Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Thursday, 1 July 2021

Kerajaan PN jangan bersikap angkuh, segerakan persidangan Parlimen seperti dititah YDPA - Shafie Apdal

 


AHLI PARLIMEN P189 SEMPORNA

YB DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL

SIARAN SEGERA


KENYATAAN MEDIA

Dalam keadaan dunia dan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan bukan hanya masalah ekonomi yang tidak menentu, bahkan kehilangan nyawa yang begitu banyak akibat pandemik Covid-19 ini amat membimbangkan. 


Maka dengan itu, kerajaan yang ada pada hari ini iaitu Perikatan Nasional diingatkan supaya jangan bersikap angkuh seperti tahu semua perkara, perlu ambil iktibar walaupun sebenarnya masih lagi tidak pasti dengan banyak perkara. 


Setelah lebih dua minggu dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, kelmarin sekali lagi baginda Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan dan menitahkan supaya persidangan parlimen diadakan segera. 


Apa yang terjadi pada hari ini adalah menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku, ramai rakyat hilang punca pendapatan, syarikat-syarikat tidak dapat meneruskan operasi dan terpaksa buang pekerja, peniaga-peniaga kecil banyak yang gulung tikar. 


Banyak keluarga terputus bekalan makanan, anak-anak kecil tiada susu, ramai yang tidak dapat mengadakan bekalan asas makanan untuk seisi keluarga, kesempitan hidup semakin parah dan lain-lain situasi yang tidak menyebelahi kebanyakkan rakyat. 


Saya bimbang sekiranya situasi dan keadaan ini tidak kita atasi segera, akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan. Malaysia yang mengamalkan pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan ini perlu kita jaga, hormati dan pertahankan. 


Selaras dengan titah Tuanku yang mahu Persidangan Parlimen diadakan segera menunjukkan bahawa baginda Tuanku sangat prihatin dan memahami akan kesusahan yang dihadapi rakyat. Sudah tentu banyak perkara dapat dibincangkan, diselesaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat, terutama perkara-perkara berkaitan Ordinan-Ordinan Darurat Covid-19. 


Sekali lagi saya nyatakan bahawa titah Yang Di-Pertuan Agong supaya parlimen bersidang segera diambil perhatian oleh kerajaan Perikatan Nasional, khususnya pentadbiran Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


1 JULAI 2021


Tingkat 2, Blok F, Lot 37 & 38, Bangunan Warisan, Bandar Baru, Peti Surat Bil.05, 91308 Semporna, Sabah

Friday, 18 June 2021

YDPA & PM8 langgar sumpah jawatan jika "AS SOON AS POSSIBLE" disalah tafsir

KOMEN Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG

“As soon as possible”

Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means “it is like yesterday” atau “semalam”. 

Tengku Razaleigh menambah:

Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu,  bertanggungjawab  memanggil Parlimen dalam masa 6 bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas. Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan.

17 June 2021

6 Zulqaedah 1442

Wednesday, 16 June 2021

Buka semula Parlimen - YDPA dan Raja-Raja Melayu menterjemah isi hati rakyat jelata



KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

16hb Jun 2021, Khamis


YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU MENTERJEMAH ISI HATI RAKYAT JELATA


1. DYMM YDPA melalui siaran media pihak istana olih Dato Pengelola Bijaya Di Raja telah menitahkan supaya PARLIMEN bersidang SEGERA bagi membolihkan Ahli Ahli Parlimen membahas dan membincangkan isu isu berkaitan menangani Covid19, program veksinasi, perbelanjaan wang negara dan pemulihan ekonomi yang semakin tenat. Sebelum ini DYMM YDPA telah pun memberi ampun perkenan agar Parlimen bolih bersidang tapi tidak di hirau olih kerajaan masa kini yang tidak pasti dengan keabsahan nya kerana sokongan majoriti nya menjadi tanda tanya. Tidak ada pilihan lagi bagi kerajaan yang bergayut di dahan rapuh untuk tidak memanggil Sidang Dewan Rakyat secepat mungkin. 


2. Parti PUTRA menjunjung kasih dengan lafaz 'Daulat Tuanku' kerana gesaan Parti PUTRA agar DYMM YDPA menitahkan agar Parlimen Bersidang Segera, jika MAGERAN tidak bolih di wujudkan serta memansuhkan Kabinet yang terlalu besar jumlah nya dan jelas tidak berkesan dan membazirkan wang rakyat. Olih kerana MAGERAN bukan menjadi pilihan, namun Parlimen mesti bersidang segera menjadi pilihan utama, sudah pasti mengembirakan rakyat kerana fungsi Dewan Rakyat bukan sahaja membahas dasar-dasar dan undang-undang tapi yang lebih penting peranan SEMAK DAN IMBANG  kerana wang beratus billion di belanjakan mesti di audit olih Dewan Rakyat serta projek-projek direct nego yang di lulus dalam masa darurat dan lain-lain perkara yang mesti berteraskan ketelusan dan integriti.


3. DYMM YDPA dan Raja Raja Raja Melayu dalam Perjumpaan petang 16hb Jun 2021 telah menzahirkan DAULAT RAJA PAYONG NEGARA dan menentukan DEMOKRASI BERPARLIMEN SERTA RAJA BERPERLEMBAGAAN DI JUNJUNG TANPA TOLAK ANSUR. SEMBAH DAULAT TUANKU DARI WARGA PARTI PUTRA.


4. DYMM YDPA juga menitahkan agar program vaksinasi di perhebatkan sebagai jalan keluar kepada ancaman Covid 19. Hasrat Sasaran 80% matlamat imuniti kelompok (herd immunity) hendaklah di capai secepat mungkin, adalah titah DYMM YDPA. Ini menunjukan bahawa program vaksinasi sekarang amat perlahan dan macam-macam isu berkaitan timbul. Terlalu banyak kritikan, kecaman, berbagai persoalan yg di timbul termasuk pembelian vaksin, sistem my sejahtera sehingga ada tuduhan berlaku ada pihak kuat komisyen yang begitu banyak melalui kroni dan sebagai nya. Amat wajar Menteri yang bertangungjawab ini di ganti dan di wujudkan TASK FORCE dengan melantik anggota-anggota berintegriti dan bukan di kalangan orang politik supaya dapat fokus kepada pencapaian matalamat vaksinasi 80% secepat mungkin. Yang berlagak padai dan menyelam sambil minum air patutlah di rehatkan dari tugas ini.


5. Putra berharap Ahli Ahli Parlimen kali ini bila bersidang, mempamerkan kualiti perbahasan, berfakta, berani dan tegas sebagai suara yang mewakili rakyat dengan gaji yang lumayan. Bercakap dan berbahas sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dan bukan sentimen Parti semata mata.


Sama sama tunggu dan lihat


DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu pasti akan mengikuti peranan Ahli Ahli Parlimen dan keberkesanan Kerajaan yang mendapat kuasa darurat.


Rakyat Memerhati dan Allah swt lagi Maha Mengetahui


Salam Perjuangan Rakyat 


Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

16hb Jun 2021

9.30mlm.

Friday, 17 October 2014

Sekitar Walk for Peace and Freedom

Lokasi : Jalan masuk menuju Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Walk for Peace and Freedom oleh Majlis Peguam - bantahan Akta Hasutan

Tarikh : 16/10/2014



Anggaran sekitar 500-700 aktivis berarak dari Padang Merbok ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan Akta Hasutan kepada wakil kerajaan. Terdahulu kumpulan tersebut (yang mungkin lebih ramai) telah berhimpun di Padang Merbok pada jam 10.30 pagi dan beberapa individu telah menyampaikan ucapan disana sebelum kumpulan tersebut bergerak sejam kemudian.




1  Bersama rakan photo-blogger dari zaman Pak Lah / Blog House dan kini Ahli Parlimen Jelutong (DAP), Jeff Ooi. Persahabatan tetap utuh...
 2  Raja Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu
 3  Mohamed hanipa Maidin, Peguam PAS
 4
 5  Mantan YB Balik Pulau, Yusmadi Yusuf (bersut) saja singgah nak tengok kawan-kawan lama..
6
 7
 8
 9
 10  Kumpulan 10 wakil Majlis Peguam yang dibenarkan masuk ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum

Wednesday, 8 October 2014

Protes GST dan kenaikan harga petrol menjelang Belanjawan

Lokasi : Jalan masuk utama ke bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Protes GST dan kenaikan harga minyak

Tarikh : 8/10/2014


Isu kenaikan harga petrol dan perlaksanaan GST akan menjadi bahan debat utama dalam sidang Parlimen kali ini. Perhimpunan depan Parlimen hari ini umpama pembuka tirai untuk persidangan yang akan berlangsung selama hampir sebulan.



 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Tuesday, 17 June 2014

Kit Siang didesak kemuka bukti rasuah kpd SPRM

Lokasi : Pintu masuk ke Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan
mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN

Tarikh : 17/6/2014



Seperti biasa NGO Pertubuhan Media dan Sosial Prihatin mendahului NGO-NGO lain dalam "menghantui" kepimpinan DAP dengan isu-isu pecah amanah dan salahguna kuasa dan fitnah. Kali ini mereka mendesak Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan memberi bukti rasuah dalam kerajaan BN kepada SPRM dalam tempuh seminggu. Ikuti rakaman sidang media pagi tadi.


1
 2
 3
 4
 5  Sim Thong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka menerima surat bagi pihak Lim Kit Siang
 6


Monday, 10 March 2014

MP Pakatan akan boikot majlis YDP Agong

Lokasi : Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor

Acara : Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5

Tarikh : 8/3/2014


Esok 10/3/2014, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan ikut bersama Ahli Parlimen BN dalam upacara perbarisan bersempena perasmian Persidangan Parlimen penggal ke-2 tetapi akan hanya mengikuti titah YDP Agong didalam dewan Parlimen.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri hi-tea / cocktail bersama YDP Agong kerana membantah kehadiran Ketua Hakim dan Perdana Menteri.

Ikuti alasan spenuhnya yang diberikan Anwar Ibrahim dalam rakaman ucapan penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat dan juga keputusan kepimpinan Pakatan untuk tidak menghadiri hari pertama sidang Parlimen pada 11/3/2014.




Wednesday, 31 July 2013

Sembang sembang bersama DS Shahidan Kassim

Lokasi : Japanese Restaurant, Seri Pacific, Kuala Lumpur

Acara : Sembang sembang selepas Iftar bersama DS Shahidan Kassim

Tarikh : 30/7/2013 @ 10.00 pm


'A very enlightening session'..itu gambaran yang dapat saya berikan mengenai sesi sembang sembang dengan DS Shahidan Kassim. Tajuk sembang merangkumi peranan dan tugasan beliau sebagai 'kaki pukul' di Parlimen, nasib dan masa depan Melayu, politik Perlis, peranan ulamak muda dan Dr Maza, cyberworld di Malaysia dan beberapa lagi tajuk yang menyentuh perjalanan  dalam UMNO masakini.. yang paling menarik mengenai kejadian beliau menyiku Anwar Ibrahim yang menyebabkan Anwar 'kecut perut' sehingga kini.. Bagi pengetahuan semua, DS Shahidan adalah orang kuat persatuan Tomoi di Malaysia... haha amek kau !

1
 2
 3
 4
 5  Di lobby hotel terserempak pula dengan blogger Zaharin (Sang Kelembai) dan YB Dato' Haji Abdul Manaf bin Hashim, ADUN Pengkalan Baru, Perak .. kampong halaman saya.. ibu saya mengundi disana tetapi saya pengundi Titiwangsa..



Friday, 21 June 2013

Cadangan boikot oleh Chegu Bard dibakul sampahkan

Lokasi : Bilek Media, Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 20/6/2013 @ 1.00 pm


Nasib baik lah Dato Seri boleh fikir panjang, kalau tidak nampak sangat pendek akal macam penganjur boikot ini. Chegu Bard boleh lah boikot, dia bukan YB yang menang dalam PRU 13 yang baru lalu. Kalau nak boikot sepanjang hayat pun tak apa.





Wednesday, 27 March 2013

Dr Hasan tak pasti ke Parlimen atau DUN

File pic.

PRU 13 : NEGERI ATAU PARLIMEN?




Hampir setiap hari saya dihujani dengan pertanyaan samada saya bertanding dalam PRU ke 13 dan kalau bertanding di mana dan atas tiket apa.

Pertanyaan sedemikian bukan sahaja datangnya daripada pengamal media tetapi juga dari kalangan ahli-ahli politik BN dan Pakatan Rakyat serta sahabat-sahabat dan orang ramai  yang ingin mengetahui  arahtuju kerjaya politik saya.

Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka yang terlibat. Barulah saya memahami sebenarnya nilai politik seseorang daripada kacamata mereka yang sering mengikuti perkembangan politik tanahair.

Sebenarnya banyak cadangan dikemukakan kepada saya khususnya mereka yang ingin melihat apa yang boleh saya sumbangkan kepada Negeri dan Negara yang selama ini dilihat bahawa saya berkecenderungan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja.

Sebahagiannya mencadangkan saya bertanding diperingkat Negeri dan tidak kurang pula yang ingin melihat saya berada diperingkat Parlimen seperti yang pernah saya lakukan dalam PRU ke 10. Bahkan terdapat gesaan supaya saya mengekalkan kerusi DUN Gombak Setia.

Ada juga dikalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu.

Sehingga ini saya belum membuat keputusan akhir mengenai cadangan-cadangan yang diterima termasuk perancangan pilihan saya sendiri. Saya sedang meneliti situasi dan persekitaran politik samada Negeri atau Nasional. Di samping itu saya lebih selesa memilih pendekatan untuk terus mengalu-alukan input daripada berbagai pihak untuk membolehkan saya menjuruskan langkah akhir yang sepatutnya saya ambil dalam karier politik saya.

Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR – Islam Melayu dan Raja melalui JATI yang saya diminta menerajuinya.

Apapun yang penting bagi saya bukan Negeri atau Parlimen atau samada bertanding ataupun tidak. Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja. Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang.

Mengenai parti atau lambang apa saya harus gunakan , perkara inipun saya menerima  banyak  cadangan. Saya masih meneliti kebaikan keburukan bukan sahaja mengenai diri saya yang terlibat secara langsung malah berkait rapat dengan anggota keluarga, sahabat handai, rakan seperjuangan dan seluruh anggota masyarakat.

Diharap penjelasan ini dapat meredakan sedikit keinginan yang melonjak dikalangan mereka yang begitu perihatin untuk bersama-sama melihat kejayaan politik saya dan mesej IMR yang saya perjuangkan.

Seperti biasa sebagai insan yang kerdil mungkin saya hanya dapat merangka, merancang dan melaksanakan apa juga bakal keputusan yang dibuat tetapi seperti kelaziman seorang Muslim saya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah SWT.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
27 MAC 2013