Showing posts with label sosma. Show all posts
Showing posts with label sosma. Show all posts

Wednesday, 23 November 2016

Dr Mahathir masih memberi peluang kepada Ibrahim Ali sebagai sahabat

Acara : Sidang media Dr M mengenai penahanan Maria Chin dibawah SOSMA

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh : 22/11/2016



Sidang media mengenai penahanan Maria Chin telah di 'hijacked' oleh isu persahabatan Ibrahim Ali dan Dr Mahathir.

FB entries











*********************************************************************************

1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
Dr M bergambar kenangan bersama pelajar dari UITM Shah Alam yang menyewa bas untuk berjumpa beliau..
 11
Dr M bergambar kenangan bersama pelajar dari UITM Shah Alam yang menyewa bas untuk berjumpa beliau.
 12
Dr M bergambar kenangan bersama pelajar dari UITM Shah Alam yang menyewa bas untuk berjumpa beliau.
13

Tuesday, 22 November 2016

Menteri tak mahu jawab, Ahli Parlimen beri tekanan kepada IGP pula

Acara : Solidariti Ahli parlimen bersama Maria Chin Abdullah

Lokasi : Pintu masuk Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Tarikh : 22/11/2016


Video 1 - Ahli ahli parlimen pembangkang pagi ini telah berarak beramai ramai ke Ibupejabat Polis Bukit Amanuntuk menyerahkan memorandum kepada IGP untuk dua perkara iaitu :

1. membantah penggunaan OSA dan menghormati hak Ahli Parlimen yang berbahas / berucap dalam Parlimen

2. membantah penggunaan SOSMA keatas Maria Chin Abdullah dan menuntut pembebasan beliau
dengan segera.



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6


Wednesday, 14 October 2015

PERKASA bakal memainkan peranan penting sebagai broker perpaduan Ummah

Lokasi : Ibupejabat PAS, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat PERKASA ke Ibupejabat PAS

Tarikh : 13/10/2015


Dalam kunjungan hormat ini rombongan PERKASA telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan DS Hadi Awang, Presiden PAS,  Takiyuddin Hassan SUA PAS dan Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya Pusat PAS.

Menurut Ibrahim Ali pertemuan mereka tidak membincangkan sebarang kerjasama politik tetapi lebih kepada isu-isu semasa. Di penghujung pertemuan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama yang menyentuh tiga perkara berikut :-

1. isu 1MDB 
2. isu penggunaan SOSMA
3. isu TPPA

Ikuti kenyataan Ibrahim Ali dan Irwan Fahmi, Ketua Wira PERKASA dalam rakaman berikut.


PS - Jelas ada ruang untuk Ibrahim Ali dan PERKASA memainkan peranan menjadi penghubung antara PAS dan UMNO dalam menyatukan umat Melayu / Islam dinegara ini. Sebagai ganjaran Ibrahim Ali boleh lah dipertimbangkan bertanding semula di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dalam PRU14 akan datang. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS dua penggal yang lalu. Kita bakal akan menyaksikan kembali nya Ibrahim Ali ke Parlimen sekiranya tiada kejadian 'cah keting' dalam usaha yang nampak 'workable' dalam keadaan dan kedudukan PAS masa ini. InsyaAllah. 


 2
 3
 4
 5
 6
 7


Tuesday, 13 October 2015

(FULL & UNCENSORED) Sidang media Tun Mahathir dan Rakan-Rakan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Sidang media khas mengenai salahguna SOSMA keatas Khairuddin dan Mathias

Tarikh : 12/10/2015


Rakaman penuh sidang media bersama Tun Dr Mahathir, DS Shafie Apdal, TS Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh, TS Sanusi Junid dan DS Ong Tee Keat.


Dari kanan - DS Shafie Apdal, TS Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sr Sanusi Junid dan DS Ong Tee Keat



Monday, 12 October 2015

Tun Dr Mahathir mula bergerak berpasukan menentang Najib Razak #noturningback

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Sidang media khas mengenai salahguna SOSMA keatas Khairuddin dan Mathias

Tarikh : 12/10/2015


KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen. 

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa. 

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan. 

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan. 

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia: 

1. untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; 

2. untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong; 

3. yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; 

atau 

4. untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang. 

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA. 

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi. 

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen. 

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”. 

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. 

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad 
YABhg Tun Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin 
YB Datuk Seri Shafie Apdal YBM Tengku Razaleigh Hamzah 
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

1
Ku Li & Anina
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
Tengku Razaleigh Hamzah, Mantan Menteri Kewangan
 9
 10