Showing posts with label krisis lahad datu. Show all posts
Showing posts with label krisis lahad datu. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

Pengumuman penubuhan ESSZONE

Lokasi : Padang Kawat Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Acara : Sambutan Ulangtahun ke-206 PDRM

Tarikh : 25/3/2013 @ 9.00 am


Keselamatan Sabah Timor yang melibatkan 10 daerah akan terjamin dengan penubuhan ESSZONE. Di Sarawak satu ketika dahulu ada RASCOM (Rajang Area Security Commeand) ketika dikemuncak gangguan penganas komunis. 



 

Friday, 15 March 2013

Penyokong Tian Chua serang Polis kerana dihasut?

Lokasi : Kantin kompleks mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Acara : Kes saman keatas Tian Chua kerana menghasut dalam krisis Lahad Datu

Tarikh : 14/3/2013 @ 10.00 am



This video is self explanatory...


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11


Tuesday, 12 March 2013

Ibupejabat PKR di serang kerana Tian Chua

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Demonstrasi oleh Jaringan Melayu Muda, Waris Malaya dan TIBAI bagi membantah kenyataan Tian Chua mengenai krisis di Lahad Data

Tarikh : 11/3/2013 @ 5.00 pm






1/20
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 9 March 2013

Najib tak cekap kendali krisis Lahad Datu - Rafizi

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang Media

Tarikh : 8/3/2013 @ 11.00 am




KENYATAAN MEDIA
8 Mac 2013

TINDAKAN DAN KEPUTUSAN PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB MENJEJASKAN OPERASI & KEDAULATAN NEGARA

Saya merujuk kepada dua laporan dan kenyataan berasingan yang dilaporkan di Malaysia dan Filipina semalam yang memberi kesan besar kepada kedaulatan negara, disamping memberi gambaran beberapa tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di Sabah telah memburukkan keadaan.

Kenyataan Dato’ Seri Najib yang mengakui bahawa pentadbiran beliau hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbunuh mengesahkan keraguan di banyak pihak sebelum ini bahawa beliau mengambil masa yang terlalu lama untuk berunding dengan penceroboh Sulu.

Kenyataan beliau itu disiarkan semalam (7 Mac 2013) di dalam Buletin Utama di saluran TV3. Beliau secara jelas mengakui bahawa tindakan ketenteraan hanya diambil setelah anggota keselamatan kita terkorban.

Sebab itu, KEADILAN berpendapat adalah wajar sekiranya seluruh operasi keselamatan di Sabah kini diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa campur tangan dari pimpinan politik. Ini untuk mengelakkan berulangnya salah pertimbangan di peringkat awal pencerobohan apabila tindakan ketenteraan hanya dibuat apabila nyawa anggota keselamatan terkorban setelah rundingan yang berpanjangan tidak membuahkan hasil.

Untuk menjaga keselamatan anggota tentera dan polis yang melaksanakan operasi di Sabah, wajarlah keputusan diserahkan kepada kepimpinan ATM dan PDRM yang lebih arif, supaya mereka dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat tanpa terlalu terikat dengan keputusan politik.

Saya juga benar-benar khuatir dengan kenyataan yang dibuat oleh Rene Almendras, Setiausaha Kabinet Filipina yang dipetik oleh Philippine Daily Enquirer (yang kemudiannya turut dilaporkan oleh laman The Malaysian Insider bertarikh 7 Mac 2013 bertajuk “Putrajaya, Manila Offered Sulu Gunmen Exit Passes”).

Laporan itu memetik pengakuan Setiausaha Almendras bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib telah bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh Sulu dengan syarat mereka hanya perlu meninggalkan atau menyembunyikan senjata dan meninggalkan Sabah.

Lebih membimbangkan, laporan itu turut menyebut persetujuan pentadbiran Dato’ Seri Najib untuk membuka kembali soal tuntutan terhadap Sabah yang dibawa oleh penceroboh Sulu.

Kedua-dua keputusan itu, jika benar, menjejaskan kedaulatan negara.

Bukanlah hak Dato’ Seri Najib untuk membuat keputusan sewenang-wenangnya untuk merundingkan kembali kedudukan Sabah di dalam Malaysia dan tuntutan yang dibuat oleh penceroboh. Hak itu adalah hak rakyat dan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara sekeras-kerasnya, apatah lagi dalam kes yang melibatkan pencerobohan terang-terangan seperti yang berlaku.

Malah, tawaran untuk penceroboh Sulu meninggalkan atau menyembunyikan senjata tanpa dikenakan apa-apa tindakan memberi isyarat yang buruk bahawa kerajaan Malaysia boleh bertolak ansur dengan pencerobohan sedemikian rupa. Ini akan menjemput lebih banyak pencerobohan di masa hadapan, apabila penceroboh boleh menyusup masuk dan mengambil semula senjata-senjata yang disembunyikan.

Perkembangan-perkembangan ini memberi gambaran bercelarunya tindak balas dan keputusan yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib dalam menangani peristiwa pencerobohan ini. Masa yang terlalu lama diambil untuk berunding, ditambah pula dengan terma rundingan yang menjejaskan kedaulatan negara, sedikit sebanyak menjejaskan keberkesanan operasi menggempur penceroboh apabila pihak keselamatan diarahkan mengambil tindakan setelah rundingan gagal.

Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak ada pilihan kecuali menjawab persoalan ini di dalam satu siding khas Parlimen mengenai pencerobohan di Sabah. Jika beliau terus mengelak, maka keraguan di pihak rakyat yang tertanya-tanya kenapakah krisis ini tidak ditangani dengan lebih tegas dan cepat akan terus berlegar.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI



Friday, 8 March 2013

Jen Hashim bandingkan Lahad Datu dengan Sauk

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media penegenalan Jen (B) Md Hashim Hussein

Tarikh : 6/3/2013 @ 11.30 am






Krisis Lahad Datu - Tian Chua akan saman Blogger UMNO

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sdidang media oleh Tian Chua

Tarikh : 7/3/2013 @ 11.30 am

1.
 2.


Kenyataan Media

9 March 2013


Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrOoper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno. Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara. Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan.

Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com:

Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media black-out di Malaysia.

Perenggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain.

Perkara ini dirumitkan lagi bila ada blogger Umno termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat "Komando Mati Katak". Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini.

Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik.

Dalam keadaan negara kita menghadap ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokong penuh kepada Pasukan Keselamatan kita. Malangnya, kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan. Sepatutnya ahli-ahli politik harus menunjukkan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis negara.

Saya harap episod tuduh-menuduh ini boleh dihentikan serta-merta. Kepada anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu-domba politik di antara kerajaan dan pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan perjuangan, rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua.



Tian Chua



Tuesday, 5 March 2013

Anwar tidak pernah jumpa Sultan Sulu

Lokasi : Dataran Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor

Acara : Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Date : 4/3/2013 @ 10.30 pm


Anwar mendakwa tidak pernah berjumpa dengan Sultan Sulu tetapi pernah berjumpa dengan Nur Misuari yang beliau kenali di Indonesia baru baru ini. 




1/15
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15



Hentikan amaran, bertindak segera

Lokasi : Dataran Pekan Bagan Serai, Perak

Acara : Perhimpunan Rakyat Perak 2013 anjuran PERKASA

Tarikh : 3/3/2013 @ 3.00 pm



Monday, 4 March 2013