Monday, 30 July 2012

Slogan Janji di Tepati takutkan mereka yang mungkir

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Iftar Perkasa

Date : 29/7/2012 @ 7.00 pm


Zulkifli Noordin berpandangan bahawa tidak menjadi masalah sekiranya slogan Hari Kemerdekaan yang menggunakan slogan yang sama "Janji di Tepati" yang digunakan dalam kempen BN kerana menunaikan janji itu adalah bersifat universal. Semua manusia yang berjanji harus menunaikan janji janji mereka. Hanya mereka yang sering memungkiri janji akan merasa rimas dan menolak nilai universal ini.  

Saksikan bagaimana Zul menjawab soalan dari wartawan Malaysiakini... Ini mungkin hasil dari latihan yang diterima dari bekas boss beliau, Anwar Ibrahim... 


Bagi yang kurang jelas mengenai isu ini sila baca kenyataan di bawah ini..


KENYATAAN AKHBAR MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN RAKYAT 27 JULAI 2012

PAKATAN RAKYAT MENGAJAK RAKYAT BERSAMA MENCIPTA TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 55

Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa. Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka. Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.

Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.

Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com
Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.

Y.Bhg Dato Mustafa Ali           YB Nurul Izzah Anwar         YB Teresa Kok
Setiausaha Agung PAS           Naib Presiden PKR                 Setiausaha Pengelola DAP




2 comments:

  1. Zul Kulim.. mcm hebat..khaaakkkkkk.. tuiihhhh... pi la mampus.. lu betul2 x leh pakai punya olang.. cakap mcm sial..

    ReplyDelete
  2. DATUK YIP KUM FOOK (Peguam atau bekas Pengerusi MCA Taman Daya, Kepong) tidaklah sepandai-pandai malah bodoh kerana melakukan jenayah terhadap masyarakatnya sebagai seorang Cina, beliau menggunakan polis, DBKL, dan beberapa samseng untuk mengganggu orang ramai di Taman Desa Jaya. , Kepong...kalau ada yang tak percaya cakap kami tolong tanya orang di Pasar Desa Jaya sana, nanti bagi maklumat.

    Akhirnya dia panggil polis untuk lindungi diri dan polis datang bawa pistol, Malaysia boleh punya ni... polis ikut dia dan apa yang dia cakap, mungkin dia bagi duit polis tapi hari ni ramai samseng bercakap atau mengadu tentang dia (Datuk Yip) tidak memberi sebarang wang kepada mereka (samseng)

    Simon Low Kok Meng (Taman Daya, Kepong) sentiasa membawa dokumen dan berita kepada Datuk Yip Kum Fook untuk memproses butiran dan kemudian dia memberikannya (mesej) kepada Simon Low selepas itu Somon Low menjalankan semua perkara tetapi seseorang melaporkan kepada polis stesen mengenai Datuk Yip mengganggu orang ramai tetapi polis menolak laporan itu

    Datuk Yip Kum Fook tak tahu nak buat apa-apa dengan penganut Buddha, kalau dia tinggal di negara Buddha macam Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan lain-lain, tangan dia hilang sebab ada orang potong nak buang ke sungai, dia. sangat bertuah dilahirkan. Malaysia tetapi tidak pasti suatu hari nanti sesuatu akan berlaku

    Kita tahu dia menghina sami Buddha kerana banyak mengganggu sami Buddha, menipu ramai sami Buddha Myanmar, dan tidak pernah mengembalikannya, sami Buddha juga mengadu kepada orang ramai dan di internet tetapi dia masih tidak tahu apa-apa, hari ini ramai Buddha dunia memahami apa yang berlaku di Malaysia

    Sila kongsi dan siarkan kepada semua orang (Melayu, Cina, India, dan lain-lain) supaya mereka faham dan berhati-hati dengan orang jahat ini, terima kasih

    Lim, Thong, Chong…..Taman Desa Jaya, Kepong

    Shared by Soo Cheong Hoe, Ng Chee Hoong, Liew Kok Hong

    ReplyDelete