jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Mewakili
JATI, saya ingin memberi komenter hadap kenyataan biadab yang
dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan
kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama atau pun murtad. YB Ngeh telah
mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan
yang dikeluarkan itu.
Dalam
penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada
itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat
Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.
JATI
menganggap YB tersebut :
a.
Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel
11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal(4) dan(5) dalam
mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya
sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang
keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi
undang-undang untuk mendedah kan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang
membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen
Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari
dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes
pemurtadan tidak akan berlaku dikalangan masyarakat Islam.
b.
Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walau pun telah lama bercampur dengan masyarakat
Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan
kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan
hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.
c.
Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak
wajar bagi YB berkenaan memain danmemutar belitkan peruntukan Perlembagaan dengan
membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan,
Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman
masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semesti nya beliau
mengetahui adalah bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang menjadi asas utama
sistem Perundangan Islam.
d.
YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam
dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan
YB Ngeh itu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat
yang berlainan agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.
e.
Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan
COMANGO yang menjadi “musuh” nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara
mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa
untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan
hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.
Jelas
kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui
pertubuhan dan kesatuan seperti COMANO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka
tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan
hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan
pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara
dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.
Pihak-pihak
yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang
sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini
oleh rakyat. Malangnya,hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang
boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu
begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.
Akhirnya,
demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham
perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka
kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian,
JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau
tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil
keatas beliau sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.
Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media NGO-NGO Islam mengenai PRK N25 Kajang
Tarikh : 3/3/2014
Antara intipati kenyataan media Dr Hasan Ali adalah seperti berikut :
Para pengkaji politik daripada kalangan NGO-NGO Islam telah mengenalpasti secara berfakta lebih 20 alasan syar'i mengapa pengundi DUN Kajang semestinya menolak Anwar Ibrahim . Antara alasan syar'i yang telah disenaraikan termasuklah :
1. Persoalan aqidah dalamana Anwar Ibrahim dikatakan berpegang dengan fahaman pluralisme yang menganggap tiada ada mana-mana satu agama lebih superior dari agama lain. Dalam ertikata lain Anwar Ibrahim menganggap status Islam sama saja dengan agama-agama samawi dan bukan samawi
2. Persoalan murtad dalamana Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak individu apabila seseorang itu telah mencapai satu peringkat umur.
3. Persoalan penggunaan Kalimah Allah dalamana Anwar Ibrahim dilaporkan secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain termasuk melalui ucapan beliau didalam gereja baru-baru ini. Pandangan sedemikian amatlah bertentangan dengan titah Sultan Selangor dan keputusan Majis Fatwa Kebangsaan dan Negeri.
4. Anwar Ibrahim dalam beberapa ucapan menyentuh persoalan agama terutamanya dalam program-program diadakan diluar negara. Dengan lantang beliau mempamerkan sikap liberal beliau terhadap beberapa perkara asas berkaitan dengan amalan agama seperti amalan songsang LGBT dan beberapa tuntutan penyokong-penyokong gerakan Hak Asasi Manusia.
5. Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan gerakan Yahudi Antarabangsa di Amerika dan di Eropah. Pandangan beliau mengenai "two states solution" untuk menyelesaikan persoalan Palestin bukan sahaja tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam sedunia, pandangan sedemikian juga mendapat bantahan keras daripada pemimpin Hamas.
Ikuti kenyataan media penuh oleh Dr Hasan Ali.
1 Dr Aidit Ghazali, Pengerusi Yayasan Murni Aqidah
2
3 Haji Azril Mohd Amin, Pengerusi Muslim Upro
4 Dr Hasan Ali, Presiden JATI Malaysia
5
6
7
8
9
10
11 Ust Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang, dan Pengerusi PEMBELA
Hubungan antara ibu dan anak masih terjalin walaupun si anak memilih untuk murtad dan berkahwin dengan lelaki Indian berugama Kristian. Lina Joy (Azlina Jailani) kini menetap di Perth, Australia bersama suami dan seorang anak perempuan berusia lima tahun. Ikuti pengakuan Puan Kalsom Omar (Mak Som) yang sering dihubungi oleh Lina Joy terutama nya menjelang musim Raya. Lina Joy gemar mengirim cokelat kepada Mak Som tetapi melarang ibu nya memakan cokelat yang manis kerana mengetahui ibu nya mengidap penyakit kencing manis seperti juga beliau.
Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur
Acara : Wacana Agenda Kristian Sedunia anjuran PEMBELA
Tarikh : 17/8/2013 @ 12.00 PM
'An eye-opener' and 'a wake-up call'. Selain dari cerita mengenai pendakwah Kristian yang bergerak dikalangan negara Nusantara, para hadirin hari ini dikejutkan dengan pendedahan mengenai usaha terancang diantara gerakan Kristian dan Yahudi untuk mengubah landscape politik Malaysia semasa PRU13 yang lalu.
Kehadiran orang ramai ke majlis wacana ini tidak lah begitu memberansangkan. Penganjur mengaku kesukaran menganjur majlis sebegini kerana berdepan dengan 'public awareness' yang rendah dikalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Bila NGO Islam nak bersatu? - Abu Bakar Yahya, YDP PERKASA Selangor
1
2
3 Q & A Syed Hassan, Setiausaha Agung Perkasa mahu Pembela membawa isu Kristian ini ke pengetahuan Perdana Menteri... Pembela mengesahkan bahawa sesi penerangan telah pun dibuat kepada wakil Pejabat Perdana Menteri tidak berapa lam dulu..
4 Mantan YDP Yadim, Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad mempersoalkan isu pergerakan dakwah di Malaysia yang dilihat tidak effektif dan lebih beretorik dari bertindak..
5
6
7
8 Mak Som ibu kepada Lina Joy...Ikuti rakaman temubual eksklusif beliau di SINI
Setiausaha Agung Pertubuhan Keris Emas Malaysia, Ayahanda Dato' Ahmad menggariskan apa itu Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan mendesak Nurul Izzah menarik balik kenyataan beliau mengenai kebebasan memilih agama oleh orang Melayu...
Samada Anwar sudah letih atau pun ianya strategi beliau nak bgi puak UMNO letih menghentam Nurul Izzah dalam isu kebebasan beragama oleh umat Islam. Saksikan petikan dari ceramah beliau ...
Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Event : Forum anjuran PERKASA - "Kebebasan Beragama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Negara"
Date : 8/11/2012 @ 11.00 pm
Anwar dijangka akan terkejut besar dengan barisan peguambela yang akan membela Utusan Malaysia sekiranya Nurul Izzah meneruskan niat beliau untuk menyaman Utusan. Difahamkan Anwar mengenali rapat salah seorang peguam yang sudah menyatakan kesediaan beliau untuk mempertahankan akhbar orang Melayu yang terulung di Malaysia...
Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk
penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak
telah mengemukakan pandangan masing-masing.
Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua
kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah.
Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang
menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam
agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang
begitu berat konotasi dan implikasi.
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh
pimpinan parasit PAS. Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad telah membuat
kenyataan membela dan mempertahankan pandagan Nurul Izzah dengan alasan bahawa
mereka yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah tidak memahami maksud sebenar
kenyataan Nurul Izzah itu dan tidak mengikuti penerangan lanjut yang diberikan
dalam lokasi yang berlainan.
Dr Zulkifli Ahmad menyentuh persoalan bahawa Duli Yang
Maha Mulia Sultan Selangor yang dilihat begitu tegas mengeluarkan kenyataan
menyanggah apa yang disebutkan oleh Nurul Izzah sambil Baginda mengharapkan
kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama
Islam sebagai agama Persekutuan.
Saya membaca kenyataan Dr Zulkifli Ahmad dalam dua
keadaan. Pertama, Dr Zulkifli seolah-olah cuba menasihatkan Sultan supaya
memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat kenyataan. Kedua, Dr Zulkifli
juga bagi saya merendahkan martabat Baginda Sultan yang terkenal dengan sifat
sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan
sebarang kenyataan. Biasanya Baginda akan merujuk kepada mereka yang
berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat
satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.
Agak lucu bagi saya bila Dr Zulkifli mengatakan bahawa
beliau cukup rapat dengan Tuanku Sultan. Sejak bila pula beliau cukup rapat
dengan Tuanku? Sebagai Ahli Majlis Agama
Islam Negeri Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang
dipertanggungjawabkan kepada portfolio Agma Islam saya tidak pernah melihat
batang tubuh Dr Zulkifli di dalam majlis yang melibatkan Baginda Sultan
khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.
Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkifli meletakkan
dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku
Sultan boleh “dipermainkan" sesuka hati.
Bagi mereka yang mengenali Dr Zulkifli, sudah tentu dapat
merasakan satu perbezaan yang agak nyata di antara Dr Zulkifli sebagai seorang
intelek dan penggerak Islam dengan Dr Zulkifli sebagai ahli politik yang kini
bersekongkol dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Kini apa yang disuarakan
adalah bayangan suara Anwar Ibrahim. Sebab itu bila anak Anwar Ibrahim
mengeluarkan kenyataan “carbon copy” ayahandanya, antara pimpinan PAS yang
melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dr Zulkifli hingga beliau
sanggup merendahkan martabat istana dan Ke Bawah Duli Tuanku untuk dijadikan
justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu.
Venue : Dewan Tokong Khai Kee Teng, Slim River, Perak
Event : Ceramah Perdana Pakatan Rakyat
Date : 6/11/2012 @ 9.00 pm
Anwar pertahankan kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama. Peguam telah diarahkan untuk menyaman TV3 dan Utusan Malaysia.. Kepada mereka yang menfitnah Anwar gelar mereka Pandi Kutty...
Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Event : Sidang Media khas oleh Dr Hasan Ali
Date : 28/7/2012 @ 12.00 pm
Ikuti rakaman sidang media ini hingga keakhir terutamanya bahagian soal jawab untuk mendapat pendangan yang menyeluruh dari Dr Hasan Ali..
KENYATAAN
AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
PRESIDEN
JATI DAN ADUN GOMBAK SETIA
2.ISU KENYATAAN AKHBAR PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA
Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat
oleh Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Juilai 2012 berkaitan PRU ke-13 atas
tajuk “UNDILAH DENGAN BIJAK. UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG”.
Pada umumnya saya tidak ada banyak masalah dengan
prinsip-prinsip bernegara seperti yang digariskan dalam kenyataan akhbar
tersebut. Kenyataan tersebut merujuk kepada hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana
negara di dalam dunia ini untuk mendapatkan
pimpinan negara yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip keadilan,
ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.
Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa
keutamaan yang digariskan sebagai visi yang seharusnya dijadikan panduan dalam
nation building. Prinsip akhir yang disarankan merujuk kepada kebebasan agama
merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia
dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang,
penegahan ataupun larangan.
Prinsip ini walaupun diletakkan di akhir daripada 8
prinsip, namun bagi saya inilah satu-satunya tuntutan yang sifatnya keterlaluan
dan diluar daripada lingkungan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama
sebelum kemerdekaan. Saya beranggapan tuntutan sedemikian bukan sahaja
bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi lebih daripada itu ia akan
merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan
keamanan, keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah sama-sama dinikmati
hingga setakat ini.
Tuntutan sedemikian akan membuka lebih banyak lagi
ruang-ruang tuntutan yang mungkin tidak munasabah yang akhirnya akan
menghasilkan kekacauan, kehuru-haraan dan ketidakstabilan. Peristiwa hitam yang
pernah berlaku mungkin akan berulang lagi.
Oleh kerana perkara ini melibatkan kuasa memilih di
dalam PRU ke 13 nanti, saya ingin melontarkan soalan berikut :
a) Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap
bahawa kerajaan yang ada tidak mampu memenuhi tuntutan mereka; atau
b) Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih
bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan.
Saya juga ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan
Kristian Malaysia, adakah pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang
dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu. Sekiranya itulah yang akan
dipersetujui oleh Pakatan Rakyat maka saya ingin mengajukan satu lagi
pertanyaan : adakah PAS juga sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat
bersetuju untuk melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia
itu yang antara implikasinya ialah pindaan perlembagaan yang akan mengakibatkan
keadaan huru hara, ketidakstabilan dan menggugat keutuhan Islam sebagai agama Persekutuan.