Google+ Followers

Sunday, 15 February 2015

Anwar is in high spirits, thin and in pain

Lokasi : Persimpangan traffik SOGO dan Kompleks Pertama, KL

Acara : Flash mob solidariti Anwar Ibrahim

Tarikh : 14/2/2015


Rakaman saya ini hanya untuk bahagian SOGO sahaja kerana saya tidak mengikuti kumpulan ini berarak kearah Menara Maybank melalui Jalan TAR dan Masjid Jamek.

Kehadiran sekitar 100-150 orang sahaja terdiri kebanyakkan nya budak-budak muda berpakaian hitam dan membawa bendera hitam melambangkan apa yang mereka dakwa, mati nya demokrasi dan kehakiman dinegara ini. Seperti biasa kehadiran wakil media dan Polis yang bertugas hampir menyamai jumlah yang berdemo.

Antara mereka yang berucap ringkas ialah Bawani (Pemuda Sosialis), Nik Nazmi (Ketua AMK), Safuan Anang (Lensa Anak Muda Malaysia), Rara (Pemuda DAP), Danny (Wakil Mahasiswa UM), Adam Adli (Aktivis Sosial) dan Nurl Izzah

Aktiviti sebegini dijadual akan berlangsung setiap hari Sabtu sehingga lah Anwar dibebaskan.

Nurul Izzah memberi terjemahan ringkasan ucapan beliau kedalam Bahasa Inggeris bagi digunakan oleh wakil media asing. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan mengenai keadaan Anwar Ibrahim sekarang... "in high spirits, thin in pain but in high spirits". Keluarga sudah dibenarkan melawat ke ?




Ini baru sahaja diterima untuk perkongsian bersama


KENYATAAN MEDIA
14 FEBRUARI 2015
PKR PERLU MUHASABAH DIRI, HENTI SIKAP TUDING JARI

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti menuding jari  kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.

Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli parti tersebut dengan jujur, bijak dan matang.

Reaksi pantas parti tersebut terhadap demontrasi ahli parti mereka yang meminta PKR melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Umum PKR bagi menggantikan Datuk Seri  Anwar Ibrahim membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak.

Malah, Tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dengan mudah dan tanpa rasa bersalah menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai dalang tersembunyi di sebalik demontrasi tersebut lebih kepada tindakan kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.

Tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini, kini permasalahan dalaman PKR yang kian membusuk pula mahu dipalitkan kepada mantan Menteri Besar Selangor itu.

Selaku seorang negarawan, Tan Sri Khalid Ibrahim terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawa, justeru menuduh beliau sebagai dalang yg bersembunyi adalah satu penghinaan melampau yang dilakukan oleh pimpinan PKR.

Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan  mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS
KEPADA AHLI DEWAN NEGERI PELABUHAN KLANG
DAN AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

***********************************
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18