Google+ Followers

Tuesday, 5 May 2015

PRK P.44 - ADUN PKR didakwa peras wang perlindungan dari peniaga

Lokasi : Kovil Karumariaman, Seberang Jaya

Acara : Aduan oleh ahli PKR yang dianiaya pemimpin PKR negeri

Tarikh : 4/5/2015



ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin didakwa terlibat sama dalam memeras wang perlindungan dari peniaga-peniaga sekitar kawasan Seberang Jaya yg turut melibatkan penguatkuasa majlis tempatan. Yang mendakwa adalah ahli PKR Ranting Jalan Tenggiri yang menjalankan perniagaan cuci kereta, A Vigneswaran.

Disebabkan keengganan beliau membayar wang perlindungan sebanyak RM2,000 sebulan, tapak perniagaan yang baru beliau perolehi dari Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr Ramasamy telah dirampas balik oleh ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.