Google+ Followers

Wednesday, 3 June 2015

Ramalan Nujum Pak Belalang mengenai perletakan jawatan TPM tersasar

Lokasi : Balai Pelepasan, KLIA

Acara : Sambutan kepulangan Muhyiddin Yassin oleh penyokong UMNO /BN

Tarikh : 2/6/2015



Ternyata berita palsu dan boleh dianggap cubaan untuk menghuru harakan suasana politik tanah air, terutamanya diantara Najib Razak & Muhyiddin Yassin. Sebelah siang tadi tersebar luas berita di alam maya mengatakan TPM akan mengumumkan perletakan jawatan sebaik tiba di KLIA. Para penyokong diminta turun beramai ramai untuk menyambut kepulangan TPM dari percutian keluar negara.

Semasa dalam perjalaan ke KLIA ada saya terima beberapa panggilan dari kenalan UMNO yang cuba menyakinkan saya bahawa seramai 3,000 orang penyokong sudah 'on the way' ke KLIA. 

Walaupun skeptikal saya meneruskan juga perjalanan ke KLIA untuk mendapat bahan tambahan untuk dikongsi di blog ini. Sebenarnya perancangan asal saya untuk menghadiri perasmian Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam, tetapi terpaksa berpatah balik kerana hujan lebat yang menyebabkan lebuhraya sesak teruk.

Setelah itu saya menghala ke HKL pula untuk mengikuti perkembangan mengenai Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke wad 28. Kak Wan dan keluarga di jadual melawat Anwar pada jam 7 pm dan dijangka akan mengadakan sidang media di lobby HKL, tetapi niat ke HKL terpaksa dibatalkan juga setelah Jalan Tun Razak dari Princecourt hingga Jalan Mahameru sesak teruk setelah berlaku kejadian tanah jerlus berhampiran jalan menuju Parlimen. 

Ini sajalah koleksi gambar di KLIA yang sempat dirakam. TPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menjawab soalan dari wakil media. Mungkin juga ada baiknya beliau berbuat demikian dalam suasana sekarang

1
 2
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13