Sunday 14 October 2012

Penyokong PAS tak tertarik dengan Konsert BERSIH ?

Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor

Event : Konsert Bersih 2.0

Date : 13/10/2012 @ 10.00 pm


Mana pergi nya penyokong PAS? Mereka lah yang selalunya menjadi penggenap angka dan yang meramaikan sesuatu majlis anjuran komponen pembangkang. Kehadiran orang ramai amat amat mengecewakan walaupun pelbagai promosi telah dilakukan di media media alternatif sejak 3 minggu yang lalu. Hujan sejak tengah hari mungkin boleh dijadikan alasan yang mudah oleh pihak penganjur. Tapi kalau meriam air boleh ditentang apa ada hal dengan hujan renyai renyai ?.. Mungkin kah penganjur gagal memahami minat dan kehendak penyokong PAS... ? 

Saya fokus kepada penyokong PAS kerana mereka inilah yang berkemampuan menyediakan 'critical mass'  yang diperlukan oleh pihak penganjur. Gagal memahami mereka maka berkemungkinan besar majlis atau acara mereka akan gagal dari segi jumlah kehadiran. Dalam permainan politik, angka memainkan peranan yang penting untuk menghantar mesej kepada lawan dan kawan. 

Semasa saya singgah di Stadium pada jam 6.20 pm, saya anggarkan cuma 200-300 orang sahaja yang berada dipersekitaran pentas konsert. Bila saya kembali semula pada jam 10.00 pm, jumlah nya hanya meningkat ke 1,000 orang saja paling ramai. Bagaimanapun persembahan artis yang sempat saya saksikan, Republic of Brickfields dan ITO and The Gang amat menghibur dan tidak mengecewakan.

Penganjur tidak boleh pandang enteng terhadap kehendak dan minat kumpulan yang menyediakan 'critical mass'  ini sekiranya ingin berjaya dalam penganjuran pada masa masa hadapan. Ambiga pernah gagal dalam penganjuran acara seperti ini di tempat yang sama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Beliau perlu ambil pengajaran...

1/33
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
 19.
 20.
 21.
 22.
 23.
 24.
 25.
 26.
 27.
 28.
 29.
 30.
 31.
 32. 
 33.

4 comments:

  1. Orang PAS minat berdemo dn merusuh saja. Itu yg gagal atau tak mahu difahami oleh pihak pengnjur. Terima lah hakikat bahawa orang PAS hanya sesuai diperkudakan oleh DAP dan PKR untuk meramaikan kumpulan yg melalak dan merusuh saja. Akal mereka terletak dikepala lutut...

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan yang hadir adalah bukan Melayu. Melayu hanya jadi Pak turut diperkudakan puak kafir yang bercita-besar mahu berkuasa di Malaysia. Lihat saja peranan bukan Melayu dalam Majlis Peguam, Suaram, Komas, dan Malaysia kini yang hanya mencari kesalahan dipihak kerajaan. Kalau dengar ceramah Hishamudin Rais tidak ada yang baik dipihak kerajaan. Sedih melihat Pak Samad yang sanggup mengikut rentak mereka. Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  3. Ikut kata HD...
    600 ribu umat manusia hadir dlm konsert ini. Puhhhh... ramainyaaaa!!!!

    ReplyDelete
  4. hahaha baru korang tahu kami adalah pembekal perusuh terbesar kat m'sai. Kalu nak merusuh cari kami. Rege boleh diskus.

    - lebai pembekal perusuh -

    ReplyDelete