Saturday 9 September 2017

Kuota Bumiputera untuk projek RUMAWIP ikut peratusan komposisi kaum setempat

Acara : Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit RUMAWIP Desa Satumas

Lokasi : Desa Water Park, KL

Tarikh : 9/9/2017



RUMAWIP Residensi Desa Satumas

Projek terletak di Taman Desa, berdekatan Desa Water Park yang sudah tidak beroperasi dan tidak jauh dari Bandar Malaysia, Sg Besi yang bakal dibangunkan tidak berapa lama lagi.

Projek ini akan dibangunkan secara cross-subsidy diatas tanah berkeluasan 7.5 ekar yang menawarkan 3,002 unit kediaman di tujuh blok RUMAWIP berketinggian 40 dan 43 tingkat yang berkeluasan 850 kaki persegi bagi setiap satu unit. Harga yang ditawarkan ialah RM230,000 seunit dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta berkemudahan satu petak tempat letak kereta.

Bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia, setiap blok akan dinamakan mengikut kata kata iaitu Abadi, Bakti, Cemerlang, Damai, Erat, Fajar dan Gemilang. Kemudahan surau, kawasan rekreasi untuk kanak kanak, kolam renang dan dewan serbaguna akan disediakan. Seluruh kawasan kediaman akan dikawal 24 jam dengan sistem keselamatan.

Kuota Bumiputra yang telah ditetapkan ialah 60% atau 1,801 unit mengimbangi komposisi kaum di kawasan Parlimen Seputeh.

Sehingga Ogos 2017, KWP telah berjaya melaksanakan sejumlah 67,892 unit atau 85% daripada sasaran keseluruhan 80,000 unit yng ditetapkan menjelang 2020.


Video 1 - Sidang media selepas majlis perasmian





*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
 9
 10

11

12 
 13
  14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
21 
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30


No comments:

Post a Comment