Google+ Followers

Sunday, 1 February 2015

Penentang kerajaan perpaduan dinyahkan dari Harakah

Lokasi :  Madrasah Tarbiyah, Kg Banda Dalam, Gombak, Kuala Lumpur

Acara : Sesi pendedahan "Harakah Dalam Bahaya"

Tarikh : 28/1/2015


Bekas editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam mendedahkan bahawa berlaku gerakan pembersihan dalam Harakah mereka-mereka yang menentang kelompok UG (unity government) iaitu kelompok-kelompok yang sedang berbaik-baik dengan UMNO

Jualan Harakah merudum dari 125,000 naskah kepada 45,000 naskah 

Krisis yang dihadapi Harakah

1. ditolak anak muda

2. Pas bermusuh dengan NGO

3. PAS bermusuh dengan komponen

4. Editorial dalam delima kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden yang menghentam komponen Bagaimana hendak disiarkan kenyataan Presiden sedangkan PAS masih lagi dalam Pakatan Rakyat ?

Delima dalam parti

1. Setiausaha Dewan Ulamak Pusat, Dr Khairuddin At-Takiri  mahukan Harakah menjadi suara rasmi PAS dan hanya menyiarkan berita parti sahaja bukan berita-berita parti komponen

2. puak ulamak pula tidak mahu bekerjasama dengan Harakah... susah hendak mendapat ulasan mereka dalam isu-isu semasa berbanding dengan Khalid Samad, Mujahid dan Hanipah Maidin
yang boleh memberi ulasan on the spot

Permit Harakah hanya sebagai News Letter tetapi KDN tutup sebelah mata walaupun Harakah diterbitkan dalam bentuk suratkhabar penuh

Ikuti rakaman sepenuhnya pendedahan oleh Tarmizi Mohd Jam sebagai pembuka mata dan kefahaman umum mengenai kemelut dalaman Harakah. Persoalan saya adakah puak ulamak semakin berkuasa atau sudah mengukuhkan semula kedudukan mereka dalam PAS dan akan meneruskan usaha perpaduan bersama umat Islam UMNO sehingga mencapai kejayaan atau pun ini hanya kocakan dalam air tempayan  keluarga PAS sahaja...? 



1