Showing posts with label warisan. Show all posts
Showing posts with label warisan. Show all posts

Tuesday, 26 October 2021

WARISAN sudah hampir untuk melebar sayap ke Semenanjung dengan pembukaan pejabat di Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Parti Warisan berkaitan bahaya yang bakal menimpa jika CPTPP di ratifikasi oleh kerajaan.

Lokasi : Anjung Melayu, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/10/2021


Shafie Apdal menjawab :-
- perkembangan terkini mengenai persiapan WARISAN untuk melebar sayap ke Semenanjung
- pandangan beliau mengenai PRN Melaka
- kepimpinan masa depan terletak ditangan anak muda, Syed Saddiq menjadi contoh






DPMM dan parti Warisan menolak ratifikasi CPTPP kerana musibah yang bakal menimpa negara terutamanya orang Melayu / Bumiputera

Acara : Sidang media selepas mesyuarat antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Parti Warisan berkaitan bahaya yang bakal menimpa jika CPTPP di ratifikasi oleh kerajaan.

Lokasi : Anjung Melayu, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/10/2021


KENYATAAN MEDIA 

 

DEWAN MELAYU TAWAR USAHASAMA DENGAN KOMUNITI DAGANG BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK     

 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DEWAN MELAYU) mengucapkan ribuan penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Apdal yang telah sudi untuk bertemu bagi mendengar dan berkongsi pandangan beliau tentang situasi ekonomi Bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak; serta hubung-kaitnya dengan isu ratifikasi perjanjian CPTPP yang sedang berlangsung.  

1. KERJASAMA EKONOMI BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK 

• Umum mengetahui bahawa kedudukan ekonomi golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak merupakan antara yang terendah di negara ini. Bahkan kerajaan melalui agenda perlaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) telah meletakkan komuniti Bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai salah satu daripada 9 kumpulan sasaran bersama-sama dengan golongan isi rumah B40, miskin tegar dan rentan ekonomi; masyarakat dalam transisi ekonomi; Orang Asli; Orang Kurang Upaya; belia; wanita; kanak-kanak serta warga emas. 

• Dalam pada itu, penglibatan ekonomi Bumiputera dari segi perdagangan dan industri masih terlalu kecil sebagaimana yang digambarkan dalam dokumen WKB2030, dengan nilai aktiviti perdagangan dan perindustrian Bumiputera hanyalah RM81 bilion pada tahun 2014 berbanding RM354 billion oleh bukan Bumiputera. Pada masa yang sama, kebergantungan masyarakat Bumiputera pada pendapatan daripada gaji masih terlalu tinggi sehingga 80%; sekaligus meletakkan mereka sebagai pekerja dan pengguna, bukannya sebagai pengeluar ataupun majikan. 

• Pembentangan RMK-12 oleh YAB Perdana Menteri dengan 18% peruntukan pembangunan khusus untuk wilayah Sabah dan Sarawak perlu memfokuskan kepada peningkatan aktiviti ekonomi dan perniagaan Bumiputera sebagai sasaran utama disetiap peringkat perlaksanaannya; agar nisbah Jurang Antara Wilayah dapat dikurangkan daripada 2.6 kepada 1.5 untuk Sabah dan daripada 1.5 kepada 1.2 untuk Sarawak menjelang 2030.  

• Justeru demi mencapai hasrat dan cita-cita tersebut, DEWAN MELAYU sebagai pertubuhan mewakil perniagaan dan ikhtisas Melayu terbesar di Semenanjung bersedia untuk berkolaborasi dengan pertubuhan-pertubuhan perniagaan dan perdagangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak bagi membentuk satu jalinan persefahaman yang lebih tuntas dan senada, khususnya dalam berkongsi kemahiran dan kapasiti ahli, serta memaksimakan ruang dan peluang untuk mempertingkatkan tahap daya saing serta kebolehpasaran usahawan merentas wilayah.  

 

2. DEWAN MELAYU TOLAK RATIFIKASI CPTPP 

 • Mengenai perjanjian CPTPP (dahulunya dikenali sebagai TPPA) yang telah dianggotai Malaysia dan sedang melalui proses ratifikasi, DEWAN MELAYU konsisten untuk menolaknya dan mendesak agar proses ratifikasi tersebut ditangguhkan oleh kerajaan pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dengan serta-merta. 

 • Nisbah ketidaksaksamaan antara kaum dan wilayah yang masih tinggi memerlukan pelan tindakan serta halatuju yang lebih terarah buat kaum Melayu di Semenanjung dan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini terpaksa dilakukan demi memastikan jurang tersebut dapat dirapatkan; dan mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan atau dinafikan peluang untuk meraih nikmat serta kelebihan sebagai warganegara Malaysia.  

 • Walaupun Malaysia bergantung kepada hasil perdagangan, kedaulatan negara dan hak warganegara mesti didahulukan. Sekiranya CPTPP berkuatkuasa, maka sebarang usaha untuk merapatkan jurang tersebut bukan sahaja akan terlarang dan menjadi lebih sukar, bahkan tindakan-tindakan sedemikian boleh pula dicabar di tribunal antarabangsa oleh syarikat asing yang mahukan peluang serta keistimewaan yang sama dengan syarikat tempatan.  

 Kesimpulannya, Sabah dan Sarawak telah menjadi sebahagian dari Keluarga Malaysia lebih enam dekad lamanya. Sudah sampai masanya sempadan politik dan wilayah yang telah membantutkan pembangunan ekonomi Bumiputera diruntuhkan agar citra negara Malaysia yang “Makmur, Inklusif dan Mampan” benar-benar dapat dizahirkan. 

 Sekian, terima kasih. 

Bagi pihak DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA  

ABDUL HALIM BIN HUSIN merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu 26hb Oktober 2021 




KENYATAAN AKHBAR 
 
“MEMPERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA DAN PENDIRIAN MENGENAI CPTPP” 
 
 
1. Hari ini saya telah dijemput oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam suatu mesyuarat untuk membincangkan isu-isu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  
 
2. Di dalam mesyuarat itu juga, DPMM turut membuat suatu perbentangan mengenai isuisu berbangkit di dalam Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) terutamanya yang berkaitan dengan hak bumiputera. 
 
3. Saya berpendirian bahawa kekuatan ekonomi bagi kaum Bumiputera perlulah diperkukuhkan secara berterusan. Ini bagi memastikan jurang ekonomi antara kaum dan antara wilayah dapat dikurangkan dan akan membolehkan pembangunan negara dinikmati dengan lebih saksama.  
 
4. Oleh yang sedemikian, saya menyokong sepenuhnya cadangan jalinan kerjasama yang lebih erat antara peniaga Melayu Semenanjung dan peniaga Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ini boleh dilakukan apabila mereka sebulat suara bersatu dalam memperjuangkan isu yang menjejaskan kepentingan Bumiputera. Cadangan jalinan persefahaman persatuan perniagaan antara wilayah, turut saya sokong sepenuhnya. 
 
5. Walau bagaimanapun, saya masih berpendirian bahawa walaupun dasar afirmatif adalah perlu demi untuk menjaga kepentingan warga Bumiputera, ia seharusnya dilaksanakan secara saksama dan berdasarkan merit dan akauntabiliti. Lebih afdal sekiranya jalinan perniagaan dan ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera juga diperkukuhkan.  
 
6. Berkenaan dengan CPTPP, saya berpandangan bahawa peruntukan-peruntukan perjanjian perdagangan mega ini perlulah diperhalusi dengan sebaik mungkin dengan menekankan keperluan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan yang bukan saja bebas, tetapi perlulah adil. Rundingan yang ingin dimuktamadkan juga harus mengutamakan aspek perlindungan perusahaan kecil dan sederhana daripada ditindas berikutan kelambakan barangan asing di pasaran Malaysia. 
 
7. Kedaulatan negara juga perlu dijaga agar tiada peruntukan yang boleh menyebabkan negara disaman dengan sewenang-wenangnya oleh syarikat antarabangsa. Ini boleh terjadi kerana Kerajaan masih mempunyai polisi yang mengutamakan perusahan tempatan berbanding perusahaan asing.  
 
8. Tambah merisaukan kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% pada tahun 2011 kepada 45.3% pada tahun 2015. Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh yang sama. Manakala pemilikan ekuiti Bumiputera turut jatuh dari 23.4% kepada 16.2%.  
 
9. Seharusnya apa-apa polisi perdagangan yang ingin ditetapkan oleh Kerajaan perlulah mengambil kira keperluan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti warga tempatan dan bukan hanya mengutamakan penambahan ekuiti perusahaan asing. Mana-mana perjanjian perdagangan antarbangsa yang dimasuki oleh negara perlulah menitik beratkan perkara tersebut. 
 
10. Oleh yang demikian, adalah disarankan agar Kerajaan menangguhkan pelaksanaan CPTPP ini sehingga semua pihak berkepentingan dirujuk dan bersetuju dengan pendekatan yang dicadangkan.  Satu kajian yang mendalam juga perlu dibuat untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan perjanjian CPTPP ini dalam konteks perdagangan dan pelaburan Malaysia terkini. 
 
--Tamat-- 
 
 
          DATO’ SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL           
PRESIDEN PARTI WARISAN & AHLI PARLIMEN SEMPORNA           
26 OKTOBER 2021, KUALA LUMPUR 
 _______________________________________________________________________________________________________________

1
2
3
4
5


Thursday, 1 July 2021

Kerajaan PN jangan bersikap angkuh, segerakan persidangan Parlimen seperti dititah YDPA - Shafie Apdal

 


AHLI PARLIMEN P189 SEMPORNA

YB DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL

SIARAN SEGERA


KENYATAAN MEDIA

Dalam keadaan dunia dan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan bukan hanya masalah ekonomi yang tidak menentu, bahkan kehilangan nyawa yang begitu banyak akibat pandemik Covid-19 ini amat membimbangkan. 


Maka dengan itu, kerajaan yang ada pada hari ini iaitu Perikatan Nasional diingatkan supaya jangan bersikap angkuh seperti tahu semua perkara, perlu ambil iktibar walaupun sebenarnya masih lagi tidak pasti dengan banyak perkara. 


Setelah lebih dua minggu dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, kelmarin sekali lagi baginda Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan dan menitahkan supaya persidangan parlimen diadakan segera. 


Apa yang terjadi pada hari ini adalah menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku, ramai rakyat hilang punca pendapatan, syarikat-syarikat tidak dapat meneruskan operasi dan terpaksa buang pekerja, peniaga-peniaga kecil banyak yang gulung tikar. 


Banyak keluarga terputus bekalan makanan, anak-anak kecil tiada susu, ramai yang tidak dapat mengadakan bekalan asas makanan untuk seisi keluarga, kesempitan hidup semakin parah dan lain-lain situasi yang tidak menyebelahi kebanyakkan rakyat. 


Saya bimbang sekiranya situasi dan keadaan ini tidak kita atasi segera, akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan. Malaysia yang mengamalkan pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan ini perlu kita jaga, hormati dan pertahankan. 


Selaras dengan titah Tuanku yang mahu Persidangan Parlimen diadakan segera menunjukkan bahawa baginda Tuanku sangat prihatin dan memahami akan kesusahan yang dihadapi rakyat. Sudah tentu banyak perkara dapat dibincangkan, diselesaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat, terutama perkara-perkara berkaitan Ordinan-Ordinan Darurat Covid-19. 


Sekali lagi saya nyatakan bahawa titah Yang Di-Pertuan Agong supaya parlimen bersidang segera diambil perhatian oleh kerajaan Perikatan Nasional, khususnya pentadbiran Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


1 JULAI 2021


Tingkat 2, Blok F, Lot 37 & 38, Bangunan Warisan, Bandar Baru, Peti Surat Bil.05, 91308 Semporna, Sabah

Tuesday, 18 October 2016

Shafie sudah ada wadah baru untuk rakyat Sabah

Acara : Sidang media selepas kelulusan diperolehi dari ROS untuk WARISAN beroperasi dibawah pengurusan baru dengan nama baru

Lokasi : Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Putrajaya

Tarikh : 17/10/2016


Video 1 - ROS sudah memberi kelulusan kepada pindaan yang melibatkan penukaran nama parti asal yang diambil alih Shafie Apdal dari Parti Pembangunan Warisan Sabah kepada Parti Warisan Sabah dengan nama singkatan nya WARISAN.

AGM pertama sudah diadakan baru-baru ini dalam urusan pengambil alihan dan perlantikan pengurusan baru. Shafie sebagai Presiden dan Darrel Leiking sebagai Timbalan Presiden

Buat permulaan WARISAN dibarisi oleh wakil-wakil rakyat yang berikut :-

1. Shafie Apdal - MP Semporna X-UMNO
2. Darrel Leiking - MP Penanampang X-PKR
3. Dr Jaujan Sambakong - ADUN Sulabayan X-UMNO
4. Junz Wong - ADUN Likas X-DAP
5. Terence Siamban - ADUN Moyog X-PKR

WARISAN adalah parti pelbagai kaum dan akan beroperasi di Sabah sahaja.

Matlamat WARISAN ialah untuk menumbangkan kerajaan BN Sabah dan menubuhkan kerajaan  baru.. 
WARISAN boleh berkerjasama dngan mana mana pihak atau parti pembangkang yang mempunyai aspirasi yang sama.



***********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


Monday, 21 July 2014

Musa Hassan sarat dengan pengalaman berguna

Lokasi : Hotel The Zon, Kuala Lumpur

Acara : Santai penggiat media sosial bersama Tan Sri Musa Hassan mantan Ketua Polis Negara

Tarikh : 20/7/2014



 Tiada bahan yang boleh diceritakan, cuma foto untuk dikongsi.. :)

1
 2
 3
 4
 5
 6
7 
 8
 9
 10

Monday, 14 April 2014

Menteri tak ambil peduli portfolio seni budaya dan warisan ???

Lokasi : Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Taman Sunway, Batu Caves, Selangor

Acara :  Himpunan Perjuangan Sosio Budaya Seni Mempertahankan Diri Nasional
500 NGO Bersama Pendekar Negara

Tarikh : 12/4/2014


Tak tahu lah nak cakap apa.. terbaru cerita pasal FINAS yang memerlukan bantuan dan perhatian pihak atasan, Pak Menteri lah to be precised. Kelmarin Mahaguru Omardin tanpa berselindung mengatakan bahawa Pak Menteri yang berwajib tidak ambil peduli hal ehwal seni warisan dan budaya berbanding dengan Menteri yang terdahulu, Rais Yatim yang begitu prihatin dan mengambil berat hal-hal yang berkaitan seni warisan dan budaya. Menteri yang baru ini lebih berminat kearah hal-hal lain. 

Ini suatu perkara yang kita semua perlu ambil tahu dan ambil peduli kerana ia nya melibatkan seni budaya dan pembentukan ketamadunan rakyat Malaysia. Perdana Menteri amat mengetahui kepentingan ini sehingga mengujudkan portfolio tersebut dalam kabinet beliau.



1
 2

Sunday, 28 October 2012

Isu hartanah Batu Caves - siapa main wayang?

Venue : Pejabat Pentadbiran Batu Caves, Gombak, Selangor

Event : Sidang Media bantahan terhadap rancangan pembangunan hartanah bersebelahan kompleks
kovil Batu Caves

Date : 26/10/2012 @ 11.00 am


Ringkasan :

1. Bantahan keatas pembangunan projek kondominium 29 tingkat disebelah tapak kompleks kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.
2. Pemaju Dolomite Park Avenue dikatakan telah mendapat kelulusan pada tahun 2007 semasa Majlis Perbandaran Selayang masih dibawah BN
3. Senator A.Kohilan (Gerakan) yang pernah menduduki kerusi ahli MPS mengaku cuma terlibat dalam meluluskan Permohonan Merancang pada tahun 2007. Segala kelulusan yang berikutnya termasuk kelulusan memasarkan projek telah diluluskan oleh MPS dibawah kerajaan Pakatan Pembangkang.
4. Pihak pengurusan kuil tidak pernah di beritahu atau di rujuk oleh pemaju dan hanya mengetahui mengenai penjualan unit kondominium setelah iklan .
5. Pihak pengurusan kuil memberi masa sebulan untuk MPS membatalkan projek Dolamite Park Avenue dan sekiranya gagal akan mengheret mereka ke mahkamah.
6. Pengurusan kuil Sri Subramaniar mensasarkan 100,000 akan hadir untuk menunjukan bantahan, tapi cuma 300 orang saja yang datang.


Senator A.Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar dan bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang (1997-2007)

Pihak pengurusan Kuil Subramaniar Batu Caves tidak pernah dirujuk




1/22
 2.
 3.
 4.
 5.
 6. Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah memberi ucapan.
 7.
 8.
 9.
 10.