jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Akur kepada majoriti dan tunduk kepada yang yang tua patut menjadi contoh kepada kepimpinan muda yang lain dalam menghadapi sesuatu kemelut supaya ianya tidak bepanjangan sehingga meruntun kekuatan dan integriti parti..Gambar kenangan yang saya rakam selepas sidang akhbar mesyuarat khas kepimpinan PAS untuk memutuskan idea kerajaan perpaduan di ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 22/6/2009.
Kenyataan balas YB Ust Nasharudin Mat Isa terhadap Karpal Singh yg ingin menyamannya di mahkamah.
"Saya di didik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. Di dalamnya ada aqidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di Mahkamah."
Pagi ini seperti tahun tahun yang sebelum nya saya akan ke pasar membeli keperluan lauk pauk untuk menyambut Hari Raya. Biasanya ramai yang akan keluar membeli daging dan ayam serta bahan bahan masakan lain pada ketika ini. Tapi tahun ini walaupun hanya tinggal kurang 48 jam bagi membuat persiapan, jumlah yang keluar amat kecil sekali.
Di gerai menjual daging dan ayam tiada pelanggan langsung ketika saya tiba dan di pasar basah pula begitu lenggang sekali. Suasana menyambut Raya tidak dapat dirasai tahun ini. Adakah ini gara gara tabiat rakyat Malaysia yang gemar membuat last minute shopping dalam menyambut perayaan masing masing? Bagaimana pula dengan suasana ditempat anda semua?
Nota : Semua rakaman untuk entry kali ini, termasuk video dan stills, dilakukan hanya dengan menggunakan camera compact Canon Ixus HS 310 HS
Ust Nasharudin bersama Muhyiddin Yassin dan Abu Zahar Ujang semasa majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Ust Nasha pada 20/5/2012
Kenyataan MediaNasharudin Mat Isa 16 Ogos 2012
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.
Hudud
Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.
Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati utk pertahankan pendirian nya , maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost 'untuk pertahankan agama saya.
Terpulang lah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.
Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam.
Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.
Isu Pertemuan Di Mekah.
Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan , nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.
Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.
Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut.
Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia.
Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba tiba dikaitkan dengan saya akan masuk umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah. Nasharudin Mat Isa.
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, SElangor
Event : Sidang Media
Date : 15/8/2012 @ 11 am
KENYATAAN MEDIA15 OGOS 2012
SKANDAL GEORGE KENT – LRT AMPANG: HENTIKAN UGUTAN DAN SERANGAN TERHADAP PEGAWAI KANAN KERAJAAN
Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan blogger-blogger Umno yang menyerang dan memfitnah Dato’ Fauziah Yaacob, seorang pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang berjawatan Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan atas dakwaan beliau membocorkan dokumen-dokumen sulit berhubung pendedahan skandal anugerah kontrak LRT Ampang kepada George Kent. Penulisan salah seorang blogger tersebut ada disertakan bersama.
Tindakan blogger-blogger Umno yang umumnya diketahui mendapat dokongan penuh pimpinan Umno membuktikan Umno tidak ada rasa hormat langsung kepada penjawat awam yang hanya menjalankan tugas mereka. Saya boleh mengesahkan bahawa Dato’ Fauziah Yaacob bukanlah individu yang bertanggungjawab menyerahkan dokumen-dokumen terbabit kepada KEADILAN.
Oleh yang demikian, tindakan blogger-blogger Umno memfitnah beliau adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pegawai-pegawai kerajaan agar tidak membantah sebarang keputusan melibatkan kerajaan yang diambil oleh ahli politik Umno. Mereka berharap dengan tekanan yang diberikan bertujuan mengaib dan mengasingkan Dato’ Fauziah Yaacob, ia menghantar amaran yang keras kepada semua kakitangan awam supaya hanya menurut telunjuk Umno/Barisan Nasional.
Saya merasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini kerana tindakan blogger-blogger Umno itu menghina kaum wanita di negara ini, apabila serangan ditujukan terhadap seorang penjawat awam wanita yang dihormati dan dikenali ramai seperti Dato’ Fauziah Yaacob. Serangan terhadap beliau samalah juga dengan serangan kepada pimpinan wanita lain di dalam perkhidmatan awam yang kini semakin ramai diketuai oleh pegawai-pegawai wanita.
Oleh itulah, saya mencabar pimpinan-pimpinan wanita di dalam Umno, termasuklah Menteri Wanita Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Ketua Wanita Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk tampil membela Dato’ Fauziah Yaacob dengan mengambil tindakan keras terhadap blogger-blogger Umno dan dalang yang menggunakan taktik “character assasination” seperti ini terhadap pimpinan kanan perkhidmatan awam, terutamanya dari kalangan wanita seperti yang menimpa Dato’ Fauziah Yaacob.
Sewajarnya pimpinan kanan perkhidmatan awam diberi kebebasan supaya bertindak mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negara. Jika benar Dato’ Fauziah Yaacob telah bertegas mempertahankan keputusan awal Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang menganugerahkan kontrak LRT Ampang kepada sebuah konsortium yang mendahului keputusan penilaian, maka sepatutnya beliau dinaikkan pangkat dan diberikan penghormatan kerana keberanian menentang campur tangan Perdana Menteri sendiri.
Inilah jenis kepimpinan dan integriti yang sewajarnya dipamerkan oleh pimpinan wanita di negara ini, bukanlah seperti seorang bekas Menteri Keluarga yang tidak tahu pekerjaan anaknya sendiri.
Venue : Ibupejabat Malaysian Indian United Party, Jalan Segambut, Kuala Lumpur
Event : Sidang Media khas mengenai situasi politik di Sabah
Date : 15/8/2012 @ 1.00 pm
Personaliti yang menghantui Anwar Ibrahim dengan pelbagai rahsia yang disimpan kemas berkesempatan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Eidl Fitri kepada semua umat Islam yang meraikan nya. Nallakaruppan dan keluarga berkemungkinan akan menghabiskan cuti bersama kaum keluarga beliau yang akan mengadakan majlis pertunangan pada hujung minggu ini.
Venue : Sekitar Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kg Baru, Kuala Lumpur
Event : Program Reachout Gelandangan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Yayasan Salam dan di sokong oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Event : Sesi penerangan mengenai skandal Talam Corporation
Date : 13/8/2012 @ 3.30 pm
Sesi penerangan oleh Dato' Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi Biro Professional Muda MCA mengenai skandal Talam Corporation telah berjaya menarik minat dan kehadiran bloggers pelbagai kaum
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8. Bekas Ketua Pengarah KPKK, Dato' Ibrahim Yahya aka Tiger mewakili bloggers yang hadir menyampaikan cenderahati kepada Chua Tee Yong..