Tuesday 1 June 2021

Majlis Raja-Raja perlu pantau secara terperinci kerajaan sewel tebuk atap sebelum nasi jadi bubur



RAYUAN KDYMM AGUNG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU UNTUK TAMATKAN PROKLAMASI DARURAT


Hanya kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu tempat terakhir keseluruhan rakyat Malaysia dapat sandarkan harapan terakhir ke arah selamatkan bangsa serta negara yang tercinta ini.


Kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang terdiri dari pemimpin-pemimpin dungu, rakus kuasa dan korup sedang merosakkan tanahair kita ke tahap yang paling teruk selepas era pentadbiran kerajaan kleptokrasi.


Selepas PRU14 negara yang ditadbir oleh kerajaan PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya meletakkan asas kepimpinan negara di landasan yang terbaik selama 22 bulan.


Namun, disebabkan oleh pengkhianatan sesama rakan dalam gerakan ‘Langkah Sheraton’ telah menyebabkan negara kini diurus tadbir oleh kalangan dungu, rakus kuasa serta korup sehingga keadaan masakini cukup mencemaskan keseluruhan rakyat Malaysia!!


Kini, KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu harus campur tangan demi masa kesejahteraan masa depan negara kita.


KDYMM Yang di-Pertuan Agung harus tamatkan proklamasi darurat secara kadar segara dan bukakan semula parlimen sebagai sebuah institusi untuk proses semak-imbang yang amat penting.


Percambahan pemikiran serta semak-imbang di dalam Dewan Rakyat berdasarkan amalan demokrasi harus dihidupkan segera.


Sesungguhnya, segala kerosakan negara dan apa yang sedang berlaku masakini adalah disebabkan parlimen ditutup!!


Pentadbiran negara tidak dijalankan secara telus. Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang menyalahguna kuasa dalam segenap segi.


Sebab itulah Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat senantiasa bersabar selama beberapa bulan untuk mendapatkan tarikh perkenan mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agung bagi menyembahkan segala butiran penderitaan rakyat Tuanku di saat yang paling mencabar.


Tarikh perkenan dari KDYMM Yang di-Pertuan Agung amat penting kerana keseluruhan rakyat sedang menunggu dengan penuh kesabaran agar segala permasalahan masyarakat marhaen akan dapat dimaklumkan secara terperinci kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agung oleh wakil-wakil dari Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat.


Pihak istana harus sedar bahawasanya proklamasi darurat sudah gagal!! Malahan, gagal di tahap ‘gaban!!’


Kononnya, proklamasi darurat untuk membendung pandemik Covid19 kini terbukti gagal sama sekali!!


Keseluruhan rakyat Malaysia ingin melihat Majlis Raja-Raja Melayu  memainkan satu peranan proaktif untuk ‘Selamatkan Malaysia.’


Hanya kepada KDYMM Raja-Raja Melayu sajalah sandaran terakhir rakyat Malaysia buat masa ini.


KDYMM Raja-Raja Melayu harus memerhati pentadbiran ‘sewel’ kerajaan ‘tebuk atap’ PN secara terperinci sebelum ‘nasi jadi bubur.’


Institusi Di Raja harus memayungi keseluruhan rakyat secara adil dan saksama tanpa sebarang unsur ‘berat sebelah.’ Inilah yang rakyat Malaysia ingin lihat kini.


Sudah sampai masanya untuk KDYMM Raja-Raja Melayu memanggil sidang khas tergempar Majlis Raja-Raja Melayu kerana negara kita kini sedang berada dalam keadaan yang cukup parah!!


Rakyat Malaysia yang hina-dina ini masih yakin bahawa Majlis Raja-Raja Melayu masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan kearah untuk ‘Selamatkan Malaysia’ sebelum segalanya ‘hancur jadi debu.’


RAJA ADIL RAJA DISEMBAH; RAJA ZALIM RAJA DISEMBAH’


‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’ 


DAULAT TUANKU!!


Yang Ikhlas;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan

28 Mei 2021

1 comment:

  1. Absolutely right what Dtk Khairudin said ,so APA lagi YG ditunggu Dan lengahkan lagi??? Nak tunggu tahap critical Dan mudharat ka baru nak bertindak????

    ReplyDelete