Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

Apa musibah lagi akan menimpa Anwar?

Lokasi : Bilek mesyuarat tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur


Tarikh : 26/11/2013 @ 4.00 pm


Apa lah malang nya nasib Anwar Ibrahim yang ditimpa musibah bertalu talu dalam masa sebulan ini. Minggu lepas beliau dengan tiba-tiba buat penafian yang mengejutkan mengenai dakwaan 40,000 pengundi Bangla yang digunakan BN semasa PRU13. Kenyatan 'u-turn' beliau menimbulkan kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari kalangan penyokong sendiri. Apa tidak nya segala ucapan dan kenyataan beliau semasa berkempen PRU13 telah di rakam oleh pelbagai pihak dan boleh digunakan sebagai bukti penipuan dan fitnah beliau.

Kini hampir seluruh jentera PKR di Sabah lumpuh dengan keluarnya 11 ketua cabang PKR Sabah yang telah didahului dengan keluarnya 2 ADUN mereka dari Matunggung dan Kedamaian. Gelombang kedua dikhabarkan akan menyusul tidak lama lagi dengan keluarnya 9 lagi ketua cabang menjadikan 20 daripada 25 cabang PKR Sabah tidak mempunyai ketua. Yang parah nya apabila ahli-ahli biasa yang menjadi penyokong dan pengikut ketua-ketua cabang yang terlibat akan atau bakal turut sama meninggalkan PKR.

Dimana nak letak muka Anwar kerana isu yang timbul ialah hilang nya kepercayaan kepada beliau. Jangan cerita pasal maruah. Kita nantikan respon beliau dalam masa terdekat ini. Saya percaya rakan-rakan media akan memburu beliau di Parlimen hari ini..


Ikuti sesi penerangan oleh 'renegades' PKR Sabah..



"Tanya sama Anwar apa sebab goyang.."

Lokasi : Bilek mesyuarat tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Majlis pengumuman 11 ketua cabang PKR keluar parti.

Tarikh : 26/11/2013 @ 4.00 pm


Kenyataan balas yang diterima dari sumber dalaman PKR sebaik saja majlis pengumuman selesai....
"Ha..ha.. semua group Azmin masa PRU13. Kumpulan yang boleh dijual beli"
"Sabah cukup mudah kena beli...sebab itu tak harap dgn puak2 Sabah ini"

P.S Bottom line Najib kini dalam kedudukan boleh 'pulang paku buah keras'..
TANYA SAMA ANWAR APA SEBAB GOYANG
NANTI JAWAB ANWAR SABAH DAH HILAAAAANG !!

Ingat lagi tak bait-bait senikata lagu olahan Anwar ketika berkempen pada PRU13 yang lalu?.

Kami diberitahu bahawa dalam masa terdekat ini hampir tiga suku daripada 25 cabang PKR Sabah akan kehilangan sekurang-kurang nya Ketua Cabang mereka dan kemungkinan diikuti oleh ahli-ahli cabang yang terlibat. Alasan nya mudah saja...mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.. 

Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti hari ini ialah dari Kudat, Kota Marudu, Sepanggar,  Kota 
Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna.

1
 2
 3 
 4  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Musa Aman
 5  Najib Razak bersalaman dengan ADUN Matunggung, Datuk Jelani Hamdan
 6
 7  Najib bersalaman dengan ADUN Kedamaian, Jeremy Malajad @ Ukuh
 8
 9
 10
 11
12 
 13


Tuesday, 26 March 2013

Pengumuman penubuhan ESSZONE

Lokasi : Padang Kawat Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Acara : Sambutan Ulangtahun ke-206 PDRM

Tarikh : 25/3/2013 @ 9.00 am


Keselamatan Sabah Timor yang melibatkan 10 daerah akan terjamin dengan penubuhan ESSZONE. Di Sarawak satu ketika dahulu ada RASCOM (Rajang Area Security Commeand) ketika dikemuncak gangguan penganas komunis. 



 

Sunday, 17 March 2013

NGO Sabah sanggup jihad demi Sabah

Lokasi : Kedutaan Fillipina, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan memorandum bantahan kepada Sultan Jamalul Kiram III

Tarikh : 15/3/2013 @ 3.30 pm


Demonstrasi aman depan Kedutaan Fillipina oleh sekumpulan NGO wakil peniaga Suluk dari Sabah, setelah memorandum diserahkan kepada pegawai kedutaan. Memo yang diserahkan oleh Zulkarnain Mahdar mengandungi 3 perkara iaitu

1. ucapan terima kasih kepada Benigno Aquino kerana memberi kerjasama yang baik kepada pihak keselamatan Malaysia dalam krisis Lahad Datu
2. jemputan kepada wartawan wartawan Fillipina untuk melawat Sabah untuk mendapat gambaran yang sebenarnya. Perbelanjaan akan ditanggung sepenuh nya oleh penganjur
3. celaan kepada Sultan Jamalul Kiram III kerana membuta huru hara di Lahad Datu.





1
 2
 3
 4
 5



Sunday, 17 February 2013

Anwar nafi dilantik jadi Huguan Siou Kadazandusun

Venue : SJK (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur

Event : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu

Date : 16/2/2013 @ 4.30 pm


Walupun beliau mengaku telah menghadiri majlis Kadazandusun di Ranau, Sabah, Anwar menegaskan bahawa majlis tersebut bukan lah majlis penabalan beliau sebagai ketua suku tapi hanyalah untuk menyampaikan ceramah saja.

Tiada pengisytiharaan atau pengumuman rasmi dibuat semasa beliau di pakaikan tanjak (sigai) dimajlis tersebut. Secara berseloroh beliau menyatakan kegusaran akan adanya tanda Salib di tanjak tersebut seperti mana yang telah dipakai oleh Tengku Razaleigh ketika mengadakan kempen Semangat 46 dahulu.




Saturday, 19 January 2013

SAPP diminta munasabah dalam permintaan kerusi

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


SAPP diminta utntuk mengkaji semula permintaan mereka untuk bertanding di 40 daripada 60 kerusi DUN yang akan dipertandingkan dalam PRU13 akan datang. Anwar meminta Yong Teck Lee untuk membuat sesuatu yang munasabah bagi membolehkan PKR, DAP dan PAS turut sama bertanding di Sabah kelak.




Tuesday, 23 October 2012

Lajim jadi penipu dan perasuah semasa dalam UMNO

Venue : Tapak Pasar Malam, Taman Melati, Kuala Lumpur

Event : Ceramah Isu Semasa PR

Date : 22/10/2012 @ 10.00 pm



Lajim akan lakukan apa saja demi survival politik beliau. Ikuti pengakuan beliau yang pernah menjadi penipu, pembohong dan perasuah semasa berada dalam UMNO.