Monday, 22 June 2015

Program Biro Kebajikan UMNO sepanjang Ramadhan 2015

Lokasi : Masjid Negara, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Pelancaran Program Ramadhan Mubarak Peringkat Nasional
anjuran Biro Kebajikan UMNO

Tarikh : 21/6/2015



Biro Kebajikan UMNO Malaysia memulakan program dengan mengagihkan buah kurma, air zam zam dan kain untuk baju Melayu kepada 6,298 buah masjid diseluruh negara termasuk Labuan. Selain daripada Sarawak pengagihan akan dilakukan oleh ketua-ketua UMNO bahagian. Di Sarawak pengagihan tersebut akan dilakukan oleh Pejabat Ketua Menteri.

Pelancaran diperingkat Nasional disempurnakan oleh Perdana Menteri bermula dengan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini ada lah tahun keempat program seumpama ini dilakukan oleh Biro Kebajikan UMNO.


1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
 9
 10

Sunday, 21 June 2015

Pewaris Lincah akan meneruskan legasi Mahaguru Omardin

Lokasi : Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Taman Sunway, Batucaves, Kuala Lumpur

Acara : Penghormatan terakhir sebelum pengkebumian Almarhum Mahaguru Omardin

Tarikh : 20/6/2015


Mahaguru Seni Silat Lincah, Mahaguru Omardin Pendekar Negara telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.20 pagi ini setelah mengalami komplikasi akibat kanser tulang. Rakaman dibuat sebelum solat jenazah setelah ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya difahamkan DS Najib Razak tiba di Kompleks Lincah dan sempat solat jenazah kali kedua sebelum beliau berlepas ke Pekan.

Ikuti rakaman temubual bersama Mahaguru Muda Silat Lincah, Datuk Megat Zulkarnaian mengenaisaat saat terakhir bersama Almarhum ayahanda beliau.

Video 1

Video 2 - Rais Yatim kehilangan seorang sahabat 

Video 3 - PESAKA akan terbitkan memoir Mahaguru Omardin

1
 2
 3
 4
Sultan Melaka juga turut hadir memberi penghormatan terakhir
 5
 6
Ismail Sabri
 7
Rais Yatim 
8
 9
Ali Rustam
 10

Friday, 19 June 2015

Bacul dan Penakut sangat ke Najib Razak ???

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya


Tarikh : 17/6/2015


Bottomline : Mesej dari Bekas timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Dato' Sri Khairuddin Abu Hassan kepada Najib Razak... mengapa jadi Pahlawan Bugis yang BACUL dan PENAKUT yang tak berani berdepan dengan Tun Dr Mahathir ? Mengapa perlu hantar "kucing kurap PKR" untuk mencabar Tun M ?... 

P.S - Bila lah nak selesai ??





Kucing Kurap yang hina Rosmah diguna untuk cabar Tun M pula

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya


Tarikh : 17/6/2015


Reaksi orang UMNO terhadap cabaran "kucing kurap PKR" kepada Tun M untuk di gerudi atas pentas #Nothing2Hide anjuran SAMM. Perhatian kepada komen Dato' Hamidah mengenai tuduhan yang dibuat selama ini oleh 'kucing kurap' mengenai cincin Rosmah. 





Thursday, 18 June 2015

Jawapan Tun M kepada jemputan 'kucing kurap PKR'

Lokasi : Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Perjumpaan antara Tun Dr Mahathir dengan pengamal media sosial anjuran
"Kamy Mahathir"

Tarikh : 17/6/2015


Perjumpaan tertutup anjuran 'Kamy Mahathir' mula nya khas untuk beberapa orang yang  sahaja, tetapi berita mengenai nya telah terbocor ke pengetahuan penggiat sosial media lain yang pro-Tun M. Maka venue telah bertukar dari bilik mesyuarat ke auditorium YKP dengan kehadiran 148 orang kesemua nya, ada yang terbang dari Sabah untuk bertemu Tun M.

Tujuan perjumpaan ini ialah bagi mendapat penjelasan dari Tun M mengenai isu 1MDB, mengenai isu politik semasa dan  masa depan serta cabaran yang dihadapi kepimpinan UMNO / BN. Sesi soal jawab berjalan dengan penuh enthusiastic oleh para peserta mengenai isu-isu yang berbangkit.

Soalan akhir yang diajukan oleh pengerusi majlis ialah mengenai cabaran Chegu Bard kepada Tun M untuk menghadiri sesi #Nothing2Hide anjuran SAMM, bertujuan untuk menyoal beliau mengenai isu-isu semasa 22 tahunpentadbiran Tun M. 

Ini jawapan Tun M kepada 'kucing kurap PKR' yang cuba 'menangguk di air keruh' dalam kemelut antara beliau dengan Najib Razak.

P.S - Kalau sanggup dan berkemampuan , penuhi sajalah syarat yang diketengahkan oleh Tun M. Janganlah jadi alat untuk mengalihkan isu dari Najib Razak dengan cubaan menelanjangkan Tun M 



1
  2
 3
 4
 5
 6
148 penggiat media sosial menyertai perjumpaan ini majoriti tanpa jemputan
 7
 8
Bawa banner, bawa bendera "I Luv PM" tapi undi tak dapat
 9
 10
Peserta dari Sabah menceritakan pengalaman beliau menyertai majlis sambutan Najib Razak di Tawau

Tuesday, 16 June 2015

Najib anak Razak tidak berjiwa Melayu seperti Razak

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Kunjungan hormat ahli UMNO Perak keatas Tun Dr Mahathir

Tarikh : 20/4/2015


Ringkasan video:

1. Tun M terhutang budi kepada Tun Razak kerana mengangkat beliau  keperingkat tertinggi dalam UMNO
2. Tun M ingin membalas budi melalui Najib anak kepada Razak
3. Tun M telah pun melakukan segala yang perlu bagi memastikan Najib anak Razak berada dikedudukan beliau sekarang.
4. Tun kecewa kerana Najib tidak memimpin seperti anak Tun Razak kerana tidak memberi keutamaan kepada orang Melayu. 1Malaysia yang diperkenalkan Najib sama saja dengan Malaysian Malaysia yang menganggap semua orang Malaysia sama saja.
5. Cara Najib mengenepikan Dasar Ekonomi Baru..
6. Najib anggap Cash is King. Pemberian BR1M dipercayai akan dapat menarik sokongan rakyat.
7. Orang yang dah bersara pun diberi taraf Menteri untuk memastikan sokongan mereka. 
8. Tun M menahan sabar kerana tak mahu orang menganggap beliau memang tak boleh 'get along' dengan semua orang.
9. Dalam PRU13 Tun M memberi sokongan tak berbelah bagi kepada Najib sehingga Kedah dimenangi semula oleh BN. Najib pula ditolak dengan nyata oleh pengundi Selangor

Selebihnya dan untuk perincian sila tonton video ini sehingga habis. Terima kasih.


1
 2


Projek perumahan di tapak lama Kg Chubadak mendapat sambutan hangat

Lokasi : Dewan Serbaguna, Kementerian WP, Presinct 2, Putrajaya

Acara : Majlis Pelancaran & Sesi Pengundian Projek RUMAWIP SKYAWANI Residensi WPKL

Tarikh : 15/6/2015


Projek perumahan dan pembangunan semula di tapak lama Kg Chubadak mendapat sambutan luar jangkaan para pembeli. 50% quota Bumiputera habis terjual.

Topik lama mengenai projek ini :


1
 2
3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 15 June 2015

Najib sendiri yang menimbulkan syak terhadap beliau dalam isu 1MDB ?

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Kunjungan hormat ahli UMNO Perak keatas Tun Dr Mahathir

Tarikh : 20/4/2015


Bottomline : Membelanjakan wang pinjaman sebanyak RM42billion tanpa pengetahuan kabinet dan pengelibatan Jho Low menimbulkan banyak kesangsian dan syak terhadap kewibawaan Najib Razak sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada pandangan Tun M..


1
 2


PASMA mencuba nasib sebagai broker politik

Lokasi : Nasi Kandar Musa, Glenmarie, Selangor

Acara : Sidang media sempena Wacana PASMA Nasional

Tarikh : 13/6/2015



Please refer to my FB quick entry for early comments

"Mesyuarat PASMA telah memutuskan akan menubuhkan satu party politik baru yang akan di tawarkan untuk menjadi party komponen dalam satu Pakatan yg baru. Mereka merasakan bahawa pakatan rakyat yg sedia ada sudah terkubor dengan keputusan yg telah diambil oleh pengurusan PAS dalam muktamar yg baru lalu.. PASMA pula akan kekal sebagai sebuah NGO"




1
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8