Google+ Followers

Wednesday, 3 October 2012

Majlis Peguam amal dasar pilih kasih dan rasis

Venue : Pejabat Majlis Peguam, Kuala Lumpur

Event : Penyerahan Memorandum Bantahan oleh

Date : 2/10/2012 @ 3.30 pm


Memorandum ini telah disampaikan kepada Majlis Peguam pada 2 oct 2012, jam 3 45 ptg. Seramai 100 wakil2 ngo telah berhimpun secara aman di pej Majlis Peguam.







MEMORANDUM BANTAHAN
KEPADA
MAJLIS PEGUAM MALAYSIA


Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat  dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.

Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% - 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.

Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.

Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis.

Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.
Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat  nikmati sekarang.

Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini.

Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.

PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.


Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) 

Jaringan Cina Malaysia (JCM)

Pertubuhan Waris Malaya

4 Justice

Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)


2 Okt 2012