Wednesday, 16 September 2015

Mengapa tidak diselaraskan slogan himpunan di Padang Merbok ?

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015


Secara ringkas maklumat yang telah dikumpul sejak kumpulan baju merah umumkan untuk berhimpun di Low Yat / Bukit Bintang ada lah seperti berikut :-

1. 10/9/2015 gabungan 250 NGO umumkan akan mengadakan himpunan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU di Padang Merbok dan akan dari Bukit Bintang. PESAKA akan menjadi penganjur dan memohon permit dari pihak berkuasa. Himpunan ini untuk orang Melayu sahaja.

2. 12/9/2015 PESAKA umumkan bahawa permohonan permit telah dihantar pada 8/9/2015 dan masih menunggu kelulusan. Kalau tidak lulus PESAKA akan menarik diri. Tajuk perhimpunan dalam permohonan ialah HIMPUNAN RAKYAT BERSATU dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan keturunan asalkan cintakan keamanan.

3. 14/9/2015 Tengku Adnan umumkan bahawa permit sudah diluluskan untuk himpunan dilakukan di Padang Merbok tetapi bukan untuk perarakan.

4. PESAKA umumkan mereka telah peroleh kelulusan yang diperlukan seperti mana yang disebut oleh Tengku Adnan.

5. Hari ini 15/9/2015 Jamal Md Yunos umumkan beliau akan mengumpulkan 80,000 di checkpoint Pusat Kraf, Jalan Conlay dan akan mengekalkan slogan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU. Mereka akan berarak ke Padang Merbok pada jam 2 ptg selepas solat zohor.

Pihak media telah mendapat desas desus bahawa 'pihak atasan' tidak setuju penganjuran dilakukan oleh Jamal Md Yunos dan telah memberi syarat bahawa permohonan permit dibuat oleh sebuah  NGO yang berdaftar. PESAKA hanya dijemput menjadi penganjur rasmi setelah gimik 'silat hantu' didepan SOGO tempoh hari.

Dua tiga hari ini kedengaran pulak cerita ada pihak yang hendak meng-hijack penganjuran ini, semua semata mata kerana duit dan nak 'jadi hero'..

PS - Mengapa tidak dihantar kesemua 300,000 peserta terus dengan bas ke Padang Merbok ? Mengapa disuruh peserta yang sudah berusia yang berkemungkinan besar mempunyai masalah kesihatan seperti ghout, darah tinggi lemah jantung dan sebagai nya berarak ? Tidak kah ini membahayakan ? Berkemungkinan besar ada yang tercicir dan tidak sampai langsung ke Padang Merbok dan matlamat 300,000 tidak tercapai. Sama sama lah kita tunggu laporan dari lapangan.




Kemampuan PDRM diperlekeh dan diperkecilkan askar pencen ?

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015


Adakah ini ugutan, memperlekeh atau memperkecilkan kemampuan PDRM oleh askar pencen ?


Verbatim

"menyokong kami tidak melakukan provokasi takde kekerasan tapi sekiranya berlaku, terpulanglah tepuk dada tanya selera. kami jaga rakan2 kami 300k kalau pihak cina dap buat kuang ajar, biadap dan buat provokasi, saya akan arahkan budak2 saya utk berdepan degan meraka. saya yakin polis tak boleh kaawal kalau ada pertempuran.

20k malam ni akan sampai. kita berasingan. tepmpat2 rahsia. tidak mahu dengar polis ke apa. ni hak kami." 




Dendam terhadap Namewee tetap membara.... ptuiih

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015




Minta -minta jangan lah ada manusia sepet rupa macam Namewee yang lalu depan si Amran semasa perarakan team baju merah esok... even worse kalau Namewee sendiri yang turun buat provokasi ... LOL




Tuesday, 15 September 2015

RUMAWIP yang dijual pada harga diskaun tidak boleh diniaga semula dalam tempoh 10 tahun

Lokasi : Pusat Latihana DBKL, Bandar Tun Razak, Cheras

Acara : Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAWIP Residensi RazakMas

Tarikh : 14/9/2015



RESIDENSI RAZAKMAS, RUMAWIP PERTAMA PADA HARGA RM198,000.00 DI WP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 14 September 2015 - YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAWIP Residensi RazakMas di sini. Projek ini merupakan projek di bawah Dasar RUMAWIP yang dilaksanakan secara usaha sama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd dalam membangunkan rumah mampu milik pada harga di bawah RM200,000.00 kepada rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Sejumlah 427 unit pangsapuri ditawarkan oleh Residensi Razakmas dengan keluasan 800 kaki persegi pada harga RM198,000.00 seunit. Projek ini merangkumi 1 blok pangsapuri setinggi 41 tingkat terdiri daripada 13 unit dalam setiap tingkat manakala setiap unit akan dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

3. Dibangunkan di atas sebidang tanah milik DBKL seluas 1.33 ekar, lokasinya yang strategik di Bandar Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam berhampiran seperti masjid, sekolah, Institut Latihan, bank-bank perdagangan, Taman Tasik Permaisuri, Pusat Perubatan UKM, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, LRT, komuter, kedai-kedai serbaneka dan pelbagai lagi kemudahan yang ada. Selain itu, projek ini juga menyediakan kemudahan sosial kepada penghuninya seperti dewan serbaguna, surau, taman permainan kanak-kanak dan kedai yang dijangka akan meningkatkan lagi nilai hartanah kawasan tersebut kelak.

4. Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan menyasarkan pembangunan sebanyak 80,000 unit rumah di seluruh Wilayah Persekutuan dalam tempoh 5 tahun ini. Setiap projek RUMAWIP yang dibina di bawah Dasar RUMAWIP adalah tertakluk kepada sekatan moratorium selama 10 tahun yang mana setiap unit yang dibeli tidak boleh dijual kepada pihak lain sebelum tamat tempoh 10 tahun moratorium tersebut.

5. Melalui pelaksanaan RUMAWIP ini akan memberikan kelebihan kepada penduduk setempat di Wilayah Persekutuan untuk memiliki rumah sendiri terutamanya di kawasan bandar. Penduduk mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan rumah kerana sasaran utama adalah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan projek rumah mampu milik berjalan lancar di samping berusaha ke arah membantu menjayakan pembinaan rumah tersebut bagi mencapai sasaran Kerajaan dengan kerjasama dari pemaju dan pelbagai pihak yang lain.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8 
9 
 10

Sunday, 13 September 2015

PESAKA tidak terlibat dengan agenda sempit Baju Merah

Lokasi : Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa, KL

Acara : Sidang media PESAKA mengenai "Himpunan Rakyat Bersatu"

Tarikh : 12/9/2015


Ringkasan kenyataan Ali Rustam

1. Himpunan Rakyat Bersatu pada 16/9/2015 belum mendapat sebarang persetujuan dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai venue perhimpunan. Permohonan telah dibuat pada 8/9/2015

2. Jemputan juga dihntar kepada UMNO dan PAS untuk menyertai Perhimpunan yang bertujuan untuk perpaduan, keamanan dan mempertahankan prinsip Rukun Negara.

3. Sejak kebelakangan ini ada pihak pihak yang sudah mula menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. PESAKA rasa terhina dengan perbuatan perbuatan penghinaan ini setelah pelbagai laporan Polis dan kenyataan media dibuat. Apakah orang silat hanya bertanding silat dan memerhati sahaja apabila pemimpin-pemimpin negara dihina  dengan memijak gambar mereka. Mengapa perlu tumbangkan kerajaan melalui gerakan jalanan. Gunakanlah peti undi dibawah sistem demokrasi.

4. Program perhimpunan aman ini akan diisi dengan ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin

5. PESAKA akan hanya menjadi penganjur rasmi sekiranya mendapat permit untuk menganjurkan perhimpunan ini. Jika tidak mereka akan menarik diri.

6. PESAKA rasa maruah mereka sudah tercabar apabila pihak BERSIH dengan angkuhnya telah mengadakan perhimpunan haram berulang kali.

7. PESAKA hanya bertanggungjawab keatas perhimpunan dan apa yang berlaku di Padang Merbuk. Mereka tidak terlibat dalam perarakan Baju Merah yang membawa slogan Kebangkitan Maruah Melayu.

8. Tiada T-shirt diedarkan dan peserta bebas memakai apa saja warna yang menjadi pilihan.

9. Perhimpunan ini tidak terhad kepada Melayu sahaja dan semua warga Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan dijemput hadir.


TERBARU

SUA PERKASA baru sahaja memaklumkan bahawa PERKASA telah menerima jemputan dari PESAKA pada awal pagi tadi dan mengesahkan bahawa ahli-ahli PERKASA dibenarkan menghadiri perhimpunan di Padang Merbuk dengan memakai baju PERKASA. Mereka yang ingin menyertai perarakan baju merah dari Bukit Bintang tidak dibenarkan memakai baju PERKASA .. NOT SANCTIONED  



 Video kenyataan penuh Presiden PESAKA pada sidang sidang media 



1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10

DBKL tidak akan keluarkan sebarang permit untuk perarakan baju merah

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL

Acara : Majlis Volunteer Malaysia @ Kampong Bharu

Tarikh : 12/9/2015



Video 1 - Ku Nan menerangkan mengenai konsep Volunteerism yang mendapat galakan kerajaan kerana ianya mampu mengeratkan hubungan antara kaum. Pada majlis hari ini kira-kira 5,000 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum turun beramai ramai menjalankan kerja gotong royong membersihkan kawasan Kampong Bharu. 



Video 2 - Ku Nan mengesahkan bahawa DBKL tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk PERARAKAN di jalanraya pada 16/9/2015 ini. DBKL bagaimana pun bersedia untuk menimbangkan permohonan untuk PERHIMPUNAN hanya di Padang Merbuk. Setakat ini DBKL masih belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak.




1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Saturday, 12 September 2015

Siapakah BABI atas bukit yang disalak ??

Lokasi : Auditorium Jubli Perak, Shah Alam, Selangor

Acara : Perasmian Kongres Rakyat 2015, anjuran PAS Pusat

Tarikh : 12/9/2015



Seteru Haji Hadi & PAS kata mereka umpama "Anjing menyalak bukit". Nah ini jawapan Haji Hadi di penutup ucaptama beliau. "Anjing bukan menyalak bukit tapi menyalak kat BABI diatas bukit". Masih berbisa seperti biasa. 

Anggaran 4,000 memenuhi setiap ruang didalam dan diluar auditorium Jubli Perak. Tahniah diatas kejayaan penganjuran dalam keadaan PAS diasak teruk oleh bekas teman mereka didalam Pakatan Rakyat dan penghijrahan besar besaran oleh ahli PAS ke wadah yang baru. 

Siapa kah BABI yang dimaksudkan Haji Hadi secara khusus ? 


1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
 9
 10

Friday, 11 September 2015

PESAKA jadi penganjur induk himpunan baju merah 916 ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL


Acara : Sidang media penganjuran himpunan 'Kebangkitan Maruah Melayu'

Tarikh : 10/9/2015



Dalam video sidang media ini Jamal Md Yunos yang mewakili 250 NGO telah mengumumkan bahawa PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) adalah penganjur induk secara rasmi perhimpunan baju merah 16 September ini.

Secara rasmi nya juga perhimpunan ini dikenali sebagai perhimpunan 'KEBANGKITAN MARUAH MELAYU" dan akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 3 pm, 16/9/2015. NGO yang terlibat akan berkumpul bersebelahan kawasan Sg Wang dan Lot 10 Jalan Bukit Bintang bermula jam 11 dan seterusnya akan berarak melalui Jalan Pudu menuju Padang Merbok.


Bagaimanpun sebentar tadi saya terbaca dalam salah satu komunikasi applikasi Whatsapp bahawa PESAKA telah membuat keputusan untuk tidak terlibat didalam penganjuran perhimpunan pada 16 September kerana mereka sendiri akan mengadakan satu perhimpunan pesilat-pesilat Malaysia di Dataran Merdeka pada 18/9/2015.

Tiada maklumat diperolehi dari laman rasmi PESAKA mengenai perkembangan terbaru ini dan setakat jam 5 pagi 11/9/2015 tiada jawapan diperolehi dari Presiden PESAKA, Senator Tan Sri Ali Rustam

Jam 10 pagi 11/9/2015 Jamal Md Yunos dan kesemua kepala NGO yang hadir di sidang media petang tadi akan hadir di IPD Dang Wangi setelah dipanggil oleh pihak Polis berkaitan perhimpunan yang dicadangkan.

Dari perjalanan penganjuran setakat ini saya hampir pasti perhimpunan ini tidak akan mendapat permit Polis dan jika ianya diteruskan juga akan berlaku secara haram dan dalam suasana yang tegang kerana sudah pasti ramai Melayu ultra akan menuntut keadilan dalam berdemontrasi dan berhimpun seperti mana yang telah dilakukan oleh penganjur BERSIH 4.0




1
 2
 3
   4
 5
 6
7
 8
 9