Showing posts with label boikot. Show all posts
Showing posts with label boikot. Show all posts

Sunday, 3 May 2015

PRK P.44 - Pemuda Pakatan berdolak dalik dan masih dalam denial syndrome

Lokasi : Pak Long Corner, Penanti

Acara : Sidang media Pemuda Pakatan Rakyat

Tarikh : 2/5/2015

Q.1) boleh komen sikit tentang demo oleh pas cawangan bagan?

"Saya tak pasti sama ada demo itu atas keputusan yang rasmi di negeri terbabit

Yang keduanya. Apabila PAS telah memutuskan pada 13 April 2015 yang lepas bahawa PAS akan membantu PKR di Permatang Pauh

Jadi mana-mana keputusan yang bertentangan dengan keputusan PAS Pusat adalah terbatal

Itulah keputusan dan itu pandangan saya tentang perkara ini

Q.2) adakah akan dikenakan tindakan?

"Itu bergantung kepada laporan yang dibuat, kita tidak tahu apa laporan yang telah dibuat

Kalau dengan pengetahuan PAS Pusat, kita tidak benarkan (himpunan itu)

Q.3) kenapa AMK tak nak minta maaf

Nik Nazmi

Saya ingat hari ini kami semua ada bersama dengan saya dan juga saudara Suhaizan

Kita buat kerja bersama fokus untuk menangkan calon Pakatan sama ada di Permatang Pauh atau di Rompin

Jadi kita bergerak ke depan (move forward)

Kita bergerak ke depan, dan kita fokus untuk menangkan calon di Rompin dan Permatang Pauh

 Q.4) pemimpin mungkin nampak ok, bekerjasama tapi di bawah ada lagi yg taknak bekerjasama antara pkr dn pas

Saya turun ke bawah saya tak nampak isu itu, respon akar umbi PAS dan juga DAP sangat positif

Kita teruskan kerja kita

Q.5) kenapa amk susah sgt nk minta maaf?

Itu kena tanya pada orang itu, sebab itu bukan kenyataan rasmi AMK

Kenyataan itu bukan dibuat atas nama AMK

###



1
 2
 3
 4
 5


Saturday, 2 May 2015

PRK P.44 - Penyokong PAS ugut boikot hari pengundian

Lokasi : Masjid Batu, Permatang Pauh

Acara : Demonstrasi

Tarikh : 1/5/2015


Demonstrasi hari ini dilakukan oleh sekumpulan penyokong PAS yang juga mewakili beberapa NGO yang pro-PAS. Mereka mendesak supaya Angkatan Muda Keadilan memohon maaf diatas kenyataan kenyataan melampau mereka yang menghina Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Mereka juga mendesak PKR menyatakan pendirian mereka terhadap Hudud dan mendesak DAP supaya menghormati Hudud.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Friday, 6 February 2015

Wanita UMNO gerakkan Skuad Pengguna untuk pantau harga barang

Lokasi : Ibupejabat Wanita UMNO, Menara Dato' Onn, KL

Acara : Sidang media EXCO Wanita UMNO

Tarikh: 5/2/2015


EXCO Wanita Umno hari ini mengadakan mesyuarat mereka yang pertama buat tahun 2015 dan telah mengambil ketetapan untuk membantu usaha penurunan mampu barangan seperti berikut:-

1. menyampaikan informasi kepada wanita yang merupakan kuasa beli terbesar di negara ini untuk membantu mereka membuat keputusan dalam membeli barangan dari peniaga yang menawarkan harga yang berpatutan.

2. mendesak semua wanita untuk keluar dari kepompong selesa dengan menggunakan kuasa beli mereka untuk membuat pembelian dikedai-kedai yang menawarkan harga rendah dan berpatutan. Usaha bersama ini pastunya dapat memberikan tekanan kepada peniaga-peniaga untuk menurunkan harga barangan.

Sehubungan itu, Skuad Pengguna PWUM akan digerakkan disemua Parlimen bagi mengenalpasti premis-premis perniagaan yang menawarkan harga mampu untuk dijadikan tumpuan dalam memastikan ketetapan di atas dapat dijalankan secara menyeluruh di peringkat akar umbi.


1
 2
 3
 4
 5


Thursday, 5 February 2015

Najib terlalu lembek terhadap Ismail Sabri

Lokasi : Pusat Media, Ibupejabat PAS, KL

Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS Pusat

Tarikh : 5/2/2015



Ketua Penerangan PAS mempertikaikan cara Perdana Menteri mempertahankan Ismail Sabri dalam isu boikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang menurut penurunan harga minyak. Paling tidak Najib harus memberi amaran kepada Ismail Sabri kalau ikutkan kata Mahfuz Omar.






Sunday, 3 August 2014

Tian Chua sokong tindakan boikot Israel

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Tarikh : 2/8/2014


Seruan untuk mengenakan tindakan yang lebih tegas dan 'concerted' keatas regim Zionis dari segi ekonomi.


1
2

Monday, 10 March 2014

MP Pakatan akan boikot majlis YDP Agong

Lokasi : Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor

Acara : Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5

Tarikh : 8/3/2014


Esok 10/3/2014, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan ikut bersama Ahli Parlimen BN dalam upacara perbarisan bersempena perasmian Persidangan Parlimen penggal ke-2 tetapi akan hanya mengikuti titah YDP Agong didalam dewan Parlimen.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri hi-tea / cocktail bersama YDP Agong kerana membantah kehadiran Ketua Hakim dan Perdana Menteri.

Ikuti alasan spenuhnya yang diberikan Anwar Ibrahim dalam rakaman ucapan penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat dan juga keputusan kepimpinan Pakatan untuk tidak menghadiri hari pertama sidang Parlimen pada 11/3/2014.




Friday, 21 June 2013

Cadangan boikot oleh Chegu Bard dibakul sampahkan

Lokasi : Bilek Media, Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 20/6/2013 @ 1.00 pm


Nasib baik lah Dato Seri boleh fikir panjang, kalau tidak nampak sangat pendek akal macam penganjur boikot ini. Chegu Bard boleh lah boikot, dia bukan YB yang menang dalam PRU 13 yang baru lalu. Kalau nak boikot sepanjang hayat pun tak apa.





Thursday, 13 September 2012

Selangor mungkin berkecuali dari PRU 13

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media kepimpinan pakatan pembangkang

Date : 12/9/2012 @ 1.00 pm


SPR menjadi penentu samada Selangor terlibat dalam PRU 13. Mungkin juga Pulau Pinang pun akan ambil langkah yang sama... kita tunggu dan lihat, kalau PRU 13 diadakan dalam masa terdekat maka Selangor akan mengambil langkah drastik dengan berkecuali.. Tapi nampak gaya nya kepimpinan pakatan pembangkang memberi hak kata putus kepada Menteri Besar negeri negeri yang terbabit..