Wednesday, 30 May 2012

KSN meraung minta sambung kontrak depan Najib?

Suatu cerita

Hujung minggu lalu saya berkesempatan bersembang dengan beberapa kenalan dari  kalangan pegawai kanan kerajaan yang bertugas di Putrajaya. Antara topik terpanas ialah mengenai kedudukan Ketua Setiausaha Negara yang akan tamat tempoh khidmat beliau tidak berapa lama lagi.

Yang menarik nya ialah cerita mengenai KSN yang sanggup ambil cuti peribadi untuk ke London semasa lawatan kerja Najib disana baru baru ini. Apa tujuan sebenarnya KSN kesana tidak lah diketahui, tapi cerita beliau pergi mengadap dan 'menangis' depan Najib dan Rosmah untuk sambung kontrak itu lah yang menjawab topik hangat perbualan kami. Kalau tak silap saya ini sambungan kali ke empat.

Kenalan saya beritahu yang pegawai pegawai kanan dalam pentadbiran kerajaan sekarang sudah naik 'fed-up' dengan KSN yang sedia ada dan kerajaan pada am nya dan seterusnya kepada kepimpinan Najib yang dilihat sebagai lembik dan terlalu bergantung kepada KSN tersebut. Apa yang special sangat?. Apa nak jadi dengan timbalan timbalan beliau yang kanan kanan ? Semua nya akan pencen terlebih dahulu dari beliau dan yang akan naik jadi timbalan pula mereka mereka yang belum cukup masak....

Saya tak pernah berkhidmat dalam kerajaan dan bukan arif sangat dalam hal hal pentadbiran dan naik turun pangkat dalam kerajaan.. Sahabat blogger saya ada membuat laporan yang menarik di SINI



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan yang kanan sekali. Dirakam semasa perasmian sidang Dewan Rakyat yang baru lalu



5 comments:

  1. lama sangat dah KSN. dio dah letih dah...... terkonal blog tuan ni. saya dah pautkan blog tuan. Pohon tuan mempautkan blog saya juge. TK. blog saya : www.myhomesoil.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Apa yg lama sangat? Macammana nak turun kalau belum sampai lagi masanya! Sememangnya, orang yang bagus lagi cekap - payah dicari ganti. Itulah hakikatnya. Gabenor Bank Negarapun lama, tak pula kecoh. Pos KSN pos sensitif dan bukan boleh dijadikan barang eksperiman - kalau peggantinya tak bagus macammana pula? Sampai ketika dan masanya, tahulah dia turun, beliaupun dah penat juga dan nak turun tapi mungkin orang lagi atas suruh dia bersabar dulu sehingga keadaan stabil.

    ReplyDelete
  3. KSN SANGGUP CUTI PI LONDON JUMPA NAJIB TU SEBAB DIA NAK MERAYU KAT PM MINTAK JANGAN SAMBUNG KONTRAK DIA. DIA PENAT DAH NAK REHAT. DIA NAK BAGI PELUANG KAT ORANG LAIN PULAK.

    APA RA ENGKORANG NI, SEMUANYA NEGATIF. BERFIKIRAN POSITIF LA SIKIT.

    -artis-

    ReplyDelete
  4. Kita perlu bersyukur beliau masih lagi mahu berkhidmat dan diminta tidak berundur dari tugasnya demi bangsa dan negara, jika tidak dah lama dah dia dengan senang hati berundur. Memang tidak dinafikan dengan sambungnya perkhidmatannya, ada yang menelan air liur - pun begitu, itu adalah perkara yang bukan lumrah dimana-mana organisasi.

    Mungkin PM lebih mengetahui apa yang rata-rata tidak difahami orang -orang lain

    ReplyDelete
  5. Kita perlu bersangka baik pada KSN. Dia bukannya orang politik tetapi penjawat awam berjawatan turus. Seperti mana-mana orang, dia pun mahu berhat tapi apa kan daya bakat dia masih diperlukan oleh PM dan YDPA.

    ReplyDelete