Google+ Followers

Sunday, 30 March 2014

TPPA tidak menguntungkan Malaysia - Tun Dr Mahathir

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Pencadang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sudah tentu tidak mencadangkan sesuatu yang akan merugikan mereka. Negara-negara kecil yang bergantung kepada perdagangan dengan pencadang akan mudah terkesan dan tertekan dengan pelbagai syarat perdagangan yang tidak memihak kepada mereka, tetapi terpaksa akur kerana tidak mempunyai kekuatan sendiri. 

Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa TPPA tidak membawa banyak faedah kepada Malaysia kerana syarat-syarat yang dikenakan akan menyebabkan Malaysia lemah dan tidak dapat melindungi industri nya sendiri. Contoh yang terang ialah sekatan dan kuota yang kita kenakan keatas beberapa jenis industri demi memastikan perkembangan dan kematangan industri yang dibangunkan sendiri di Malaysia. Dibawah TPPA semua jenis sekatan dan perlindungan yang kita kena kan harus di tarik balik untuk membuka jalan kepada pelabur asing masuk dan mengambil semua peluang yang ada di Malaysia dengan kekuatan kewangan dan jaringan antarabangsa yang mereka punyai.  

Ikuti pandangan Tun mengenai TTPA... (sila gunakan headphone untuk lebih jelas)