Sunday, 27 May 2012

UMNO tidak pernah takut dengan Anwar


Venue : Perkarangan Flat Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Event : Ceramah serentak Ummi Hafilda & Anwar Ibrahim

Date : 24/5/2012 @ 9.00 pm 






SIAL !!!


Venue : Perkarangan Flat Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Event : Ceramah serentak Ummi Hafilda & Anwar Ibrahim

Date : 24/5/2012 @ 9.00 pm 


Nah ambik kau Ummi...kau tibai lagi Anwar... lain kali kau pulak kena serang Anwar...sanggup ke kau bertahan macam Anwar anak beranak ?....:)




Saturday, 26 May 2012

Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus


Venue : Perkarangan Flat Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Event : Ceramah serentak Ummi Hafilda & Anwar Ibrahim

Date : 24/5/2012 @ 9.00 pm 


Petikan ucapan Anwar dan Izzah telah saya paparkan... sekarang giliran petikan ucapan Ummi Hafilda pulak. Seperti yang saya catitkan terdahulu, Ummi Hafilda tidak berucap sepenuh nya seperti biasa.. tetapi menggunakan kaedah tunggu, dengar dan tibai dalam berhadapan dengan Anwar dan Nurul Izzah. Ummi yang 'dikenakan' oleh Anwar (sehingga beliau didapati bersalah dalam kes salah guna kuasa), begitu berazam untuk membalas dendam yang disimpan begitu lama. 




Terjejas kah Anwar dengan serangan Ummi?


Venue : Perkarangan Flat Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Event : Ceramah serentak Ummi Hafilda & Anwar Ibrahim

Date : 24/5/2012 @ 9.00 pm 


Kalau orang lain mungkin dah lari meninggal majlis kerana tak tahan dengan serangan dan makian bertali arus dari Ummi Hafilda... tapi tidak bagi Anwar Ibrahim. Walaupun berpeluh peluh sampai pecah suara, beliau tetap meneruskan ceramah seperti dijadualkan... Ini lah kekuatan yang jarang jarang ada pada ahli politik tanahair kita....





Adakah Izzah tertekan ditempat sendiri?

Venue : Perkarangan Flat Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Event : Ceramah serentak Ummi Hafilda & Anwar Ibrahim

Date : 24/5/2012 @ 9.00 pm


Tajuk video cukup mencerminkan keadaan di lokasi ceramah... Bayangkan betapa 'panas' nya suasana di situ ketika serangan bertali arus yang dibuat oleh Ummi Hafilda. Sebagai Ahli Parlimen tuan rumah sudah tentu lah ada kelebihan atau 'advantage' di pihak Izzah. Tapi tidak dalam keadaan malam semalam.. Izzah seolah olah berada di padang lawan.. dia terpaksa menjerit untuk balas serangan.. hilang imej lembut yang biasa dibawa nya...

Saya ulangi apa yang sebut dalam topik terdahulu... lagi baik saya mengelak bertembung Ummi Hafilda dan di panggil pengecut, dari dimaki hamun semahu mahunya oleh beliau didepan penyokong dan kaum keluarga sendiri... kecuali lah saya dapat pergi kedepan pentas Ummi dan balas balik setiap makian dan tuduhan yang dilemparkan...




Sekitar ceramah Ummi VS Anwar - still pics

Venue : Perkarangan Flat Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Event : Ceramah serentak Ummi Hafilda & Anwar Ibrahim

Date : 24/5/2012 @ 9.00 pm


Meriah dan bagaikan pesta pula majlis ceramah yang diadakan di kawasan Pantai Dalam malam tadi. Tapi yang jelas ialah kehadiran ratusan penyokong UMNO tempatan yang kebanyakan nya terdiri dari golongan muda yang berbaju T merah. Mereka membarisi kiri kanan jalan dengan sepanduk dan bendera UMNO dan bersorak seolah olah dalam musim pilihanraya pula.

Yang tidak kelihatan ialah kumpulan AMK, walaupun ketuanya yang dikatakan bakal bertanding di Melaka bukan main lantang berceramah menghentam UMNO dan kerajaan BN. 

Saya turut membuat liputan ketika Ummi dan Anwar 'faced off' semasa pilihanraya kecil Kerdau tahun lalu. Namun pertembungan kali ini lagi hebat kerana jarak antara kedua mereka terlalu dekat, kurang dari 100 meter dan serangan antara kedua mereka cukup jelas didengar oleh kedua dua mereka.

Kalau saya jadi Anwar lagi baik saya elakan pertembungan ini dari dimaki hamun semahu nya oleh si Ummi Hafilda, kecuali lah saya mempunyai jawapan kepada serangan Ummi. Biarlah saya dipanggil pengecut dari dimaki hamun depan penyokong dan anak menantu sendiri. Maluuu....
1/43. Tian Chua, Shahril (laki Izzah) dan Izzah
 2. Kumpulan baju merah, dipercayai pemuda UMNO kawasan Lembah Pantai berkumpul dipintu kecil memasuki tapak ceramah. Mereka merupakan kumpulan seramai lebih kurang 30 orang yang menanti untuk memberi 'sambutan' kepada ketibaan anwar Ibrahim...
 3.
 4. Ummi menggunakan pendekatan 'dengar dan jawab' dan tidak berceramah secara berterusan seperti selalunya. Beliau akan menjawab dan menyerang setiap kali ada perkara yang dibangkitkan oleh penceramah 'seberang sana'.
 5. Di bawah khemah lebih kurang 300 orang tekun mendengar dan bersorak setiap kali Ummi 'menibai' Anwar..
 6.
 7.
 8. Mereka tercari cari 'pembaling telor'
 9. Izzah nampak 'tertekan' dengan serangan bertali arus dari Ummi... Ada penyokong Pakatan yang menghentam saya kerana menggunakan perkataan 'tertekan' ini...Bertenang lah jangan sempitkan pemikiran kamu semua. Ini adalah pemerhatian dan pandangan saya. Letak lah sesiapa pun ditempat Izzah, kalau dimaki hamun dengan pelbagai perkataan dari bapa ke ibu dan keatas diri sendiri, sudah tentu akan berasa tertekan terutama sekali kalau berdepan dengan penyokong dalam kawasan Parlimen sendiri...
 10.


Friday, 25 May 2012

Ambiga enggan terima risalah Halau 1.0

Venue : Kediaman Ambiga, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Event : Protes kumpulan belia Halau 1.0

Date : 24/5/2012 @ 4.30 pm


Kumpulan belia yang bernaung di bawah Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia telah melancarkan gerakan 'HALAU 1.0' dan cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga. Bagaimanapun risalah tersebut hanya diterima oleh Pak Samad yang mewakili Ambiga dan bertindak sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0. 


1/13 Jalan menghala ke kediaman Ambiga semua disekat dan di kawal pihak Polis dan PDRM.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13. Pegawai Polis bernama Bari boleh menggunakan budibicara dan tuturkata yang lebih sesuai dengan pihak media yang membuat liputan. Yang berada didepan rumah Ambiga rata rata wakil media sahaja. Mereka hanya menjalankan tugasan  dan tidak perlu lah 'dihalau' dengan suara yang meninggi. Cukup sekadar memberitahu tahu sahaja. Kami pun bukan nya nak berpanas lebih lama dilokasi. Jangan pulak nanti di label sebagai sekuriti peribadi kepada Ambiga pulak Encik..


Keadilan condemns prosecution of Ambiga

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Presiden Keadilan

Date : 24/5/2012 @ 2.30 pm


Keadilan membantah keras pendakwaan keatas Ambiga dan Jawatankuasa Bersih 3.0 dan mempertikaikan penilaian keatas kerosakan harta benda yang dituntut kerajaan.


Ahli Professional menyertai PKR

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damnsara, Selangor

Event : Sidang Media Presiden PKR

Date : 24/5/2012 @ 2.30 pm


PKR hari ini mengumumkan penyertaan empat tokoh profesional sebagai anggota Keadilan. Mereka adalah Koh Kin Kee, bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad. Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, Sdr Praba Ganesan bekas Pengarang laman portal Malaysian Insider dan Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah undang undang di UIAM.


India PKR tuntut siasatan segera Polis

Venue : Perkarangan Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Event : Penyerahan Memorandum Bantahan kepada Ketua Polis Negara

Date : 24/5/2012 @ 11.00 am


Sekumpulan India PKR telah dibelasah teruk oleh kumpulan pemuda MIC yang diketuai oleh T.Mohan ketika mereka bertembung di luar pejabat Perdana Menteri, Putrajaya kira kira sebulan yang lalu. Ketika kejadian kumpulan India PKR cuba menghantar memorandum kepada PM mengenai seorang pelajar bernama Reshina yang tidak mempunyai kad pengenalan walaupun sudah berumur 15 tahun. Kumpulan pemuda MIC yang jumlahnya dua kali ganda ramainya pula dalam perjalanan menghantar memorandum menyatakan sokongan mereka kepada PM. 

Tidak diketahui sama ada kumpulan India PKR yang dekepalai oleh Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran ini ada membuat sebarang temujanji dengan pihak Bukit Aman untuk menghantar memorandum bantahan ini. Mereka mendesak untuk menghantar nya terus kepada KPN. Tapi setelah berbincang dengan pihak Perhubungan Awam Bukit Aman, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan penyerahan tersebut sehingga KPN bersedia menerimanya sendiri..


1.
 2.
 3. Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran (DAP) akan bertindak sebagai peguam kepada kumpulan ini bersama sama dengan peguam PKR, R Surenderan.
 4.
 5.
 6.


Thursday, 24 May 2012

BERSIH 4.0 akan teruskan gerai depan rumah Ambiga

Venue : Sekinchan Ikan Bakar, Jalan Pahang, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media sekretariat BERSIH 4.0

Date : 23/5/20120 @ 6.00 pm


Walau tanpa permit DBKL, BERSIH 4.0 akan teruskan perniagaan mereka didepan rumah Ambiga dari 24-25/5/2012 seperti yang telah dirancangkan dari jam 3.00-8.00 pm.




1. Datuk Jamal Md Yunus, Pengerusi Bertindak Peniaga Peniaga Kuala Lumpur (memegang mic)
 2. Dato' Salleh, bekas Pengarah Risikan Negara
 3. Lamboghini berharga RM1.1 juta yang bakal menjadi hadiah pemenang cabutan bertuah setelah rakan FB Bersih 4.0 mencecah 1,000,000. Berita lanjut di : Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW
 4.
 5. 


Apa itu Assobiyah sebenarnya?


Venue : Padang Futsal, Kg Melaka, Bagan Tengkorak, Tg Karang, Selangor


Date : 19/5/2012 @ 9.30 pm

'Mencintai bangsa dan negara adalah separuh daripada iman. Nabi kita pun mencintai bangsa Quraisy dan Negara Arab...' - Ust Kamal Saidin..