Showing posts with label pribumi. Show all posts
Showing posts with label pribumi. Show all posts

Sunday, 10 June 2018

Perletakan jawatan Ibrahim Ali sebagai Presiden ditolak Dewan Tertinggi PERKASA

Acara : Sidang media selepas mesyuarat PERKASA / UMMAH

Lokasi : Dewan mesyuarat Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL

Tarikh : 10/6/2018 @ 6.45 pm



Agenda utama mesyuarat antara PERKASA dengan UMMAH ialah untuk mencari formula gabungan kerjasama diantara mereka didalam memastikan kepentingan Islam dan Melayu terbela dan diperkasakan serta memastikan agenda Malaysian Malaysia dan kegiatan kegiatan songsang tidak diterima sebagai amalan biasa. Antara langkah utama yang akan diambil ialah untuk mengadakan tindakan susulan kepada inisiatif penubuhan Majlis Ukhwah Islamiah Negara (MUIN). 

Dewan Tertinggi PERKASA juga telah mengambil keputusan sebulat suara untuk menolak hasrat Ibrahim Ali melepaskan jawatan Presiden dan mahu beliau terus memimpin PERKASA.

Ikuti rakaman video sidang media yang dipengerusikan oleh Sirajuddin Salleh, Timbalan Pengerusi PERKASA  sepenuhnya. 




********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5



Sunday, 20 December 2015

Asas yang terlalu berbeza - Perpaduan PAS & UMNO tidak berkemungkinan tercapai

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur


Tarikh : 19/12/2015


Asas ideology dan fahaman politik yang terlalu berbeza membuatkan usaha perpaduan antara UMNO dan PAS hampir mustahil. Bagaimanapun usaha untuk merapatkan silahturrahim antara mereka harus diteruskan untuk kebaikan bersama. Ikuti pandangan Presiden PERKASA mengenai tajuk ini.




Wira PERKASA tidak mahu jadi barua UMNO pada PRU14

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Khas Tahunan Wira PERKASA Malaysia

Tarikh : 19/12/2015


Video 1 - Wira PERKASA membuat pendirian untuk tidak menyokong calon BN secara otomatik seperti PRU-PRU yang lalu dan mengambil ketetapan untuk 'tunggu dan lihat' perkembangan mutakhir. Wira PERKASA merasakan sokongan mereka dan orang Melayu amnya telah di khianati kerajaan yang sedia ada dengan pengenalan cukai GST dan kini TPPA pula.  




Video 2 - Wakil Wira PERKASA Perak, Mubin Salleh mendesak Najib berundur segera kerana telah mengkhianati dan memalukan orang Melayu dengan pelbagai skandal . Wira PERKASA juga tidak mahu lagi jadi barua kepada pemimpin UMNO pada PRU14 akan dating




1
 2
 3
 4
Tuan Syed Osman Syed Mansor, Naib Presiden PERKASA
 5
 6
 7
Sdr Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA Malaysia
 8
 9
 10