Wednesday, 23 January 2013

JATI desak KDN tegas pantau isu kalimah Allah

Venue : Kediaman Dr Hasan Ali di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Event : Sidang media mengenai penggunaan kalimah ALLAH

Date : 22/1/2013 @ 2.30 pm




1/14
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.

Tuesday, 22 January 2013

Mampukah Najib lakukan seperti Anwar demi undi?

Venue : Taman Sentosa, Kg Medan, Selangor

Event : Sambutan Ponggal anjuran PKR Lembah Pantai

Date : 20/1/2013 @ 9.00 pm


Anwar sudah tentu nya berbakat dan nampak santai dan berhibur apabila beliau sendiri melakukan rutin diatas pentas. Para penyokong dan hadirin juga amat terhibur dengan gelagat beliau mendekatkan diri kepada diri. Ini diharapkan dapat diterjemahkan dengan penambahan undi dalam PRU13 akan datang.

Najib pula bagaimana? 



Anwar & Izzah raikan Ponggal Lembah Pantai

Venue : Taman Sentosa, Kg Medan, Selangor

Event : Sambutan Ponggal anjuran PKR Lembah Pantai

Date : 20/1/2013 @ 9.00 pm


 1/33
 2.
  3.
 4.
 5.
  6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Monday, 21 January 2013

Masjid Tengkera warisan Melaka

Venue : Masjid Tengkera, Tengkera, Melaka

Event : Perkongsian maklumat 

Date : 21/1/2013 @ 3.45 pm


Hari ini saya berpeluang menunaikan solat Zohor di salah sebuah Masjid yang tertua di Negeri Melaka. Masjid ini lah yang telah menjadi tempat pertemuan saya dengan guru guru agama yang membantu memperbetulkan perjalanan rohani saya ketika mula mula 'berhijrah' pada awal tahun 2000.

Banyak sudah pembaharuan dan  penambahan kemudahan telah dilakukan bagi keselesaan
pengguna masjid ini. Yang nyata ialah kemudahan tandas moden yang bersih dan tempat wuduk berpaip. Tempat solat wanita yang luas juga telah disediakan.

Nostalgia hijrah kerohanian yang saya anggap hanya dapat dirasai sekali seumur hidup membuatkan saya sebak dan menitiskan air mata. Saya amat merindui perjalanan tersebut. Terasa dekat dengan Pencipta ketika itu dengan setiap amalan wajib dan sunat dilakukan dengan penuh tekun dalam usaha mendapat keredhaan Illahi... 

Ya Allah kembalikan lah semula perasaan rindu yang teramat rindu ku pada Mu... Jangan lah kau lalaikan aku dengan urusan duniawi yang tiada kesudahan nya ...

1/23
2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Saturday, 19 January 2013

Persandingan Ummi diserikan Najib & Rosmah

Venue : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Majlis Persandingan Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan

Date : 18/1/2013 @ 9.00 pm



Perhatian : Entry ini akan dikemaskini dalam masa 48 jam. Ada beberapa segmen foto yang masih belum di proses. Harap bersabar...

Kemaskini lengkap pada jam 2.00 pm, 20/1/2013. 



1. Persembahan hiburan sepanjang majlis persandingan


2. Ucapan kesyukuran oleh Ummi Hafilda


3. Lagu cinta Ummi  untuk Dr Zaman 




4. Antara senyum dan tangis Mak Tom


1/
2.
3.
 4.
5.
 6.
 7.
 8.

 9.

 10.



Khairy Jamaluddin jangan warisi budaya Flip Flop

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO diminta jangan berbohong kepada rakyat Malaysia kerana keputusan beliau untuk menafikan membuat tuduhan keatas Anwar Ibrahim adalah keputusan beliau sendiri dan bukan dibuat atas sebarang desakan atau perundingan dengan Anwar.

Dengan menafikan pernah mengeluarkan kata kata yang menuduh Anwar (1) menjadi  Boneka Yahudi dan Amerika Syarikat dan juga (2) menjadi pengkhianat dalam perjuangan Melayu semasa berceramah di Kuala Kangsar pada 1/8/2007, bererti beliau telah pun menarik balik tuduhan beliau keatas Anwar.

Ini membuka opsyen pula kepada Anwar untuk mengkaji semula tindakan saman beliau keatas Khairy. Namun Anwar memilih dan mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan kes antara mereka dan  membatalkan saman RM100 juta keatas Khairy.

Ini telah dipersetujui dan telah dicatat dalam Terma Penyelesaian (Settlement Terms) yang telah ditandatangani oleh Messrs Gobind Singh Deo & Co (bagi pihak Anwar) dan Messrs Shafie & Co (bagi pihak KJ) dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi pada 16/1/2013.

Harap harap fenomena Flip-Flop tidak diwarisi dan kes ini menemui penyelesaian yang muktamad. Pemerhati dan penyokong kedua dua belah pihak dah naik letih mengekori kes kes saman seperti ini. Pemimpin harius tegas dan berani dalam membuat apa saja keputusan dan pendirian. 




Majlis Syura tiada kuasa dalam Pakatan Rakyat

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


PKR akan hanya berpegang kepada apa yang telah dipersetujui oleh Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam isu Kalimah Allah seperti yang telah diumumkan oleh Hadi Awang pada mesyuarat 8/1/2013. 

Majlis Syura adalah Unit dalaman PAS dan apa saja yang diputuskan mereka tidak mengikat Pakatan Rakyat. 



SAPP diminta munasabah dalam permintaan kerusi

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


SAPP diminta utntuk mengkaji semula permintaan mereka untuk bertanding di 40 daripada 60 kerusi DUN yang akan dipertandingkan dalam PRU13 akan datang. Anwar meminta Yong Teck Lee untuk membuat sesuatu yang munasabah bagi membolehkan PKR, DAP dan PAS turut sama bertanding di Sabah kelak.




Friday, 18 January 2013

Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad

Venue : Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor

Event : Bicara Minda Tun Dr Mahathir

Date : 17/1/2013 @ 3.00 pm


1/81
 2
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tun Dr M lulus kerakyatan mengikut prosedur

Venue : Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang media selepas majlis Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad

Date : 17/1/2013 @ 5.30 pm


Terserlah ketokohan Tun Dr Mahathir sebagai negarawan ulung bila berdepan dengan wartawan yang hadir dengan satu tujuan, untuk menyerang bagaikan pihak pendakwaan lakukan di kamar mahkamah. 

Isu yang dibangkitkan ialah isu pemberian taraf kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah sebelum pilihanraya yang lalu. Satu Suruhanjaya DiRaja telah ditubuh khusus untuk menyiasat perkara tersebut. Pendengaran sedang giat berlangsung ketika ini. Difaham kan hampir 200 orang akan dipanggil untuk memberi keterangan.





Chief Economist yang dipecat sah ahli PKR


Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am



1.
 2.


KENYATAAN MEDIA  |  17 JANUARI 2013

HENTIKAN TEKANAN POLITIK DALAM SEKTOR KORPORAT

Saya merujuk tindakan pengurusan Bank Islam yang menggantung serta-merta perkhidmatan Saudara Azrul Azwa Ahmad Tajuddin dari jawatannya sebagai Ketua Juruekonomi (Chief Economist) ekoran pandangan yang dibuat mengenai senario keputusan PRU - 13 yang pastinya menjadi perhatian pelabur dan pengurus dana antarabangsa.

Tindakan tergesa-gesa oleh pengurusan Bank Islam itu meninggalkan kesan yang buruk kepada profesionalisme sektor korporat dan pengurusan institusi kewangan, terutamanya yang dikawal oleh kerajaan.

Dari pengamatan saya, Saudara Azrul Azwa membentangkan hujah-hujah beliau yang memberikan beberapa senario sebagai kemungkinan keputusan pilihanraya. Senario-senario ini adalah berdasarkan analisa beliau. Saya berpandangan, analisa yang diberikan itu adalah satu pendapat profesional yang didasarkan kepada angka-angka yang boleh dipertahankan.

Sewajarnya sektor korporat Malaysia menggalakkan pengurusan tertingginya supaya bertindak secara objektif dan bebas, asalkan mereka dapat mempertahankan keputusan yang diambil secara empirikal dan rasional. 

Keyakinan pelabur kepada syarikat-syarikat besar negara, terutamanya GLC yang dikawal kerajaan, banyak bergantung kepada budaya kerja profesional dan amalan tata kelola yang dipamerkan oleh pengurusan syarikat-syarikat ini.

Oleh sebab itu, tindakan tergopoh - gapah menggantung Saudara Azrul Azwa membayangkan ada tekanan politik agar tindakan tersebut diambil. 

Kenyataan Saudara Azrul Azwa bahawa beliau bersimpati dengan ketuanya yang terpaksa berhadapan dengan tekanan politik susulan peristiwa ini mengesahkan wujudnya campur tangan politik di dalam pengurusan Bank Islam dan GLC yang lain.

Maka, saya menggesa Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk menghentikan serta merta campur tangan dan tekanan politik terhadap pengurusan Bank Islam supaya mereka boleh berkhidmat secara profesional dan bebas.

Saya juga menyarankan supaya pengurusan Bank Islam membatalkan penggantungan perkhidmatan Saudara Azrul Azwa memandangkan tindakan Bank Islam memberi gambaran institusi ini tidak menghargai profesionalisme dan kebebasan minda yang diamalkan oleh ketua juruekonominya sendiri.


AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN