Showing posts with label prk permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label prk permatang pauh. Show all posts

Tuesday, 14 April 2015

PAS akan bantu PKR di Permatang Pauh

Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL

Acara : Sidang media selepas mesyuarat bulan jawatankuasa pengurusan PAS Pusat

Tarikh : 13/4/2015


Boleh juga rujuk kepada komen-komen awal di
My FB Quick Entry


Keputusan yang diambil dalam mesyuarat hari ini ialah:

1. PAS akan bertanding dalam PRK Rompin dan Pengurus Pilihanraya islah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Man Tuan Ibrahim. PAS akan bantu calon PKR dalam DUN Muazzam, salah satu dari tiga DUN dalam Parlimen Rompin (DUN Tioman dan Bukit Ibam ditandingi calon PAS)

2. PAS juga akan turun membantu calon PKR di PRK P.044 Permatang Pauh yang akan di urus oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mat Sabu

3. PAS juga akan turut mengambil bahagian dalam himpunan mega Anti GST  pada 1/5/2015 kelak



1
 2
 3
 4
 5
 6


Thursday, 26 February 2015

Kalau tak bersalah nak minta ampun buat apa ?

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Selepas sidang media mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 25/2/2015



Kalau tak bersalah buat apa minta ampun ? Itu lah jawapan spontan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan ketika ditanya mengenai petisyen pengampunan yang dihantar oleh keluarga Anwar Ibrahim. Ku Nan juga mensgesahkan bahawa UMNO terbuka kepada sebarang usaha yang boleh membawa kepada perpaduan ummah.





UMNO berani tidak bertanding di DUN Chempaka

Lokasi : Pusat Media, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 25/2/2015



UMNO membuat keputusan 'berani ' untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Chempaka

1. memberi tumpuan kepada kerja-kerja baik pulih pasca banjir

2.  menumpukan kepada usaha perpaduan ummah walaupun terdapat perbezaan pandangan

3.  'precedent' tidak bertanding telah pun dibuat semasa PRK Bukit Gelugor. Keptusan dan kata sepakat dibuat setelah perbincangan bersama badan perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang juga telah melakukan perbincangan bersama UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Najib juga menolak kemungkinan 'menaja' calon bebas

Mengenai PRK Permatang Pauh, Majlis Tertinggi akan hanya membuat keputusan setelah SPR membuat tafsiran perlembagaan dan keputusan keatas petisyen Anwar Ibrahim untuk pengampunan.

**************************************

Saya katakan UMNO berani kerana mereka sedar akan tohmahan dan tuduhan yang akan dilempar oleh kawan dan lawan sebagai penakut dan sebagainya. Namun keputusan telah dibuat dengan mengambil kira kepentingan umaah dan rakyat Kelantan yang masih memerlukan bantuan setelah di landa musibah banjir yang amat dahsyat baru-baru ini. Mungkin juga ada dikalangan ahli UMNO yang menyimpan cita-cita menjadi calon akan turut bersuara membantah keputusan ini.

Di sebelah pihak lawan mereka mungkin sudah jangkakan keputusan dan telah menyiapkan kenyataan dibawah ini sebelum Majlis Tertinggi bersidang lagi. Ianya berbaur ugutan kepada Najib bahawa mereka (puak yang menentang perpaduan) masih ada 'peluru' untuk menyerang.. Kes Altantuya dan 1MDB menjadi sandaran.

***************************************

KRISIS KEYAKINAN UMNO/BN DAN PERPADUAN UMMAH TANPA KETELUSAN

Pengumuman Presiden Umno bahawa Umno/BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK Cempaka membuktikan kekuatan Umno/BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

Sekaligus membuktikan kata kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat :'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.

Selepas pemergian Tok Guru, Umno/BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau - Islam dan bukan kebangsaan - adalah benar. Alhamdulillah.

Sekalipun tanpa penyertaan Umno/BN, isu negara yg melibatkan DS Pres Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas meyakinkan dari PM Malaysia.

Saya tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar seperti 1 MDB  dan isu jenayah seperti Altantuya.

Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek utk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.

Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa apa makna kepada perpaduan ummah atau negara.

Husam Musa
26 Feb 2015

**************************************

1
 2
 3
 4