MAJLIS PEMULIHAN NEGARA (MPN) YANG DICADANGKAN OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD JALAN PENYELESAIAN YANG BERKESAN DAN TERBAIK BUAT MASA INI
Pembukaan semula persidangan Parlimen bukan solusi yang berkesan buat masa ini untuk selesaikan segala permasalahan kesihatan, politik, ekonomi dan sosial yang sedang melanda negara kita.
Ini adalah kerana akan terdapat kalangan orang-orang politik yang kurang cerdik akan tetap bermain politik.
Kalangan ini hanya akan meletakkan agenda kepentingan peribadi di atas kepentingan untuk selamatkan negara.
Masing-masing tidak ikhlas kerana mereka mempunyai agenda politik ataupun untuk kepentingan parti sendiri.
Sebab itulah KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu harus mempertimbangkan secara serius cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengujudkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) secara tidak berpartisan bagi menyelesaikan segala kemelut yang sedang dihadapi pada hari ini.
Lihat saja sikap seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga mengenai Hal Ehwal Undang-Undang semalam telah ‘memperlekehkan’ titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu.
Dato Seri Takiyuddin Hassan boleh ‘mempersendakan’ serta ‘memperlekehkan’ KDYMM Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mempertikaikan bahawa bagaimana hendak panggil sidang Parlimen secara kadar segera di mana KDYMM Yang di-Pertuan Agong tidak menetapkan satu tarikh yang ‘definite’ bagi tujuan tersebut.
Sikap ‘kurang ajar’ orang-orang politik seperti ini akan membuatkan solusi balik ke Parlimen tidak akan berjaya.
Kalangan menteri-menteri yang ‘otak udang’ dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang mempunyai agenda peribadi akan tetap berusaha bagi menggagalkan hasrat pembukaan semula persidangan parlimen.
Begitu juga dengan sikap salah seorang dari pemimpin pembangkang yang ‘sewel’ bercita-cita rakus hendak jadi Perdana Menteri sudah mula melobi untuk mendapatkan ‘kenyataan sumpah berkanun’ dari ahli-ahli Parlimen kearah menyokongnya menjawat jawatan Perdana Menteri bila persidangan Parlimen bermula.
Golongan seperti ini tidak akan bersikap rasional bagi menyelesaikan segala polemik kemelut negara secara terbaik mungkin melalui Dewan Rakyat.
Agenda kepentingan peribadi serta parti masing-masing akan diletakkan di atas kepentingan negara dan bangsa.
Pada hemat peribadi saya; kaedah solusi yang terbaik adalah menrealisasikan cadangan bagi mengujudkan Majlis Pemulihan Negara secara tidak berpartisan untuk menyekat orang-orang politik ‘otak udang’ dari terus bermain politik yang tidak munafaat sama sekali.
Hakikatnya juga, kita sudah kesuntukan masa kerana hari demi hari akan meranapkan keseluruhan institusi negara yang bakal memudaratkan kita semua.
Insya-Allah kami akan teruskan kempen cadangan pengujudan Majlis Pemulihan Negara untuk dicadangkan secara lebih komprehensif kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu bagi memohon perkenan KDYMM Tuanku-Tuanku sekalian.
Majlis Pemulihan Negara bermirip MAGERAN diperlukan untuk mengujudkan ‘cooling off period’ kearah menurunkan ‘suhu politik’ negara buat seketika sehingga keadaan politik, ekonomi, sosial mahupun pandemik Covid-19 beransur pulih barulah akan dicadangkan pembubaran Majlis ini.
Sesungguhnya juga, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai pengalaman luas mengurus pelbagai bentuk krisis dunia tidak mempunyai sebarang bentuk agenda peribadi kecuali untuk membangunkan semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.
Secara jujur dan ikhlas, patek-patek sekalian akan terus merayu kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu bagi memperkenankan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara kerana ini adalah kaedah solusi terbaik untuk kepentingan negara serta bangsa.
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
17 Jun 2021
No comments:
Post a Comment