Sunday, 23 June 2013

DBKL beri masa untuk perserta Perkhemahan Rakyat

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Perkhemahan Rakyat, Blackout 505

Tarikh : 23/6/2013 @ 10.30 am


Pihak DBKL tidak berkeras dan memberi masa untuk peserta kemas dan keluar dari kawasan perkhemahan. Notis dua jam diberi mulai jam 10.00 am - 12.00 pm



1/17
 2
 3
 4 
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Pelopor Sang Saka ingin selamatkan bangsa Malaysia

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Perhimpunan Blackout 505

Tarikh : 22/6/2013 @ 2.00 pm


Ini salah satu kumpulan radikal anak muda yang mula kelihatan bergerak ketika siri demonstrasi BERSIH yang lalu. Kenali Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia...





Sekitar perhimpunan Blackout 505 - kehadiran mengecewakan

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Perhimpunan Blackout 505

Tarikh : 22/6/2013 @ 2.00 pm


Walaupun perhimpunan ini tidak mendapat permit Polis mahupun kelulusan DBKL untuk Padang Merbok digunakan kedua dua agensi ini telah menggunakan pendekatan pengawalan yang effektif. 

Tiada sekatan jalan mahupun lencongan traffik dilakukan kecuali penutupan jalan menuju Dataran Merdeka. Jalan Parlimen hanya ditutup kedua dua arah apabila perhimpunan tersebut bermula mengikut jadual iaitu dari jam 2.00 pm.

Kehadiran peserta jauh dari yang dijangkakan. Walaupun penganjur mengumumkan angka 55,000, saya berpendapat bahawa jumlah sebenar cuma dalam lingkungan 12,000 - 15,000 sahaja. Saksikan rakaman foto # 66-69 yang dibuat pada jam 4.25 pm. Padang tidak sampai setengah pun penuh.

Pastinya penganjur gagal menahan berduyun duyun peserta yang mula meninggalkan lokasi mulai jam 3.30 pm tanpa menunggu ucapan dari Anwar Ibrahim.

Jerubu tidak lah begitu teruk. Pemandangan masih jelas dan rakaman visual tidak teruk terjejas.

Saya meninggalkan lokasi pada jam 4.30 pm beberapa minit sebelum berlaku nya pertembungan antara peserta yang cuba memasang khemah dengan anggota DBKL. Dikhabarkan dua anggota DBKL diserang peserta apabila mereka cuba menghalang pemasangan khemah. Tiada kecederaan dikedua dua belah pihak dilaporkan.


1/69  Perkarangan Masjid Negara bertukar menjadi pusat penjualan T-shirt dan segala macam cenderahati Blackout 505. 
 2
 3
 4
5
 6
 7  Mat Salleh ni rakyat Malaysia ke ? 
 8
 9  Orang Asli dari Perak digunakan untuk membawa mesej penaja
 10

Saturday, 22 June 2013

Ketua pembangkang DUN Selangor berani bersuara

Lokasi : Bangunan SUK Shah Alam , Selangor

Acara : Sidang media selepoas majlis angkat sumpah ADUN Selangor

Tarikh : 21/6/2013 @ 12.00 pm


Ini kenyataan pertama ketua pembangkang DUN Selangor, ADUN Sg Burung Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang baru dilantik. Ada nampak ketokohan sebagai ketua. Harap harap persidangan berjalan rancak dengan perbahasan yang mendatangkan hasil untuk rakyat Selangor





Rafizi sahkan Pakatan penganjur Blackout 505 bukan nya NGO

File pic


#BLACK505 NAFI TUDUHAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR

Saya terkejut dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohamad Salleh yang baru dikeluarkan sebentar tadi. Antara lain, kenyataan tersebut menuduh kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

Sebagai jurucakap rasmi kesemua perhimpunan #black505 yang telah dilaksanakan setakat ini, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan #black505. Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis.

Saya juga merupakan penganjur utama kesemua perhimpunan #black505 termasuklah yang akan diadakan esok di Padang Merbok dan terlibat di dalam kesemua perancangan. Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini.

Oleh kerana kenyataan Dato’ Mohamad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadap saya selaku penganjur, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato’ Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.

Saya juga mempertahankan kenyataan saya petang ini bahawa penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar. Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini.  


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

21 JUN 2013 

Sekitar majlis angkat sumpah ADUN Selangor

Lokasi : Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam

Acara : Majlis angkat sumpah ADUN Selangor

Tarikh : 21/6/2013 @ 9.30 am



1
2
 3
 4
 5
 6
 7  Masih mampu ketawa walau diketawakan oleh lawan ?
 8  ADUN Rawang masuk penggal kedua, Gan Pei Nei sudah menunjukkan penambahbaikan dalam keterampilan beliau ...sudah pandai makeup dan berfesyen...:)
 9
 10  Wakil Tuanku Baginda Sultan turut hadir

Friday, 21 June 2013

Cadangan boikot oleh Chegu Bard dibakul sampahkan

Lokasi : Bilek Media, Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 20/6/2013 @ 1.00 pm


Nasib baik lah Dato Seri boleh fikir panjang, kalau tidak nampak sangat pendek akal macam penganjur boikot ini. Chegu Bard boleh lah boikot, dia bukan YB yang menang dalam PRU 13 yang baru lalu. Kalau nak boikot sepanjang hayat pun tak apa.





Anwar hanya jumpa SBY dan JK tanpa Najib

Lokasi : Bilek Media, Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 20/6/2013 @ 1.00 pm


Anwar menerangkan mengenai lawatan beliau ke Indonesia



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12


Tuesday, 18 June 2013

Siapa yang nak laga Najib dengan Tun M ? Lupakan saja..

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Presinct 8, Putrajaya

Acara : Pertemuan DS Najib Razak dan Tun Dr Mahathir

Tarikh : 17/6/2013 @ 4.45 pm


Kelmarin DS Najib Razak berada di Indonesia dan setelah kembali petang ini beliau meluangkan masa hampir dua jam untuk melawat dan berbincang empat mata bersama Tun Dr Mahathir. Kepada mereka yang membawa cerita dan spekulasi bahawa berlaku perselisihan antara mereka berdua sejak selepas penamaan calun PRU 13 saya nasihatkan hentikanlah saja kerja sia sia tersebut...

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11