Showing posts with label rasis. Show all posts
Showing posts with label rasis. Show all posts

Saturday, 11 February 2017

Dr Mahathir mendapat nikmat dalam jalinan baru dengan DAP & Kit Siang

Acara : Wacana PPBM-DAP, Dimensi Baru & Masa Depan Kuasa Politik Melayu

Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah

Tarikh : 11/2/2017



Video 1 - Dr Mahathir akui 'tak kenal maka tak cinta' mengenai perhubungan yang baru beliau jalinkan dengan DAP dan Lim Kit Siang. Beliau juga mengaku bahawa beliau lah yang telah memainkan peranan dalam memomokkan DAP di kacamata orang Melayu / UMNO semasa memegang jawatan sebagai PM Malaysia yang ke empat dahulu. Ikuti kupasan beliau mengenai .Wacana PPBM-DAP sehingga kesudahan rakaman



Video 2 - Pekong dan cerita lama PM Najib dikongsi oleh bekas Ketua Penarangan UMNO Pekan, Mohd Ariff Sabri. Beliau merupakan bekas ADUN Pulau Manis dibawah tiket UMNO / BN (2004-2008). Mohd Ariff juga aktif menulis blog menggunakan nama Sakmongkol AK47



Video 3 - Hanna Yeoh, Speaker DUN Selangor bersuamikan lelaki berketerunan India. Beliau mempunyai dua orang anak, seorang didaftarkan sebagai Cina dan seorang lagi India. Ikuti pengalamana beliau berurusan dengan Pejabat Pendaftaran di Putrajaya..



Video 4 - Gooi Hsiao Leung, MP Alor Setar (PKR) seorang peguam dan fasih berbahasa Melayu. Bapa beliau pengasas DAP Kedah. Beliau yakin polimik DAP akan menguasai politik dan kepimpinan negara adalah NON ISSUE kerana tidak bertanding dalam jumlah kerusi yang mencukup untuk membolehkan mereka menjadi kuasa utama.



Video 5 - UMNO menjadi rasis dan memainkan isu perkauman apabila mereka tersepit dan tertekan..





********************************************************************************

#suasana360








*********************************************************************************

1
Mantan Pengerusi SPR dan kini Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyampaikan ucapan aluan 
 2
 3
Tan Sri Dato' Haji Khalid bin Abdullah (95) , Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Kedah.
 4
 5
 6
Mohd Ariff Sabri, mantan Ketua Penerangan UMNO Bhgn Pekan dan mantan ADUN  Pulau Manis
7
Lebih setengah dari hadirin terdiri daripada penyokong atas pagar yang masih belum menyertai PPBM
 8
Hanna Yeoh, Speaker DUN Selangor
 9
Gooi Hsiao Leung, MP Alor Setar (PKR
 10
Mahfuz Omar, MP Pokok Sena (atas tiket PAS)

Friday, 11 September 2015

PESAKA jadi penganjur induk himpunan baju merah 916 ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL


Acara : Sidang media penganjuran himpunan 'Kebangkitan Maruah Melayu'

Tarikh : 10/9/2015



Dalam video sidang media ini Jamal Md Yunos yang mewakili 250 NGO telah mengumumkan bahawa PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) adalah penganjur induk secara rasmi perhimpunan baju merah 16 September ini.

Secara rasmi nya juga perhimpunan ini dikenali sebagai perhimpunan 'KEBANGKITAN MARUAH MELAYU" dan akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 3 pm, 16/9/2015. NGO yang terlibat akan berkumpul bersebelahan kawasan Sg Wang dan Lot 10 Jalan Bukit Bintang bermula jam 11 dan seterusnya akan berarak melalui Jalan Pudu menuju Padang Merbok.


Bagaimanpun sebentar tadi saya terbaca dalam salah satu komunikasi applikasi Whatsapp bahawa PESAKA telah membuat keputusan untuk tidak terlibat didalam penganjuran perhimpunan pada 16 September kerana mereka sendiri akan mengadakan satu perhimpunan pesilat-pesilat Malaysia di Dataran Merdeka pada 18/9/2015.

Tiada maklumat diperolehi dari laman rasmi PESAKA mengenai perkembangan terbaru ini dan setakat jam 5 pagi 11/9/2015 tiada jawapan diperolehi dari Presiden PESAKA, Senator Tan Sri Ali Rustam

Jam 10 pagi 11/9/2015 Jamal Md Yunos dan kesemua kepala NGO yang hadir di sidang media petang tadi akan hadir di IPD Dang Wangi setelah dipanggil oleh pihak Polis berkaitan perhimpunan yang dicadangkan.

Dari perjalanan penganjuran setakat ini saya hampir pasti perhimpunan ini tidak akan mendapat permit Polis dan jika ianya diteruskan juga akan berlaku secara haram dan dalam suasana yang tegang kerana sudah pasti ramai Melayu ultra akan menuntut keadilan dalam berdemontrasi dan berhimpun seperti mana yang telah dilakukan oleh penganjur BERSIH 4.0




1
 2
 3
   4
 5
 6
7
 8
 9


Thursday, 29 January 2015

Isu bakar Bible, PERKASA jadi punching-bag

Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Acara : PERKASA fail saman fitnah keatas Joseph Kurup

Tarikh : 28/1/2015


Ikuti penerangan penuh Ibrahim Ali mengenai isu kenyataan bakar Bible yang yang diterima oleh pelajar Islam di Sekolah Menengah Jelutong. Bible yang diedarkan berbahasa Melayu dan mempunyai kalimah Allah. 

Ibrahim Ali menyarankan ibubapa kepada pelajar yang mnerima Bible tersbut untuk membakar saja Bible yang diterima sebagai cara melupuskan Bible tersebut. Ianya samalah dengan cara orang Islam melupuskan Quran lusuh dimana abu nya dibuang kedalam sungai  atau ditanam saja.






Menteri memfitnah di saman PERKASA

Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, KL

Acara : PERKAS fail saman fitnah keatas Joseph Kurup

Tarikh : 28/1/2015


Ibrahim Ali dan Joseph Kurup memang ada personality differences sejak sekian lama. Kali ini Ibrahim Ali sudah hilang sabar kerana Joseph kerap sangat mengeluarkan kenyataan berupa fitnah mengenai PERKASA. Joseph dikatakan mendakwa PERKASA adalah satu pertubuhana ekstrim, rasis dan pelampau agama.

Untuk rujukan "Ibrahim Ali desak Joseph Kurup ditukar pasal Hudud"


1
File pic - Anwar and Joseph Kurup
2



Wednesday, 3 December 2014

63 Tahun PAS - Kenapa PAS susah hati UMNO berjuang untuk hak Melayu?

Lokasi : Kompleks PAS, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak



Tarikh : 30/11/2014


Ulasan PAU 2014 oleh Mat Sabu. Mengapalah orang PAS begitu cemburu dengan UMNO yang bertindak sebagai pejuang hak Melayu? Bukan kah parti UMNO itu parti Melayu dan perjuangan untuk Melayu adalah teras mereka? Bukan kah orang PAS pun rata-rata nya orang Melayu jugak? Tidak kah orang Melayu PAS pun menumpang rahmat yang sama sekiranya Melayu UMNO perolehi apa yang mereka perjuangkan? Apakah yang diperolehi PAS dengan memburukan UMNO dari segi perjuangan dasar mereka? Menafaat untuk Melayu dan Islam sepatutnya menjadi perjuangan bersama walaupun tidak perlu diakui secara bersama.



63 Tahun PAS - Pemidato gembar gembur sentimen perkauman

Lokasi : Kompleks PAS, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak


Tarikh : 30/11/2014



Saya telah membuat liputan dan mengikuti PAU 2014 sepenuhnya dari hari perasmian sehinggalah Ucapan Penangguhan oleh Presiden UMNO. Sepanjang perbahasan orang Melayu UMNO lebih banyak berbahas mengenai cara memperbetulkan diri mereka dan kepimpinan mereka yang ada dilihat tidak turun kepadang membantu akar umbi walaupun mereka memegang jawatan penting dalam kerajaan dan GLC.

Mengenai hubungan Melayu / Cina, orang UMNO berbahas mengenai perkara-perkara yang melibatkan Cina MCA dan komponen dalam BN kerana mereka boleh berurusan dan menyelesaikan isu-isu yang timbul antara mereka.

Sepanjang saya berada didalam Dewan Merdeka, tidak pernah saya mendengar nama Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng disebut atau diberi penghormatan untuk disebutkan nama mereka dalam sesi perbahasan orang Melayu UMNO. Saya tidak tahu dari mana Dr Muhammad Nur Manuty dapat maklumat tersebut ... mengapa perlu beliau mengapi apikan sentimen perkauman ini ??





Friday, 2 May 2014

Hong Leong Bank nafi pegawai bersikap rasis

Lokasi : Ibupejabat Hong Leong Bank, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan memo bantahan sikap rasis pegawai Hong Leong Bank

Tarikh : 30/4/2014


Isu perkauman terbaru yang berlaku di Hong Leong Bank telah dilaporkan oleh pelbagai media sosial dan blog, antara nya di SINI . Wira Perkasa Malaysia hari ini telah mengambil inisiatif untuk mendesak pengurusan Hong Leong Bank melakukan siasatan dan mengambil tindakan telus untuk mengatasi masalah yang timbul. 




1  Satu ketika dahulu saya pernah menjadi ahli aktif NUBE selama tiga tahun sebelum menjadi ahli ABOM juga selama tiga tahun. Gambar kenangan bersama ahi NUBE (Maybank) dan CIMB
 2
 3
 4  Ketua Wira Perkasa Sdr Irwan Fahmi Ideris menyerahkan memorandum kepada Ketua Pegawai Operasi Hong Leong Bank, Zulkiflee Hashim.
 5
 6
 7
 8  Zulkiflee Hashim, COO Hong Leong Bank Berhad
 9
 10


Saturday, 7 July 2012

Kaum India tidak ada masa depan dalam DAP

Venue : Magic 1, off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 6/7/2012 @ 11.30 am


Sidang media dipanggil oleh Sdr Vellasamy, bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, Sg Pelek.

Ringkasan kes :

1. Vellasamy bekas tentera yang bertugas selama 3 tahun di Batu Cantonment camp - bahagian angkut

2. Selepas meninggalkan tentera terlibat dalam HINDRAF - kecenderungan kepada kegiatan kuil

3. Menjadi Pengerusi Sri Maha Mariaman Kuil sejak 2009. Ahli kuil seramai 257. Kuil berusia 135 tahun dan terletak dalam estet Hup Seng, Sg Pelek. 

4. Mendapat restu Lim Guan Eng untuk menubuhkan cawangan di Sg Pelak.

5. Vellasamy memihak kepada kem Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim. Kem DAP Selangor yang satu lagi ialah kem Teresa Kok.

6. Masalah bermula bila jawatankuasa Kuil Maha Mariaman memohon bantuan Teresa Kok untuk mendapatkan hak milih tanah tapak kuil. 

7. Vellasamy telah dipecat pada 25/5/2012 setelah melalui proses 'inquiries' atas empat sebab :-

- pemalsuan borang borang keahlian parti
- memperkecilkan parti melalui media
- mengugut ahli DAP, Sdr Foo Weng Fui
- melakukan kekecohan semasa menghadiri program khas Terima Kasih Rakyat Daerah Kuala Langat.

8. Satu laporan Polis telah dibuat apabila masalah menjadi panas dan Teresa Kok dikatakan telah menghantar samseng untuk berdepan dengan jawatankuasa Kuil.



1. Kenyataaan media
 2. Kenyataan media
 3. Kenyataan media 
4.
 5.
 6. Samy dengan surat pemecatan 
 7. Kad keahlian parti masih ada dalam tangan Samy
 8. Tamilselvan dengan salinan laporan polis bertarikh 27/6/2012. Laporan dibuat setelah pertemuan dengan Teresa Kok untuk mendapatkan semula profil Kuil Maha Mariaman yang diserahkan kepada Teresa bagi tujuan urusan permohonan tanah gagal. Teresa dilaporkan telah memanggil samseng untuk menyuraikan ahli jawatankuasa kuil yang hadir bersama Tamilselvan.