Tuesday 12 September 2017

Ziarah TPM Zahid Hamidi ke Darul Quran yang meragut nyawa 23 orang

Acara : Ziarah TPM Zahid Hamidi ke Darul Quran yang meragut nyawa 23 orang

Lokasi : Darul Quran Ittaqiyah, Keramat Hujung, KL

Tarikh : 14/9/2017


Video 1 - Ringkasan sidang media Zahid Hamidi

1. yang meninggal 23, 21 pelajar dan 2 pengajar
2. siasatan akan diteruskan oleh PDRM, BOMBA dan Jabatan Forensik
3. premis tiada ciri keselamatan
4. premis yang terbakar digunakan sebagai penempatan sementara. Asrama sebenarnya sedang di ubahsuai
5. Kerajaan mempunyai dasar pendidikan Maahad Tahfiz yang merangkumi soal piawaian keselamatan. Piawaian ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya samada dalam keadaan sementara atau sepenuh masa.
6. pihak bomba menyediakan latihan untuk sukarelawan bomba bagi pelajar pelajar di maahad tahfiz
7. sejak 2011 sebanyak 31 kejadian kebakaran telah berlaku di maahad tahfiz seluruh negara
8. Proses pengenalan mayat melalui DNA akan dilakukan di HKL
9. Zahid menegaskan tiada usaha atau niat kerajaan pusat untuk mengambil alih sebarang maahad tahfiz kerana pusat pusat tersebut adalah didalam bidang kuasa kerajaan negeri.




*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
Wakil PERKESO menyampaikan sumbangan kilat dari PERKESO dan juga kutipan sumbangan dari kakitangan mereka kepada Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod 
 20
Team 'bunga raya' turut hadir memantau keadaan


No comments:

Post a Comment