Google+ Followers

Sunday, 22 June 2014

Persembahan anak-anak Permata Seni membanggakan

Lokasi : Istana Budaya, Kuala Lumpur

Acara : Konsert Permata Seni Muzik "Persahabatan Merentas Generasi"

Tarikh : 21/6/2014


Najib, Rosmah Saksi Konsert Permata Seni 'Persahabatan merentasi Generasi'

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir menyaksikan konsert khas anak-anak Permata Seni 'Persahabatan Merentasi Generasi' di Istana Budaya, di sini malam Sabtu.

Konsert itu diadakan bersempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia dengan China.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng.

Konsert yang dipentaskan selama tiga hari bermula semalam itu melibatkan seramai 120 anak-anak Permata Seni yang terdiri daripada 40 pelajar masing-masing daripada Permata Seni Tari, Permata Seni Muzik dan Permata Seni Koir.

Video yang memaparkan persembahan 60 pelajar dari Beijing Students Golden Sail Art Troupe turut ditayangkan pada konsert itu.

Konsert sama pernah dipentaskan di Beijing ketika lawatan Najib ke China 28 Mei lalu bagi meraikan sambutan ulang tahun hubungan kedua-dua buah negara.

Ia dipentaskan semula di sini bagi membolehkan generasi muda di Malaysia memahami jalinan persahabatan antara Malaysia dengan China.

-- BERNAMA

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33
 34
 35
 36
 37
 38
 39
 40
 41
 42
 43
 44
 45