Showing posts with label kafir. Show all posts
Showing posts with label kafir. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Kristian dan Yahudi campurtangan politik Malaysia

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Acara : Wacana Agenda Kristian Sedunia anjuran PEMBELA

Tarikh :  17/8/2013 @ 12.00 PM


'An eye-opener' and 'a wake-up call'. Selain dari cerita mengenai pendakwah Kristian yang bergerak dikalangan negara Nusantara, para hadirin hari ini dikejutkan dengan pendedahan mengenai usaha terancang diantara gerakan Kristian dan Yahudi untuk mengubah landscape politik Malaysia semasa PRU13 yang lalu.

Kehadiran orang ramai ke majlis wacana ini tidak lah begitu memberansangkan. Penganjur mengaku kesukaran menganjur majlis sebegini kerana berdepan dengan 'public awareness' yang rendah dikalangan masyarakat Islam di Malaysia.


Bila NGO Islam nak bersatu? - Abu Bakar Yahya, YDP PERKASA Selangor


1
 2
 3  Q & A Syed Hassan, Setiausaha Agung Perkasa mahu Pembela membawa isu Kristian ini ke pengetahuan Perdana Menteri... Pembela mengesahkan bahawa sesi penerangan telah pun dibuat kepada wakil Pejabat Perdana Menteri tidak berapa lam dulu..
 4  Mantan YDP Yadim, Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad mempersoalkan isu pergerakan dakwah di Malaysia yang dilihat tidak effektif dan lebih beretorik dari bertindak.. 
 5
 6
 7
 8  Mak Som ibu kepada Lina Joy...Ikuti rakaman temubual eksklusif beliau di SINI
 9


Thursday, 7 February 2013

Cikgu Non kesal kafirkan arwah ayah nya sendiri

Venue : Bentong, Pahang

Event : Ceramah Isu Semasa

Date : 3/2/2013 @ 1200 pm


Penyesalan yang akan dibawa ke akhir hayat oleh Cikgu Non yang tak sempat memohon ampun dari arwah bapa nya yang telah dikafirkan oleh beliau sendiri setelah terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Ikuti pendedahan oleh Zul Noordin...




Thursday, 25 October 2012

Thursday, 24 May 2012

Apa itu Assobiyah sebenarnya?


Venue : Padang Futsal, Kg Melaka, Bagan Tengkorak, Tg Karang, Selangor


Date : 19/5/2012 @ 9.30 pm

'Mencintai bangsa dan negara adalah separuh daripada iman. Nabi kita pun mencintai bangsa Quraisy dan Negara Arab...' - Ust Kamal Saidin..



Thursday, 10 May 2012

Ibrahim Libya mati sia sia ?

Venue : Jalan Kempas 2, Kg Baru Melayu, Ampang, Selangor

Event : Ceramah Rapat Rakyat

Date : 9/5/2012 @ 10.00 pm


Akibat Amanat Hj Hadi, umat Islam berpecah belah dan saling tuduh menuduh Kafir antara satu sama lain yang tidak sama aliran politik. Kumpulan ekstrim Ibrahim Libya telah sanggup bertempur dengan pihak berkuasa pada tahun 1985 yang mengakibatkan 4 orang anggota Polis dan 14 ahli kumpulan Ibrahim Libya menemui ajal. Ikuti kupasan mengenai Peristiwa Memali yang ramai melihat nya sebagai manifestasi fahaman ekstrim yang diapikan oleh Amanat Hj Hadi...





Tuesday, 7 February 2012

BN - Jangan panggil kami KAFIR

Venue : Wat Uttamaram, Kg Teresek, Repek, Pasir Mas, Kelantan


Tarikh : 6/2/2012

En Sri  Nengbuah, Penasihat kepada Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan semasa berucap di majlis perasmian Konvensyen Ekonomi Masyarakat Siam Negeri Kelantan telah menyeru masyarakat Islam supaya tidak memanggil masyarakat Siam yang bermastautin di Malaysia sebagai KAFIR. Sebalik nya memanggil mereka Zimmi kerana mereka setia kepada pemerintah Islam negara ini. En Sri Nengbuah baru saja bersara dari jawatan sebagai Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.