Sunday, 17 February 2013

Anwar nafi dilantik jadi Huguan Siou Kadazandusun

Venue : SJK (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur

Event : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu

Date : 16/2/2013 @ 4.30 pm


Walupun beliau mengaku telah menghadiri majlis Kadazandusun di Ranau, Sabah, Anwar menegaskan bahawa majlis tersebut bukan lah majlis penabalan beliau sebagai ketua suku tapi hanyalah untuk menyampaikan ceramah saja.

Tiada pengisytiharaan atau pengumuman rasmi dibuat semasa beliau di pakaikan tanjak (sigai) dimajlis tersebut. Secara berseloroh beliau menyatakan kegusaran akan adanya tanda Salib di tanjak tersebut seperti mana yang telah dipakai oleh Tengku Razaleigh ketika mengadakan kempen Semangat 46 dahulu.




Najib tak pandai baca isyarat dari rakyat

Venue : SJK (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur

Event : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu

Date : 16/2/2013 @ 4.30 pm


I have commented on this issue in my earlier entry on Fokus isu - Insiden Najib di BOOO di CNY Penang. Najib did something brave when he tried to woo the audience knowing very well that he was standing in front of a crowd partially made up of opposition supporters. Anwar feels otherwise...lets hear him out... 



Saturday, 16 February 2013

Lobi melobi di rumah terbuka CNY Parlimen Batu

Venue : SJK (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur

Event : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu

Date : 16/2/2013 @ 4.30 pm


Anwar sudah fully endorsed Tian Chua sebagai calun MP Batu untuk sepenggal lagi. Terselamat dan tersenyum lebar lah si Tian Chua. Yang kesian nya si MP Kelana Jaya. Sudah banyak khabaran di angin lalu yang mengatakan bahawa beliau akan jadi bekas MP. Nama beliau dikhabarkan tidak termasuk dalam senarai calun untuk PRU 13 akan datang. Mungkin dia kena percepatkan pengeluaran apa saja video pendek sensasi yang masih ada dalam simpanan sebagai bahan timbal balas... :)

1/27
 2
 3
 4  Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne semakin susut badan. Susah hati ke?
5 
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 15 February 2013

Fakta sejarah penyingkiran PAS dari Perikatan

File pic.
SEJARAH PENYINGKIRAN PAS DARI KERAJAAN PERIKATAN BN & AGENDA PENYATUAN UMAT

Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978.

Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun  Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.

Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah samada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.

Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa. Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu. Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.

Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.

Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah  memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing. Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingjkiran tersebut.

Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri  yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.

Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai  unyuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, professional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.
Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.

Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam dinegara kita. Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.

Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS. Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.

Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung disebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam.  Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya. Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombogan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apapun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksutujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.

Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua-dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.

Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
15 Februari 2013

PAS didesak buat pendirian tersendiri

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Event : Demnstrasi membantah penggunaan kalimah Allah dalam Injil berbahasa Melayu

Date : 14/2/2013 @ 2.30 pm





1/18  Mat Sabu meninggalkan ibupejabat PAS setelah selesai mesyuarat pengurusan sebelum kumpulan NGO tiba
 2
 3
 4  Pegawai Khas kepada Ketua Penerangan UMNO, Halim Tuah, dengan banner yang menceritakan 'malang nya' nasib beliau ... LOL
 5
 6
 7
 8
 9
 10  Udah jadi ala ala perarakan Syiah di Karbala pula bila ada yang memikul frame...tapi yang ini frame kalimah Allah... di Karbala frame gambar Ayatollah...

Mahasiswa Intelek Muda akan bantu Najib di Pekan

Venue : Restoran Muslim Yunnan, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Event : Sidang media oleh kumpulan Mahasiswa Intelek Muda (M1M)

Date : 14/2/2013 @ 11.00 am


Satu gerakan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Mahasiswa Intelek Muda (M1M) telah tampil untuk menyatakan sokongan mereka kepada Najib Razak dalam PRU13 akan datang. Mereka menyanggah pihak pembangkang yang dikatakan menaja gerakan sekumpulan lagi mahasiswa yang mencabar Najib untuk bertanding di Pekan kelak. M1M ini terdiri daripada mahasiswa dari pelbagai pusat pengajian tinggi.

Ikuti Kenyataan Media oleh Presiden M1M




1  Duduk dari kiri ke kanan - Fadhil Hambali, SUA M1M, Mohamad Asrol, Presiden M1M dan Darren Lai, SUA KIBAR
 2
 3
 4



Wednesday, 13 February 2013

Fokus isu - Insiden Najib di BOOO di CNY Penang

Venue : Padang Han Chiang High School, Pulau Pinang

Event : Sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran BN Pulau Pinang

Date : 11/2/2013 @ 9.00 am - 1.00 pm


Fokus isu :


Ini petikan daripada entry utama saya mengenai Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 Anjuran BN Pulau Pinang


4. Ucapan Najib mendapat sambutan baik dari para hadirin. Tetapi bila sampai ketika beliau cuba mendapat respon hadirin dengan bertanya "Are you ready for BN?" setelah bertanya "Are you ready for Psy?", kedengaran sebahagian kecil mereka yang berkata "Noooo".. Ketika itu saya betul betul berada didalam kumpulan penonton disebelah kiri Najib. Yang jelas pada pandangan saya mereka mereka cuma mengajuk atau 'jestered' DS Najib kerana tak sabar menunggu Psy. Mereka kelihatan riang dan ceria dan tidak nampak tertekan ketika itu. Malah saya pun turut mengajuk dan memuncungkan mulut seolah olah mengatakan "Nooo" bersama mereka. 

Rakaman video ini dilakukan oleh anak saya dari atas platform jurugambar yang disediakan penganjur. Oleh kerana terlalu ramai jurugambar diatas platform tersebut, gegaran visual tidak dapat dielakkan.  Saya ingin berkongsi video ini kerana walaupun saya mendengar laungan 'booo' dari kelompok kecil penonton dibahagian depan, external microphone yang kami gunakan tidak dapat merakam bunyi 'booo' atau 'Noooo' tersebut secara jelas. Ini menunjukkan bahawa bunyi tepukan dan sorakan yang lebih memihak kepada menyokong Najib lebih kuat secara keseluruhan nya. 

Untung nya saya kerana dapat mengalami dan menganalisa kedua dua senario. Satu berada betul betul didalam kelompok kecil yang membuat bunyi 'booo' atau 'Nooo'  dan satu lagi mendapat rakaman dari sudut luas berhadapan dengan pentas utama... Jadi terpulanglah kepada pembaca untuk membuat andaian sendiri dengan fakta yang saya telah persembahkan. 

Seperti biasa hasil kerja saya hanya melibatkan editing yang paling minima, potong, naik kan volume untuk lebih jelas , watermarking dan terus naik muat ke YouTube... itu saja

 35  Usaha berani mendapatkan respon hadirin yang diketahui tidak semua nya menyokong BN.... Syabas Najib Razak !!


Pengacara Memalukan Tetamu VVIP CNY Penang

Venue : Padang Han Chiang High School, Pulau Pinang

Event : Sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran BN Pulau Pinang

Date : 11/2/2013 @ 9.00 am - 1.00 pm


Ini petikan daripada entry utama saya mengenai Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 Anjuran BN Pulau Pinang


Rakaman video acara Loh Sang ..

40  Akan tetapi acara Loh Sang ini tidak lengkap kerana pengacaraan majlis yang huru hara ... Psy yang dipanggil keluar untuk bersama sama VVIP melakukan Loh Sang tidak keluar ke pentas.. Alasan yang di umumkan ialah Psy masih lagi melakukan persiapan.. Acara ini berjalan sepintas lalu dalam keadaan kelam kabut... Sepatutnya fokus diberikan kepada acara Loh Sang yang membawa signifikan kepada sambutan Tahun Baru Cina


41  Jenuh diseru... Psy.. tidak muncul muncul juga...panggil kuda naik kepentas pun lagi senang agaknya..
 42  Sementara menunggu Najib sempat juga mengambil gambar menggunakan telefon bimbit beliau

43  Sudah nya semua VVIP yang begitu teruja menunggu kemunculan Psy terpaksa meninggalkan pentas setelah beliau gagal muncul ... apakah Psy telah "mengencing" VVIP yang berada diatas pentas  seperti yang sesetangah pihak dakwa? Dakwa mereka Psy tidak mahu terlibat dalam acara yang nampak 'political' atau memihak kepada sesuatu pihak politik secara terang, tetapi pihak penganjur tidak ambil peduli dan meneruskan kan juga acara tersebut dengan melibat kan Psy ... Adakah benar dakwaan ini?


Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN.Penang meriah

Venue : Padang Han Chiang High School, Pulau Pinang

Event : Sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran BN Pulau Pinang

Date : 11/2/2013 @ 9.00 am - 1.00 pm


Catatan ringkas :

1. Satu percubaan yang berani dan terpuji oleh Najib Razak dalam berdepan dengan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang disatukan dalam satu majlis 1Malaysia tanpa mengira latar belakang politik dinegeri yang tidak diperintah oleh Barisan Nasional


2. BN membelanjakan (RM1.5? juta ?) hanya untuk membawa masuk penghibur sensasi dari Korea , Psy yang popular secara mendadak dengan Oppa Gangnam Style beliau sebagai daya tarikan utama.


3. BN mengadakan pelbagai acara besar diseluruh negara, tetapi hadirin boleh dikatakan rata rata nya penyokong kerajaan. Tetapi majlis di Pulau Pinang ini amat amat berbeza kerana faktor Psy yang menyebabkan penyokong kerajaan negeri pun tidak boleh melarikan diri dari menghadiri majlis ini.

4. Ucapan Najib mendapat sambutan baik dari para hadirin. Tetapi bila sampai ketika beliau cuba mendapat respon hadirin dengan bertanya "Are you ready for BN?" setelah bertanya "Are you ready for Psy?", kedengaran sebahagian kecil mereka yang berkata "Noooo".. Ketika itu saya betul betul berada didalam kumpulan penonton disebelah kiri Najib. Yang jelas pada pandangan saya mereka mereka cuma mengajuk atau 'jestered' DS Najib kerana tak sabar menunggu Psy. Mereka kelihatan riang dan ceria dan tidak nampak tertekan ketika itu. Malah saya pun turut mengajuk dan memuncungkan mulut seolah olah mengatakan "Nooo" bersama mereka. 

5. Keratan rakaman video ucapan Najib ketika membuat janji dan juga ketika insiden boo boleh di tonton di BENARKAH NAJIB  DI BOOO?



1/54  Sepanjang jalan menuju lokasi majlis dibarisi bendera bendera Barisan Nasional seolah olah memberi gambaran Pulau Pinang sudah dibawah pentadbiran BN.  
2
3  Apa tugas dan bidang kuasa Petugas Community Policing ini ? 
 4  Panas yang tidak terhingga sehingga pelbagai kreativiti digunakan untuk menahan nya
 5  Pentas untuk petugas media disediakan tapi kalau disediakan air kan ke lebih prihatin tetambah mereka ini berdiri terpacak dalam panas tanpa ada perlindungan langsung dari panas terik.
 6  Crowd pelbagai kaum
 7  Crowd pelbagai kaum
 8 Berasak asak untuk melepasi satu satu nya pintu masuk ke tapak majlis. Tiada lorong petugas dan tiada lorong kenamaan disediakan. Semua nya berasak asak bagai nak gila dalam panas terik.
 9
 10

Tuesday, 12 February 2013

PAS berada di persimpangan



File pic.


KENYATAAN DATO DR HASAN ALI : PAS BERADA DI PERSIMPANGAN

Gesaan bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa baru-baru ini supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat  dan terus berjuang bersendirian bukan perkara baru. Sebelum ini pun terutama selepas DAP menunjukkan belang sebenar mereka mengenai Islam telah menimbulkan berbagai reaksi terutamanya di kalangan ahli dan penyokong akar umbi PAS. 

Rata-ratanya marah dan bosan dengan cara pimpipan PAS menangani tindakan-tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja tindakan PAS yang ada hubungkait dengan Islam. Bahkan lebih dari itu sebarang langkah yang di ambil oleh PAS hatta yang tidak secara langsung mempunyai gambaran atau warna-warna Islam pun  ditentang habis-habisan oleh DAP.

Hampir dalam semua insiden PAS dilihat akur dan menyerah kalah hingga  termasuk terpaksa mengorbankan dasar-dasar asasi perjuangan. Berbagai alasan diberi semata-mata untuk menjaga kesatuan komponen parti dalam Pakatan dalam mengejar cita-cita menawan Putrajaya.

Situasi yang ada sekarang menunjukkan PAS sedang berada di satu persimpangan “T”. PAS mesti memutar steering samada memutar ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik kepangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan  bajaan keringat, airmata dan darah. Membeluk ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh-musuh Islam dan Bangsa Melayu.

PAS terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah di kalangan pimpinan DAP dan PKR. Negara sekular republik dengan amalan fahaman liberalisme barat kemungkinan besar akan menjadi ideologi negara apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.

Ustaz Nasharudin dan pimpinan ulamak serta sebahagian pimpinan pemuda sememangnya memahami tektik DAP, PKR dan elemen parasit dalam PAS. Ahli dan penyokong bawahan yang selama ini merelakan diri mereka jatuh bangun bersama Parti Islam ini sedar apa yang sedang berlaku. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lantaran pimpinan parti dikuasai oleh golongan parasit yang diketahui menjadi proksi kepada DAP dan PKR.

Pilihan yang ada yang masih terbuka luas kini ada di tangan mereka. Pertama, dari bawah mendesak pimpinan PAS mengambil langkah menyelamat parti dari terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR serta yang lebih penting menyelamatkan  maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar dari Pakatan Rakyat. Kedua, jika opsyen pertama gagal, ahli dan penyokong parti tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu tidak memberi undi kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat sebaliknya memilih calon-calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam diluar daripada Pakatan Rakyat.

Di dalam kepala pengundi-pengundi Islam Melayu di negara ini  perlu tertanam keyakinan dan semangat kental mempertahankan kuasa politik Islam Melayu sebagai penyelamat kepada survival Islam Melayu di bumi Malaysia ini.

Saya melihat saranan di atas mungkin lebih praktikal daripada apa yang pernah dikemukakan termasuk gesaan Ust Nasharudin yang terbaru itu.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
11 Februari 2013


Sekitar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA 2013

Venue : Padang Awam, Flats Seri Johor, Bandar Tun Raza, Kuala Lmpur

Event : Ruumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 Parti MCA

Dare : 10/2/2013 @ 9.00 am


Tahun ini merupakan buat pertama kali nya MCA mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina di kawasan terbuka dan bukan nya di Wisma MCA. Sambutan amat amat menggalakkan dengan kehadiran lebih daripada 30,000 orang masyarakat pelbagai kaum.

Oleh kerana Parti Gerakan tidak mengadakan rumah terbuka mereka di Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan di majlis sambutan di Pulai Pinang, Perdana Menteri dan para tetamu VVIP dapat menghabiskan masa yang lebih lama di majlis ini..  

1/85
2
3
4
5
6
7
8
9
10