Lokasi : Ballroom Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, KL
Acara : Sidang media mengumumkan penubuhan NGO Kuasa Suara Rakyat
Tarikh : 27/92015
Bekas ahli UMNO, Ummi Hafilda yang satu ketika dahulu memainkan peranan penting dalam gerakan memenjarakan Anwar Ibrahim dalam kes Liwat 1, mengumumkan penubuhan NGO Kuasa Suara Rakyat yang bertujuan menjadi suara pendesak kepada kerajaan pemerintah.
Kuasa Suara Rakyat yang didaftarkan pada 24/9/2015 akan mewakili suara semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan atau agama. Buat permulaan mereka akan fokus kepada mengadakan perhimpunan raksasa di Putrajaya sebelum penghujung tahun yang melibatkan solat hajat dan penyerahan memorandum kepada PM Najib Razak. Tun Dr Mahathir dijangka hadir dalam perhimpunan ini.
Antara tuntutan utama KSR kepada Najib Razak ialah melakukan sumpah laknat berkenaan 'wang derma' RM2.6 billion yang diterima Najib Razak.
**********************************************
PS - Tempoh untuk menganjurkan perhimpunan raksasa melibatkan 50,000-100,000 peserta nampak begitu singkat. Setakat ini saya belum pernah terjumpa NGO yang baru ditubuhkan berjaya dalam menganjurkan perhimpunan raksasa yang 'anti-pemerintah'.. Mana nak cari dana yang besar untuk penganjuran ? Segala nya memerlukan kewangan untuk bergerak. Yang dapat saya lihat kekuatan KSR terletak hanya kepada Ummi Hafilda yang mempunyai pengalaman dan pengaruh yang besar. NGO-NGO lain yang terlibat mungkin mempunyai keahlian yang berpuluh ribu, tetapi mereka tidak mempunyai pengaruh dalam menggerakkan dana dalam skala yang diperlukan.
Dikhabarkan Najib Razak secara peribadi telah meminta khidmat Ummi Hafilda semasa PRU13 yang lalu untuk berceramah ke seluruh negara.
Najib Razak bakal mendengar desakan dari suara yang beliau kenali. Persoalan nya mampukah Ummi melakukan segala yang telah beliau rancangkan dalam masa yang singkat ini.
1
2
3
4
Ayahanda 313 yang mengaku terlibat dalam perhimpunan di Low Yat |
5
6
7
Dato' businessman dari Johor peminat setia Ummi Hafilda |
8
Aktivis yang mengaku berada di Petaling Streest semasa kekecohan kerana itu 'kawasan' dia |
9
10
Tidak mahu KSR menjadi medan berpolitik dan mesti mewakili semua kaum |