Showing posts with label presiden. Show all posts
Showing posts with label presiden. Show all posts

Saturday, 16 June 2018

Ku Li akhirnya umum menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO

Acara : Sidang media Ku Li umum tanding kerusi Presiden UMNO

Lokasi ; Kediaman Ku Li di Langgak Golf, Kuala Lumpur

Tarikh : 16/6/2018 @ 2.00 pm


Video 1 -

UMNO memerlukan pemimpin matang politik

Tagline - Ikhlaskan Jiwa Martabatkan Maruah

Ikuti rakaman sidang media ini sepenuh nya untuk memahami aspirasi calon Presiden dari Gua Musang .




Video 2 - Contoh berpolitik matang yang ditunjuk oleh Johari Abdul Ghani, Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa. Kerajaan Pakatan Harapan perlu dihormati dan diberi ruang untuk melakukan kerja bina semula Malaysia demi rakyat





**********************************************************************************************************************************

1
 2
 4
5
 6


Sunday, 17 September 2017

Muhammad Mohd Taib kecewa dengan PKR kembali semula ke UMNO

Acara : Sidangmedia khas oleh Presiden UMNO

Lokasi : Tingkat 39, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Tarikh : 17/9/2017



Video 1 - Terbahagi kepada dua bahagian

1. Pengumuman oleh Presiden UMNO kembalinya Tan Sri Muhammad Haji Mohd Taib ke UMNO setelah kecewa dengan pengalaman beliau berada disebelah pihak pembangkang

2. Ucapan Tan Sri Muhammad yang menekankan peri penting nya perjuangan memartabatkan kepentingan dan kedudukan orang Melayu yang hanya boleh dijayakan oleh UMNO




FB entries






*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday, 12 September 2017

Isu Rohingya - Pribumi PERKASA kecewa dengan PBB desak ASEAN pula yang bertindak

Acara : Sidang media Presiden PERKASA mengenai isu Rohingya

Lokasi : Ibupejabat Pribumi PERKASA, Jalan Lumut, KL

Tarikh : 12/9/2017



Presiden Pribumi PERKASA menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap double-standard Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dalam menangani isu kemanusiaan Rohingya di Myanmar. OIC pula sibuk bergaduh dan berperang sesama mereka. 

Oleh itu PERKASA menyeru Sekretariat ASEAN untuk mengadakan Sidang Kemuncak seberapa segera dengan memanggil kesemua negara negara ASEAN termasuk lah Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian isu Rohingya. Rombongan pimpinan PERKASA berada di Jakarta untuk menyerahkan Nota Bantahan kepada Sekretariat ASEAN. 

Ikuti kenyataan sepenuhnya oleh Dato' Ibrahim Ali. 






Post settings Labels asean, genocide, ibrahim ali, myanmar, pbb, presiden, pribumi perkasa, rohingya Published on 13/09/2017 22:35 Pacific Daylight Time Permalink Location Options

Ibrahim Ali akan bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada PRU14

Acara : Sidang media Presiden PERKASA mengenai isu Rohingya

Lokasi : Ibupejabat Pribumi PERKASA, Jalan Lumut, KL

Tarikh : 12/9/2017


Video1 - Ibrahim Ali setelah diajukan soalan oleh wakil media mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada PRU14 akan datang. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan atas tiket apa kerana perbincangan dengan beberapa parti politik dari kedua dua belah pihak masih belum mencapai kata putus. Ikuti rakaman perbualan Tok Him mengenai sejarah politik beliau yang melibatkan kerjasama dengan PAS dan sebab terputus nya kerjasama dengan parti tersebut.






Sunday, 5 April 2015

Ketua-ketua bahagian diarah jangan soal Najib mengenai 1MDB ?

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Najib tidak pernah jawab secara khusus isu 1MDB, malah dalam perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian sudah ada arahan untuk tidak membangkitkan isu tersebut. Tun Dr Mahathir mencabar mereka yang menyuruh beliau berdiam samada mereka sendiri sudah bertanya dan mendapat jawapan dari Najib Razak...


1
 2


Sunday, 4 November 2012

Chua rujuk kepada Hudud PAS, bukan hina Islam




KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS

1.   Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS  bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2.   Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

3.   Ingin saya tegaskan di sini bahawa,  ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS,  MCA  sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ).  Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.

4.   Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5.   Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6.   Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.

7.   Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.

8.   Hal  ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.

9.   Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. “Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10.  MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?

11.  MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari  dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12.  Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13). Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek 
Presiden MCA 


Sunday, 21 October 2012

"Santai Bersama Kak Wan"

Venue : Kediaman Kak Wan, Bukit Segambut, Kuala Lumpur

Event : Photo shoot "Santai Bersama Kak Wan"

Date : 19/10/2012 @ 11.30 am





KENYATAAN MEDIA                                                                                           
19hb Oktober 2012

MENGAPA SAYA MENYEDIAKAN KEK BERSAMA WANITA DI “ SANTAI  BERSAMA KAK WAN ‘                                                      

Penumbuhan kadar jenayah di zaman ekonomi yang tidak menentu kala ini didorong oleh jurang pendapatan yang ketara serta kurangnya  keprihatinan terhadap masyarakat. Acara penyediaan kek ini menunjukkan tindak balas dan respons kita, khususnya terhadap perkara kurangnya prihatin.

Dewasa ini, samada mereka merasakan tiada apa yang boleh membantu keadaan ini, atau bahawa tiada yang peduli membawa kepada rasa bahawa mereka juga tidak perlu mengambil berat.

Kita mulakan keprihatinan dengan mengenali antara satu sama lain, dan acara ini diharapkan dapat membantu dengan membawa bersama ibu-ibu seperti saya yang mendambakan kehidupan kita di Malaysia ini menjadi lebih baik dan lebih selamat.

Terdapat berbagai kes jenayah yang melanggar batas norma kerana masih terdapat  sikap acuh tidak acuh di kalangan komuniti. Bersama kumpulan ini, kita menghantar pesanan bahawa kaum ibu juga mempunyai keprihatinan di mana  kita bukan sekadar melihat tapi sedia dan mampu untuk bertindak.

Tindakannya adalah mudah dan ringkas. Antaranya adalah sentiasa memerhati dan prihatin terhadap situasi di kejiranan, berpesan pesan sekiranya ada jiran yang meninggalkan rumah untuk urusan atau bercuti dan berkongsi tip tip keselamatan bersama serta keterlibatan daripada pihak berkuasa.

Acara ini diharapkan dapat memberi galakan kepada yang hadir bahawa mereka tidak keseorangan serta mereka mesti bertindak dan mendorong  yang lain untuk  mula bertindak kelak.

Inilah hasrat kami untuk membina komuniti prihatin dalam “ Ibu Malaysia Menentang Jenayah “ (https:://www.facebook.com/mumsXcrime)

Satu tindak balas yang berkesan untuk kes jenayah adalah penyertaan secara meluas tentang komuniti persekitaran. Inilah usaha serta pendekatan kita.


DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDEN PARTI KEDILAN RAKYAT


1.
2. 
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.