PARTI KEADILAN RAKYAT
ISNIN | 7 MEI 2012
Kasih Anak: Saya Tidak Pernah Derhaka
Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.
Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.
Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan UMNO janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik UMNO yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.
Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.
Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh UMNO dan media yang ditunggangi mereka.
Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah UMNO. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.
Mohamed Azmin Ali
mmmmm bley dipercayai ker.... hanya allah saja yg maha mengetahui.....
ReplyDeletenak kona lagi tu..
ReplyDeletefaizu
Entah lah
ReplyDeleteApakah benar dah lama tak balik rumah mak. tak talifon mak walaupun tinggal dekat dengan rumah mak...
ReplyDeleteSAYA RASA NAK MUNTAH BACA PENJELASAN DARI AZMIN INI. JIKA DIA BENAR BEBAR SAYANG DAN HORMAT KEPADA IBUNYA, KENAPA DAH SETAHUN LAMANYA TAK MENJENGOK IBU ? AZMIN, AZMIN, KAU DERHAKA PADA IBU KAU PUN, KAU NAK SALAHKAN UMNO?
ReplyDeletemana ada setahun bulan 8 taun lepas sampai 4 taun ni. mengong .kira bulan la jgn kira taun. tak sekolah ker.
Deletedari bau kentut nya pun dah kenal mana dtg nya PRODUCT ....?
ReplyDeletemat jenin sampai loni masih simpan angan2 nk tawan putra jaya.....
LAWAN TETAP LAWAN....hehehe
LAWAN SAMPAI BENGKOK.........
ALLAH SWT MAHA AGUNG.
ReplyDeleteKIFARATNYA PASTI BENAR....MATI ITU BENAR.
KARMA PUN BENAR...SAMA2 KITA TUNGGU BAH...
Dier tak mengaku menderhaka lagi tu...padahal ibunya sendiri yg cakap....dah sahla menderhaka...ini bukan konar baring lagi ni....dah terbalik guling2 punya konar ni...
ReplyDeleteTetap amalkan stlye yahudi mempertahankan diri.Allah maha mengetahui..
ReplyDeleteHEBAT sungguh azmin bermain LAKUNAN POLITIK dgn ALLAH SWT.dgn ibunya,adik2nya,anwarnya,presiden pkr nya,,dap,pas,umno,bn....n...RAKYAT MALAYSIA n DUNIA...syabas sejarah dah terbukti...KEHANCURAN MENANTI..wait n sabar menanti..anugrah ILAHI.
ReplyDeleteAll azmin has to do is to go back home and make her mother smile again... kenapa nak tuduh-tuduh umno plak?
ReplyDeleteAnd remember, bukan kita sendiri yang menilai kita derhaka atau tak kepada mak bapak kita... "saya tak pernah dahaka kononnnnn"
Ibu dia penyokong UMNO kot!
ReplyDelete