5.
 6.
 7. Ahli Parlimen Serdang, Teo Nee Ching kini bunting 8 bulan..beliau pernah menimbulkan kontroversi apabila mengadakan senam robik dalam perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dan sebelum itu beliau juga memberi 'tazkirah' di sebuah surau di Kajang Sentral, Selangor sehingga ditegur Baginda Sultan...
 8. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin bercerita mengenai kehebatan beliau menempelak Najib Razak semasa persidangan dewan rakyat yang lepas...
 9.
 10.