jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Rakyat Selangor yang mana masih belum terkeliru atau masih belum ada apa apa sebab untuk menyokong Khalid Ibrahim, boleh lah tonton dan cuba fahami apa yang Raja Komando sampaikan.
Menurut beliau isu sebenar bukan nya mengenai penukaran MB Selangor, tetapi mengenai salahguna kuasa dalam PKNS oleh Azmin Ali.... Jadi dia naik pentas untuk alih isu atau nak terangkan isu?? Kalau macam ini lah gerakan NGO, tidak konsisten dengan jalan cerita, bertambah huru hara lah negeri Selangor. Masing masing dengan teori tersendiri dan cuba menjadi juara...
Acara : Penyerahan watikah kepada Tuanku Sultan Selangor oleh NGO Solidariti Abdul Khalid Ibrahim
Tarikh : 20/8/2014
Raja Komando yang satu keitika dahulu menjadi saksi konspirasi penting bagi Anwar Ibrahim hari ini dengan lantang telah menyuarakan tentangan beliau keatas Anwar dan Pakatan Rakyat. Beliau amat kecewa kerana Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor telah gagal melakukan semua dasar perjuangan yang sepatutnya menjadi teras perjuangan mereka iaitu memerangi rasuah, salahguna kuasa dan penyelewangan wang rakyat. Malah mereka sendiri telah menyalah gunakan kuasa menurut Raja Komando. .
Satu sidang media khas di panggil oleh Raja Komando (Raja Kamaruddin) untuk mengumumkan bahawa satu laporan Polis telah dibuat oleh beliau keatas artikel bertajuk 'Rasuah Jawatan Pengerusi KSSB, imbuhan Raja Komando Jadi Saksi Palsu' yang diterbitkan oleh UMNO-ONLINE dan blog SAHABAT-GUNUNG..
Pengadu menyatakan:-
Pada hari ini 16hb Julai 2012 saya diberitahu oleh anak
lelaki saya bernama Raja Othman bin Raja Kamaruddin bahawa ada cerita di
internet tentang diri saya. Saya amat terkejut tentang berita mengenai diri
saya yang dikaitkan dalam kes Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) pada tahun 1998.
Apabila saya membaca berita ini di internet.
Bersama sama laporan ini saya kepilkan artikel yang
dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu – Sahabat Gunung Media UMNO (UMNO Online).
Tajuk artikel tersebut Rasuah Jawatan Pengerusi
KSSB<imbuhan Raja Komando.
Dalam kenyataan itu Umie Hafilda telah memfitnah saya
kononnya saya adalah –saksi Palsu- dalam mahkamah kes DSAI dan ekoran daripada
keterangan itu saya kononnya dituduh mendapat habuan menjadi Pengerusi Kumpulan
Semesta Sdn Bhd (KSSB) saya menafikan tuduhan ini sekeras kerasnya kerana saya
tidak pernah memagang jawatan Pengerusi KSSB> selain daripada itu UMMI mengatakan
saya menerima rasuah dalam hal ini. Ini
juga satu fitnah lagi yang saya menafikannya.
Dalam kenyataan itu (rujuk artikel yang dilampirkan) Ummi
mendakwa saya telah melakukan –Fitnah Jenayah- Ini satu fitnah menghina saya
sebagai kerabat diraja Selangor dan dimata masyarakat. Perkara ini perlu
diambil tindakan segera oleh pihak Polis dan pihak bertanggungjawab (Pucuk
Pimpinan UMNO) sekiranya pihak berkuasa mengatakan taat setia kepada Raja dan
Negara. Fitnah adalah musuh Negara.
Saya begitu taat setia kepada DYMM Sultan Selangor sehingga
saya tidak menceburkan diri dalam politik. Tetapi apabila perkara (fitnah) ini
berlaku dan tidak diambil tindakan segera saya akan muncul dipentas politik
dimana sahaja Ummi Hafilda digunakan oleh UMNO untuk berceramah dimusim pilihanraya
ke-13.
Tujuan saya membuat laporan ini adalah untuk mencari
kebenaran dan tidak mahu BUDAYA FITNAH ini berleluasa dan menjaga maruah kerabat
diRaja Selangor dalam musim pilihanraya ke-13. Dimana ianya akan menimbulkan
system poitik demokrasi yang tidak sihat dan untuk membersihkna nama saya dalam
kenyataan yang berupa fitnah ini.