Monday 25 September 2017

Pemaju RUMAWIP berebut buktikan komitmen dalam menyiapkan projek

Acara : Majlis Topping Off  Residensi Skyawani

Lokasi : Porjek Residensi Skyawani, Kampung Batu Muda Tambahan, KL

Tarikh : 25/9/2017



Projek yang mencapai kemajuan keseluruhan 9 bulan cepat dari tempoh yang dijadualkan.. itu lah komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh Skyworld pemaju Residensi Skyawani. Asal nya projek ini dijangka siap pada penghujung tahun 2018. 

Projek ini telah pun terjual habis kesemua 1,226 unit yang ditawarkan kepada orang ramai. Setiap unit berkeluasan 800 kp dan dijual pada harga RM300,000 seunit.  Projek ini menawarkan kemudahan kemudahan bertaraf kondominium. Mengikut anggaran harga semasa, setiap unit Residensi Skyawani kini telah mencecah RM420,000.

Semenjak RUMAWIP dilakasanakan pada tahun 2013, KWP telah pun mencapai sebanyak 67,892 unit atau 85% daripada sasaran keseluruhan 80,000 unit yang ditetapkan menjelang tahun 2020 merangkumi projek dibawah kategori "Siap", "Dalam Pembinaan" dan "Kelulusan Perintah Pembangunan" atau  "Development Order". Angka pencapaian ini ialah setakat bulan Ogos 2017.


1
 2
Ng Thien Phing, Pengarah Urusan Skyworld Development Sdn Bhd... sangat fasih berbahasa Melayu.
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14



No comments:

Post a Comment