Sunday, 20 December 2015

Multaqa Serantau - Ucapan Perasmian oleh Najib Razak

Lokasi : Ballroom Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur



Tarikh : 17/12/2015



Ucapan perasmian Multaqa Serantau oleh PM Najib Razak (FULL) 


1
 2




Mampukah Najib buang semua penasihat luar demi perpaduan dengan PAS ?

Lokasi : Ballroom Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur


Tarikh : 17/12/2015


Hadi Awang seperti letak pra-syarat dalam ucaptama beliau. Buang semua penasihat luar  termasuk lah Paul Stadlen, bekas pegawai APCO Malaysia dan entah berapa ramai lagi penasihat dari luar Negara yang menjadi penasihat di JPM.


Rakaman (audio) penuh Ucaptama Hadi Awang

1
 2


Saturday, 19 December 2015

Hi-Tea peniaga Melayu bersama Muhyiddin Yassin

Lokasi : Ballroom Hotel Sri Pasifik, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Hi-Tea Eid-Adha DPMM bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tarikh : 20/10/2015


Biarkan foto bercerita.. perjumpaan tertutup.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12


Friday, 18 December 2015

Bayangan #unitygovernment menakut kan sungguh

Lokasi : Ballroom Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur

Acara : Multaqa Serantau - Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 -Perasmian

Tarikh : 17/12/2015



Tak perlu berbicara, foto saja sudah mencukupi.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 17 December 2015

#umnorebebels sudah merebak ke Parlimen Gombak

Lokasi :

Acara : Sidang media oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (#GKCM) Parlimen Gombak

Tarikh : 16/12/2015


Enam cawangan dalam Parlimen Gombak telah menyertai #GKCM untuk mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Cawangan-cawangan tersebut adalah :-

  1. Cawangan Delima Lembah Keramat  - KC Hamdan Abdul Rahman
  2. Cawangan Melawati - KC Jamiar Muhammad
  3. Cawangan Kemensah Height - KC Zakaria Hussein
  4. Cawangan Jelatek Permai - KC Rajiani Abdul Hamid
  5. Cawangan Lakeview Batu Caves - KC Zainal Apandi
  6. Cawangan A1 Keramat - KC tidak hadir

**Pengerusi Biro Setinggan, NGO Pro-BN / UMNO , Isa Osman turut hadir memberi sokongan kepada #GKCM ini.

Satu lagi perhimpunan yang lebih besar dijangka akan diadakan dalam kawasan Gombak tidak lama lagi..

Video 1 - Kenyataan media oleh Hamdan Abdul Rahman, Ketua Cawangan UMNO Delima Lembah Keramat, mewakili empat lagi Cawangan dalam DUN Hulu Kelang, Parlimen Gombak


Video 2 - Terdahulu sebelum sidang media bermula ada cubaan mengganggu majlis yang Berjaya dikawal oleh pihak penganjur


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

DAP sambut 50 tahun yakin UMNO Rasis dan Korup

Lokasi : City Kingdom Hotel, Seremban,Negeri Sembilan

Acara : Majlis Sambutan Ulangtahun DAP ke-50

Tarikh : 9/12/2015



Sudah berbulan-bulan seluruh pemerhati politik tanahair samada dari sebelah BN mahupun dari sebelah pihak lawan mereka bertumpu kepada kemelut dalaman UMNO... ada penyokong BN yang sudah lupa apa isu yang dibawa oleh pihak lawan mereka dalam keghairahan menyerang sesama sendiri. Ikuti rakaman ucapan oleh Lim Kit Siang dan anak beliau Lim Guan Eng untuk 'refresh' ingatan kita akan isu-isu popular dan evergreen yang sentiasa dibawa oleh mereka keserata pelusok tanahair untuk meriah sokongan pengundi.

Video 1 - Ringkasan

1. DAP parti pembangkang yang baik kalau setakat menjadi pembangkang ?

2. DAP Penang telah membuktikan mereka boleh menjadi kerajaan yang jauh lebih baik daripada BN

3. Media sosial berbahasa mandarin menyalahkan Guan Eng tidak memberi lesen kepada nelayan sedangkan lesen dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan bawah BN.

4. Lesen judi pula bukan dikeluarkan oleh kerajaan DAP tetapi kerajaan BN.

5. Kerajaan BN kutip cukai judi, Guan Eng dapat nama busuk.

6. Kampong Buah Pala masih ujud hingga kini.

7. Apa baik pun DAP buat BN tutup mata dan buat fitnah saja

8. DAP akan hapuskan GST jika ambil ambil alih Putrajaya... Kerajaan Penang telah buktikan mereka boleh beroperasi tanpa kutipan GST. Cukai pintu keatas rumah kos rendah dan sederhana rendah  dikecualikan dari cukai pintu.

9. DAP yakin dapat ambil alih dan menjadi kerajaan yang lebih baik buat Negeri Sembilan.

10. DAP Penang telah memperkenalkan pendidikan percuma bagi pelajar-pelajar vokasional yang belajar dan diberi latihan di kilang-kilang antarabangsa di Penang. Pelajar / pelatih diberi elaun sebanyak RM1,000 sebulan disamping mendapat latihan percuma.

11. Perjuangan DAP untuk rakyat , Perjuangan DAP hak-hak kita dan perjuangan DAP untuk masa depan anak anak kita

12. Pemimpin DAP semua tak makan rasuah. Ini lah perbezaan antara pemimpin Pakatan Harapan dengan pemimpin BN

13. Jangan kita dipecah belahkan oleh bangsa dan agama... kita adalah semua anak Malaysia.




Video 2 : Ringkasan

1. DAP dapat menyambut ulangtahun ke-50 kerana pengorbanan semua pejuang-pejuang veteran DAP.

2. PRU 13 memberi keputusan yang terbaik buat DAP dan akan digunakan sebagai batu lonjatan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi

3. UMNO membuktikan mereka tidak terbuka dan telah melangkah kebelakang dengan kejadian yang berlaku semasa PAU2015 disatu majlis Puteri dimana wakil media bukan Islam dihalau keluar dari menghadiri majlis tsbt

4. Rang Undang Undang MKN yang baru diperkenalkan mungkin untuk menutup segala salah laku dalam 1MDB dan lain lain hal lagi yang melibatkan Najib sebagai seorang Diktator. DAP akan melawan RUU ini dalam Dewan Rakyat sehinggalah keperingkat YDP Agong untuk menghalang penguatkuasaan RUU tersebut.

5. Shahrizat Jalil menyeru Tun M, TSMY dan Shafie untuk kembali kepangkuan keluarga UMNO walau apa pun terjadi samada benar atau salah kerana beliau takut dan tidak bersedia untuk ketiga tiga mereka menyerahkan orang Melayu kepada DAP... Kit Siang menganggap ini satu hasutan oleh Shahrizat Jalil

6. DAP tidak mahu orang Cina control orang Melayu dan tidak juga mahu orang Melayu control orang Cina kerana DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia yang sama-sama membangunkan Malaysia. Kenyataan Shahrizat hanya membuktikan orang Melayu UMNO sudah takut dengan kaum Cina

7. Sebaliknya Kit Siang berjanji nasib rakyat Malaysia yang terdiri dari Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya akan lebih terjamin sekiranya DAP dan rakan rakan mereka berjaya menawan Putrajaya.

8. Kit Siang menempelak Najib kerana begitu yakin akan menang PRU14 akan datang atas tiket perpecahan dalam Pakatan Rakyat sedangkan mengikut kajian TSMY sokongan orang Melayu kepada UMNO sudah merudum keparas 30 peratus.

9. Kit Siang mengaku Pakatan Rakyat berada dalam kedududkan yang terbaik sebelum PRU13 tetapi selepas PRU13 Pakatan terkubur disebabkan PAS enggan menuruti apa yang telah dipersetujui dalam dalam perjanjian bersama PR. PAS enggan menerima Anwar sebagai calon PM Malaysia, PAS ingin meneruskan agenda Hudud, tidak mahu menerima Wan Azizah sebagai calon MB Selangor.

10. Parti Amanah Negara memberi harapan baru kepada DAP yang akan membentuk asas Pakatan Harapan. Ianya diharapkan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka untuk menawan enam negeri dalam PRU14 akan datang. 




1
Pengasas DAP Chen Man Hin di sambut veteran DAP
 2
 3
Lim Kit Siang, Penasihat DAP
 4
Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi DAP
 5
Pengasas DAP, Chen Man Hin diiringi seluruh AJK Penganjur keatas pentas untuk memberi ucapan
 6
 7
Lim Guan Eng dan isteri tiba lewat sedikit dari tetamu lain
 8
Lim Guan Eng dan Chen Man Hin bertanya khabar
 9
 10
Rara ikon wanita Melayu muda DAP menjadi pengacara majlis.

Monday, 14 December 2015

Pemimpin bengap yang mana satu tak reti jawab dengan tepat ?

Lokasi : Saloma Bistro, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur


Tarikh : 11/12/2015



Kiasan yang berisiko besar oleh Menteri Besar Kedah. Siapa lah yang dimaksudkan bengap sangat tak reti menjawab soalan yang diajukan berulang kali dengan tepat ??
..Tuan-tuan ada  jawapan ??








Sunday, 13 December 2015

Berundur lah Najib sebelum UMNO hilang segalanya - #GKCM

Lokasi : Auditorium Muzium Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat dan dialog Ketua Cawangan UMNO Kedah dan Kluang bersama
Tun Dr Mahathir

Tarikh : 11/12/2015


Razali Mohd Nor, Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Kluang menzahirkan rasa kebimbingan ahli diperingkat akar umbi akan apa yang bakal terjadi pada PRU14 akan datang. Demokrasi dalam UMNO pun sudah dipertikaikan apabila ahli-ahli yang bersuara demi parti dipecat dan diambil tindakan.

 Daripada UMNO hilang segalanya dalam PRU14 akan datang #GKCM Kluang meminta Najib Razak berundur segera bagi membuka jalan untuk pemulihan UMNO menjelang PRU14.




Bercuti rehatlah Najib sementara penyiasatan yang telus dijalankan

Lokasi : Auditorium Muzium Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat dan dialog Ketua Cawangan UMNO Kedah dan Kluang bersama
Tun Dr Mahathir

Tarikh : 11/12/2015


Ikuti saranan Mj (B) Anuar Abdul Hamid, Ketua Cawangan UMNO, Jalan Badlishah, Merbok, Kedah yang meminta PM Najib Razak mengambil cuti rehat sementara penyiasatan yang telus dilakukakan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Ini bagi menyelamatkan institusi Presiden UMNO dan kedudukan Perdana Menteri dengan tiadanya  campurtangan oleh Najib Razak dalam urusan penyiasatan sekiranya beliau mengambil cuti.



Mj (B) Anuar Abdul Hamid , Ketua Cawangan UMNO, Jalan Badlishah, Merbok, Kedah memberi kenyataan media


Cakap lah dalam apa nada sekalipun NAJIB TETAP BACUL !

Lokasi : Auditorium Muzium Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat dan dialog Ketua Cawangan UMNO Kedah dan Kluang bersama
Tun Dr Mahathir

Tarikh : 11/12/2015



Ini lah sorang-sorang nya rakyat Malaysia yang berani memanggil Najib BACUL kalau ditakdirkan merekarsetentang mata. Sudah beberapa kali saya merakam beliau memanggil Najib BACUL. Ikuti rakaman yang terbaru ini untuk mengetahui sebab nya setelah Najib menafikan beliau BACUL semasa memyampaikan Ucapan Dasar pada sebelah pagi tadi.