Showing posts with label uiam. Show all posts
Showing posts with label uiam. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

Amalan demokrasi dan diktator dalam negara Islam

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Islam mengamalkan demokrasi sebenar sejak zaman RasulAllah lagi. Bukti nya ialah dalam pemilihan Khalifah selepas wafatnya RasulAllah. Pemilihan dilakukan secara konsensus mengikut amalan demokrasi. Ikuti juga pandangan dan nasihat Tun Dr Mahathir mengenai diktator.



Friday, 6 June 2014

Anwar sepatutnya bayar Tun Dr M RM100 juta bila kalah saman

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014

Setiap individu yang berasa sakit hati disebabkan perbuatan orang lain boleh menyaman pihak tersebut. Tetapi Tun Dr Mahathir tidak gemar menyaman walaupun sepanjang menjadi Perdana Menteri bermacam macam perkara dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menyakiti hati beliau.

Sebaliknya Tun pernah disaman malu sebanyak RM100 juta oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2006. Setelah 5 tahun berlalu, keputusan mahkamah memihak kepada Tun dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000 kepada Tun. Wang tersebut tidak pun cukup untuk membayar kos guaman.

Ikuti jawapan sinis Tun Dr Mahathir.



Belum tentu guru masuk politik akan sokong BN

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Tengku Adnan baru-baru ini menyarankan mungkin sudah tiba masanya kerajaan membenarkan guru-guru aktif dalam politik. Namun Tun Dr Mahathir menyuarakan kesangsian samada guru-guru yang 'bermain politik' akan memilih untuk menyertai parti dalam BN dan sekiranya mereka memilih parti pembangkang bagaimana pula impak keatas prestasi mereka dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada pelajar.




Thursday, 5 June 2014

Pasca PRK Teluk Intan - jawapan Tun Dr M

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Tun menjawab soalan mengenai hak UMNO untuk mengambil tindakan disiplin keatas Yammy Samat, kehilangan sokongan pengundi oleh DAP dan ura-ura mengenai rombakan kabinet pasca-PRK Teluk Intan.



Hanya badan diiktiraf boleh elak kekeliruan isu Halal

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Jawapan Tun Dr Mahathir mengenai isu DNA babi dalam cokelat keluaran Cadbury.

JAKIM bertanggungjawab mengeluarkan sijil Halal dan mereka mempunyai makmal ujikaji mereka sendiri. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun mempunyai makmal yang berkeupayaan sama tapi mereka tidak boleh mengeluarkan sijil Halal. Kekeliruan akan berlaku sekiranya KKM cuba membicarakan urusan Halal ini.



Wajarkah diteruskan soalan bila Tun Dr M akui tidak mengetahui isu ?

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Soalan yang diajukan berbunyi macam biasa lah, untuk memperkecilkan JAIS dalam hal penguatkuasaan perundangan Islam. Saya berada dilokasi semasa pegawai JAIS singgah di majlis kenduri pengantin Hindu di Jalan SS1/25 Kg Tunku pada hari Sabtu yang lalu. Saya menyaksikan sendiri pengantin perempuan diiring ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk mendapatkan keterangan. Tiada sebarang kejadian atau pertelagahan yang berlaku. Malah keluarga pengantin memang sudah menjangka kehadiran pegawai JAIS ke majlis mereka.  

Kejadian seperti yang berlaku di Kg Tunku sudah pasti menarik perhatian pihak yang berwajib kerana pengantin yang terlibat masih menggunakan nama yang biasa digunakan orang Islam. Sewajarnya mereka melakukan rutin penyiasatan untuk mendapat kepastian. Pengantin pula memang dari awal mengetahui masalah yang akan timbul jika beliau meneruskan perkahwinan dengan status sebagai penganut Islam. Menjadi tanggungjawab beliau dan keluarga beliau serta semua mereka yang terlibat termasuk keluarga mertua untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan. Mereka nampak gayanya hanya mencuba nasib dan menguji sistem penguatkuasaan perundangan Islam dinegara ini.

Persoalan yang saya timbulkan,.. wajarkah soalan terus diajukan kepada Tun Dr Mahathir sedangkan beliau sudah akui bahawa beliau tidak mengetahui isu yang berbangkit ?. Untuk tidak mengecewakan wartawan, jawapan Tun lebih kepada situasi am dan tidak fokus kepada isu yang cuba dibangkitkan oleh penyoal. Ikuti rakaman berikut.




Tun Dr M speaks out on gay

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Kalau kita memahami agama kita yang sebenar kita tidak akan menjadi gay. Biar lah Barat dengan kehidupan gay.. pasangan gay tak akan membiak.. lama-lama bangsa mereka akan pupus..




I am the brother of Nik Aziz - Tun Dr Mahathir

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Sebagai seorang Islam Tun Dr Mahathir menganggap Nik Aziz sebagai saudara beliau (my brother), namun beliau tidak boleh menerima cara Nik Aziz mempolitikan agama demi menghalalkan cara. Ikuti jawapan penuh Tun Dr Mahathir kepada persoalan yang diajukan oleh Associate Professor Syed Ahmad dari Singapura.




Syarahan Perdana Presiden UIAM - Tun Dr Mahathir

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Acara : Siri Syarahan Perdana Presiden UIAM

Tarikh : 4/6/2014


Ini adalah kali keempat Pejabat Presiden universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan "Siri Syarahan Perdana Presiden UIAM". Siri Syarahan ini direka untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada rakyat untuk merenung dan memupuk nilai positif serta nilai-nilai ketamadunan didunia hari ini. Kali ini Tun Dr Mahathir menjadi tetamu istimewa yang diundang untuk memberui syarahan.

Sejarah dan peranan Tun Dr Mahathir dalam penubuhan UIAM - wajib tonton 



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10