Monday, 17 December 2012

Sekitar Kongres DAP ke 16 (Hari Pertama)

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku samada didalam mahupun diliuar dewan persidangan. Semua urusan termasuk proses pembuangan undi berjalan lancar.


Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012

1 LIM KIT SIANG  1607
2 LIM GUAN ENG 1576
3 KARPAL SINGH 1411
4 CHONG CHIENG JEN 1211
5 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202
6 WU HIM VEN (VINCENT) 1202
7 TAN KOK WAI 1199
8 GOBIND SINGH DEO 1197
9 PUA KIAM WEE (TONY) 1162
10 TENG CHANG KHIM 1152
11 FONG KUI LUN 1137
12 NGA KOR MING 1075
13 CHONG ENG 1006
14 CHOW KON YEOW 986
15 LIEW CHIN TONG 984
16 M. KULA 984
17 BOO CHENG HAU 958
18 KOK SUH SIM (TERESA) 925
19 TEO NIE CHING 903
20 NGEH KOO HAM 824


1/55
2. Betty mendukung bayi kepada Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang
3.
4.

5. Teo Nie Ching mencuba kelengkapan yang disediakan di bilik asuhan / jagaan kanak kanak bagi ibubapa yang terpakasa membawa anak anak mereka yang masih kecil ke persidangan 
6. Tetamu kehormat mewakili parti komponen pakatan pembangkang.  PKR diwakili Timbalan Ketua Menteri Satu, Mansor Othman semantara PAS pula diwakili oleh Naib Presiden Mahfuz Omar dan juga Setiausaha Agung nya, Mustafa Ali
7. Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin turut hadir
8.
9. Chief of Staff di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Jeff Oii
10. Yang bercermin mata hitam ialah Sdr Faqar (PAS),  Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang


Wednesday, 12 December 2012

Monday, 10 December 2012

Musa Hassan tak pernah nyata hasrat sertai PKR

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am





Sunday, 9 December 2012

Tuduhan Deepak dan Musa Hassan perlukan jawapan

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am


Saya mungkin tak bersetuju dengan semua yang dikatakan Anwar, tapi mengenai sikap Najib yang menikus dan menyepi tanpa memberi jawapan menimbulkan pelbagai persoalan. Mengapa tidak diberikan jawapan bertulis dari pejabat beliau yang ditandatangani oleh mereka yang dipertanggungjawab kan, dikeluarkan setiap kali ada isu yang serius dibangkitkan oleh pembangkang. Potong saja isu tersebut sebelum ianya merebak rebak sehingga jadi begitu kronik untuk dijawab.

Mengapa dibiarkan kerja tersebut dijalankan oleh blogger-blogger kaki spin yang cerita mereka sentiasa diragui kebenaran? Berapa kerat saja blogger pro BN yang punyai kredential benar dalam penulisan mereka?

Bukan kah lebih baik jika jawapan dikeluarkan oleh pejabat PM sendiri dan tugasan spinning seterusnya dilakukan bloggers. Ini sudah songsang, bloggers spin ikut sesedap rasa masing masing dan tuanpunya badan terus menerus membisu atau kekadang tunjuk berani hentam pembangkang diatas pentas yang paling selamat dalam dunia.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang bergerak atas landasan aktivis masyarakat ingin melihat perubahan sikap. Jangan biarkan masyarakat (pengundi) tertanya tanya setiap kali tohmahan dan tuduhan dilempar oleh pembangkang. Mr PM please do not procastinate. 

Pembangkang  hanya melakukan apa yang semulajadi bagi mereka... bangkang, tohmah, fitnah dan bangkang.....on and on



Saturday, 8 December 2012

Najib takut dengan bayang bayang Tun Dr Mahathir

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am


Najib terlalu menunjuk peranan dan pengaruh Tun Dr Mahathir dalam pentadbiran beliau. Ini dilihat sebagai tanda kelemahan di pihak Najib sehingga takut berdepan dengan 'campur tangan' Tun didalam keputusan keputusan yang beliau sendiri buat.



Najib ketakutan sehingga terbayang gergasi depan mata ?

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am





Thursday, 6 December 2012

UMNO dalam ketakutan menyerang Pakatan Pembangkang

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am


Ulasan Anwar mengenai perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2012.




KENYATAAN MEDIA                                                                                                     DISEMBER 3, 2012

POLITIK KEBENCIAN DAN KETAKUTAN NAJIB DAN UMNO

Dalam tempoh PRU13 yang kian hampir, UMNO telah menunjukkan tanda-tanda ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar kami; lantas menyerang dengan membenih politik kebencian dan ketakutan. Dengan media arus perdana yang semakin ketandusan isu, UMNO sedang memaksimakan setiap helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai itu adalah pelantar untuk meningkatkan lagi serangan yang berbentuk penipuan dan penghinaan diketuai oleh Perdana Menteri iaitu Presiden UMNO sendiri, Dato' Seri Najib Razak. Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah. Ideanya mudah; memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan menggadaikan maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang lagi apabila idea itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang empirikal, kenyataan Najib adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan hanya dibuat oleh orang yang tidak punya maruah dan moral sama sekali.

Senario simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden 13 Mei sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami mengerti bahawa Ketua Wanita UMNO cuba untuk menghidupkan semula kareer politik beliau yang telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan dalam skandal ratusan juta NFC. Tetapi dengan menggunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah. Tindakan menyeru kembali 'hantu' 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya UMNO kehilangan kuasa. Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah. 

Jelas sekali bahawa Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada hegemoni UMNO-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan liar tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai proksi kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa!

Kenyataan tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan pengawalan sepenuhnya media cetak dan elektronik, UMNO sedang menyebarkan agenda penipuan yang mampu membanggakan Goebbels. Menggunapakai taktik pengulangan 'penipuan besar' ini, media mereka bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau perberhandaraan negara mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Media UMNO juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis daripada perwakilan. Menurut UMNO, hanya mereka sahaja yang mampu menjuarai Islam; bukan KEADILAN mahupun PAS. Justeru itu mereka berhujah bahawa gejala murtad akan dilestarikan dan Malaysia akan ditransformasikan menjadi negara Kristian jika UMNO pupus pada pilihanraya akan datang. 

Ucapan pembukaan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di dalam gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang negarawan. Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? Apakah dasar baru yang dibentangkan demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan? Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa yang bercakap benar dan siapa yang gemar menipu. Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya  di dalam gelanggang!


ANWAR IBRAHIM 


Sunday, 2 December 2012

PAU 2012 - Karnival Kesihatan Wanita UMNO

Venue : Bilek Sarawak, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Karnival Kesihatan Wanita UMNO

Date : 28/11/2012


1.
 2.
 3.
 4.
 5.


Hanya yang sanggup mati diperlukan ke GAZA

Venue : Riverside Restaurant, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media Misi Kemanusiaan GAZA

Date : 28/11/2012 @ 1.00 pm


Mesej yang pendek, ringkas dan padat dari Ketua Misi...sesiapa yang nak ikut misi mesti bersedia mati.. kalau jadi apa apa jangan komplen atau tuntut apa apa dari kerajaan atau pengurusan misi... Secara peribadi saya selalu cuba berfikiran 'di luar kekotak' tapi saya tak mau balik dari misi berada dalam kotak... semoga Allah memberi Hidayah kepada semua yang terlibat..


1.
 2.
 3. Sdr Shahrul, Pengerusi Gerakan Gagasan Belia 1Malaysia. GGB1M akan  menjadi salah satu komponen utama misi. 
 4. Ketua misi, Pengerusi Kelab Belia 1Malaysia, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim.
 5. Ketua Penerangan UMNO, Dato' Ahmad Maslan
 6.
 7.


Saturday, 1 December 2012

Friday, 30 November 2012

PAU 2012 - Wakil Kedah merendah diri pohon maaf

Venue : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Perhimpunan Agung UMNO 2012

Date : 29/11/2012


Hanya mereka yang sedar diri, insaf dan yakin dengan kemampuan diri sanggup merendahkan diri memohon maaf dan mengaku kesilapan sambil memohon dan merayu agar diberi peluang sekali lagi oleh para pengundi. Ikuti rayuan wakil Kedah, Dato' Othman Haji Aziz..