Friday, 26 December 2014

Acara sambutan ambang tahun baru dibatalkan dan UMNO kerah ahli turun bantu mangsa banjir

Lokasi : Dataran DBKL, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Rumah Terbuka Krismas Wilayah Persekutuan

Tarikh : 25/12/2014


Video in mengandungi :-

1. Acara sambutan ambang tahun baru 2015 di Putrajaya telah dibatalkan

2. 3 lori air mineral telah dihantar ke Gua Musang oleh UMNO dan Umno juga telah mula mengerahkan jentera seluruh Malaysia untuk turun membantu dinegeri negeri yang terlibat dengan banjir

3. Pusat pengumpulan barang bantuan akan dibuka mulai hari Isnin di lobi DBKL, lobi Kementerian WP dan di Dewan Tun Razak tingkat 4 PWTC

4. DBKL juga bersedia untuk 100 orang anggota pembersihan, klinik bergerak, peralatan pembersihan, fogging, water tanker jentolak ke kawasan yang terlibat dengan banjir

5. Kementerian kewangan telah meluluskan bantuan kecemasan sebanyak RM50 juta bagi setiap negeri yang dilanda banjir

6. PM juga telah mengarahkan jentera parti turun membantu jentera kerajaan yang menjalankan kerja kerja membantu mangsa banjir

7. Ku Nan minta penggiat media sosial supaya jangan memutar belit cerita-cerita yang tidak benar mengenai bencana banjir
sehingga menimbulkan keresehan dikalangan rakyat Malaysdi Putrajaya ia.

8. Acara sambutan ambang tahun baru yang dibatalkan tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan kerajaan ia ditaja sepenuhnya oleh AmBank

9. Program selawat perdana di Masjid Putra dan Dataran Merdeka (Jalan Raja) akan tetap diteruskan pada malam ambang tahun baru. 



1  Kumpulan paderi yang membaca do bagi kesejahteraan Malaysia
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15


Thursday, 25 December 2014

Rakyat & pemimpin wajib tonton jawapan kepada impak penurunan harga minyak

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 7 mengandungi :

Jawapan yang tepat dan mudah difahami mengenai senario harga minyak dunia yang turun mendadak. Semesti nya harga minyak turun akan menyebabkan pendapatan daripada sumbangan PETRONAS akan berkurangan dan perbelanjaan kerajaan akan terkena kesan kerana bajet yang dibuat berdasarkan harga minyak pada tahap harga melebehi USD100 sedangkan harga semasa telah merudum jatuh dibawah paras USD60. Namun rakyat pada masa singkat ini akan merasa nikmat dari pengurangan kos sara hidup dari pengurangan harga runcit minyak dipasaran.

Saya juga ingin menambah para pengeluar dan pengekspot barangan yang berasaskan komoditi tempatan akan merasa nikmat dari penurunan nilai ringgit. Nikmat ini hanya akan dapat dinikmati sekiranya input untuk pengeluaran menggunakan peratusan tempatan yang tinggi berbanding bahan input yang diimpot. Contoh nya semasa nilai ringgit bersamaan USD1 : RM3.00 mereka akan hanya mendapat kutipan hasil jualan sebanyak RM3 tetapi kini pengekspot boleh mengutip hasil jualan bersamaan RM3.40 bagi setiap USD yang di ekspot. Industri perabut berasaskan kayu getah adalah antara industri yang boleh buat duit lebih pada masa kini.   







Wednesday, 24 December 2014

Tun Dr Mahathir jadi saluran komplen pasal Najib Razak

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 6 mengandungi :

Pendedahan Tun Dr Mahathir mengenai rungutan yang diterima dari pelbagai pihak termasuk dari ahli UMNO mengenai kepimpinan Najib Razak. Rasa tidak puas hati mereka telah dipendam sekian lama dan bukan sesuatu perkara yang baru. Sejak kebelakangan ini pihak-pihak yang tidak berpuas hati ini nampak semakin berani untuk bersuara secara terbuka, mungkin setelah melihat suara Tun Dr Mahathir tidak diambil endah oleh Najib Razak..





Tuesday, 23 December 2014

Pemberian BR1M satu kesalahan amat besar oleh kerajaan Najib

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 5 mengandungi :

Pengakuan  Tun Dr Mahathir bahawa beliau telah berkali kali menegur Najib Rzak mengenai pemberian BR1M tetapi teguran beliau tidak diendahkan.  Tun Dr Mahathir jelas kecewa dengan cara populis yang hanya bertujuan untuk mengambil hati pengundi tetapi tidak membantu rakyat meningkatkan keupayaan mereka untuk berdikari 





Ketaksuban kepada pemimpin punca perpecahan uammah

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014



Video 4 mengandungi :

Pandangan Tun Dr Mahathir mengenai perpecahan dikalangan umat Islam disebabkan ketaksuban kepada pemimpin atau puak mereka sahaja. Di Malaysia kafir-mengkafir sudah pun berlaku menakala di luar negara pula ada yang sanggup berperang dan membunuh sesama Islam





Ulamak tidak dijanjikan syahid

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 3 mengandungi :

1.  Umat Islam berpeluang mempelajari pelbagai ilmu
2. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ilmu selain ilmu agama tidak mendatangkan pahala
3. Boleh kah kita mempertahankan agama dan negara kita sekira nya panglima perang hanya tahu berdoa saja dan tidak mempunyai ilmu perang ?
4. Mereka yang mati berperang mempertahankan agama mati Syahid walaupun ilmu agama mereka cetek.
5. Orang agama atau ulamak tidak dijanjikan syahid
6. Jangan semua jadi ulamak kerana ulamak hanya memecah belahkan ummah kerana pandangan antara mereka sentiasa berbeza.







Jangan menghafal sahaja tetapi fahami lah isi Al-Quran

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 2 mengandungi

1. Orang Melayu Islam kurang berjaya kerana tidak patuh kepada ajaran Islam
2. Orang Melau Islam lebih mengamalkan ajaran yang mendatangkan pahala kepada diri mereka sendiri tetapi tidak mendatangkan menafaat kepada ummah
3. Umat Islam perlu menimba ilmu yang boleh mempertahankan Islam dan mengukuhkan ummah
4. Memahami isi kandungan Al-Quran perlu diutamakan daripada sekadar menghafal nya sahaja. 





Melayu tidak akan maju tanpa menguasai ilmu dan nilai murni dalam Islam

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

Acara : Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara 2014 (NUSA'14)
Ucaptama Tun Dr Mahathir - " Halatuju Melayu Islam Menjelang Wawasan 2020"

Tarikh : 20/12/2014



Video 1 mengandungi :

1. Umat Islam disuruh menguasai ilmu, tidak kira apa jenis ilmu untuk mempertahankan Islam
2. Tamaddun Islam suatu ketika dahulu hebat tetapi kini umat Islam dihina
3. Malaysia mempunyai perancangan tersendiri untuk memajukan rakyat nya
4. Kuasa politik ditangan umat Islam Malaysia semakin terhakis dan mungkin hilang terus satu hari nanti
5. Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30% pemegangan ekonomi oleh orang Melayu
6. Sebenarnya tidak mudah untuk menguasai ekonomi berbanding penguasaan politik
7. Dalam masa 20 tahun orang Melayu tidak dapat menguasai 30% yang diharapkan tetapi cuma memperoleh pencapaian 20% sahaja.
8. Kita gagal kerana tidak bersungguh sungguh dalam usaha kita dan tidak menerap dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam Islam
9. Nilai murni dalam Islam seperti menunaikan janji dan beramanah lebih terserlah dikalangan peniaga Cina.
10. Peniaga atau pengusaha Melayu walaupun kuat berdoa tidak mengamalkan apa yang di sarankan dalam ajaran Islam seperti... amanah, rajin berusaha, tidak mungkir janji dan melakukan sesuatu itu dengan sebaik mungkin.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 19 December 2014

Penjawat awam diingat tidak sebar dokumen kerajaan di laman sosial

Lokasi : Dewan Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun


Penjawat awam di negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat serta dokumen berkenaan kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Beliau berkata perkara tersebut tidak harus diambil ringan berikutan ia membabitkan kedaulatan dan keamanan masyarakat di negara ini.
"Sebagai penjawat awam kita diberi amanah dan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

"Kita perlu patuh dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, hari ini.

Persidangan bertemakan "Cabaran dan Masa Depan Agensi Badan Berkanun" selama dua hari sehingga esok itu dihadiri seramai 600 peserta daripada 100 agensi badan berkanun. – Bernama, 18 Disember, 2014.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
Pegawai dan kakitangan kerajaan dinasihat jangan jadi Pak Turut dan hanya mengikut membabi buta walaupun mereka sedar dan mengetahui orang atasan mereka melakukan kesilapan. Mereka mesti berani menegur..

Tuesday, 16 December 2014

Anwar akui menjadi orang perantara Hadi Awang dan Lim Kit Siang

Lokasi: Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Anwar Ibrahim mengenai harga minyak dunia

Tarikh : 12/12/2014


Hadi Awang dan Lim Kit Siang masih tidak boleh bersemuka dan duduk semeja. Anwar Ibrahim akui sedang berusaha untuk memulihkan keadaan dan buat sementara menunggu pulih beliau nampak gayanya akan memainkan peranan perantara atau adakalanya menjadi postmen yang menghubungkan Kit Siang dan Hadi..  





Anwar sudah bagi peringatan krisis kewangan kepada Najib Razak

Lokasi: Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Anwar Ibrahim mengenai harga minyak dunia

Tarikh : 12/12/2014



Anwar dakwa Najib buat tak endah dengan peringatan yang dibuat beliau pada bulan Ogos lalu. Anwar mendakwa Malaysia sedang menuju ke arah krisis kewangan dengan kehilangan hasil hampir 40% dari kejatuhan harga minyak mentah. Penurunan nilai Ringgit Malaysia dipasaran kewangan juga menambah burukkan lagi keadaan pada keseluruhan nya. Rakyat pula dibebankan dengan GST bagi menampung sumber kewangan kerajaan. Adakah kerajaan Najib akan mengujudkan satu lagi 1MDB bagi mendapatkan pinjaman luar negara bagi menampung perbelajaan kewangan negara ?





1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10