Showing posts with label amanat haji hadi. Show all posts
Showing posts with label amanat haji hadi. Show all posts

Thursday, 7 February 2013

Cikgu Non kesal kafirkan arwah ayah nya sendiri

Venue : Bentong, Pahang

Event : Ceramah Isu Semasa

Date : 3/2/2013 @ 1200 pm


Penyesalan yang akan dibawa ke akhir hayat oleh Cikgu Non yang tak sempat memohon ampun dari arwah bapa nya yang telah dikafirkan oleh beliau sendiri setelah terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Ikuti pendedahan oleh Zul Noordin...




Thursday, 27 December 2012

Haji Hadi didesak tarik balik amanat dan pohon maaf

Venue : Pejabat UMNO Selangor, Shah Alam

Event : Sidang media Fathul Bari dan ilmuan muda

Date : 26/12/2012 @ 12.30 pm


Amanat Haji Hadi boleh dianggap sudah 'redundant' kerana PAS sendiri kini tidak mempraktikan apa yang terkandung dalam amanat tersebut. Contoh nya ialah kerjasama antara PAS dengan bukan Islam. Namun musibah yang timbul dari penterjemahan amanat tersebut oleh pengikut pengikut fanatik PAS telah menyebabkan perpecahan yang serius antara umat Melayu / Islam dalam negara ini. Jadi apakah berbaloi jika sekiranya Haji Hadi masih berdegil dan berkeras untuk mempertahankan amanat yang telah beliau buat pada tahun 1981 ketika berusia 35 tahun? Adakah 'cumulative' dosa dari penterjemahan amanat tersebut terpikul oleh Haji Hadi? Kepada Haji Hadi perhalusi lah seruan seruan dan desakan yang dibuat pelbagai pihak supaya beliau melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan... 



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.



Parasit penghalang Haji Hadi perbetulkan Amanat

Venue : Pejabat JATI, Jalan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media Dr Hasan Ali

Date : 26/12/2012 @ 2.00 pm



Sidang media mengenai pelbagai isu yang membelengu umat Islam masakini. Isu Amanat Haji Hadi menjadi topik panas. Dr Hasan yakin Haji Hadi mempunyai sifat mulia yang memungkinkan beliau memperbetulkan suasana huru hara dan perpecahan antara umat Islam yang ujud hasil dari penterjemahan Amanat yang dibuat beliau ketika berusia 35 tahun pada tahun 1981. Tetapi penghalang antara yang dapat beliau kenal pasti ialah para jemaah PARASIT yang semakin kuat cengkaman dan pengaruh mereka dalam pentadbiran atasan PAS.



1.
 2.
 3.
 4.
 5.


Thursday, 10 May 2012

Ibrahim Libya mati sia sia ?

Venue : Jalan Kempas 2, Kg Baru Melayu, Ampang, Selangor

Event : Ceramah Rapat Rakyat

Date : 9/5/2012 @ 10.00 pm


Akibat Amanat Hj Hadi, umat Islam berpecah belah dan saling tuduh menuduh Kafir antara satu sama lain yang tidak sama aliran politik. Kumpulan ekstrim Ibrahim Libya telah sanggup bertempur dengan pihak berkuasa pada tahun 1985 yang mengakibatkan 4 orang anggota Polis dan 14 ahli kumpulan Ibrahim Libya menemui ajal. Ikuti kupasan mengenai Peristiwa Memali yang ramai melihat nya sebagai manifestasi fahaman ekstrim yang diapikan oleh Amanat Hj Hadi...