Tuesday, 17 December 2013

Ku Nan mengaku silap dan mohon maaf

Lokasi : Park & Ride Tasik Selatan, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Park & Ride Tasik Selatan

Tarikh : 17/12/2013


Bukan saja orang ramai yang keliru pasal cadangan kenaikan cukai pintu, kami yang membuat liputan pada mulanya memang terkeliru jugak... Saya perhatikan setiap kali sidang media, para wartawan akan bertanya benda yang sama berulang ulang kali, iaitu bagaimana penilaian semula dilakukan.

Kini sudah terungkai, penilaian dilakukan berdasar nilai setahun sewaan premis. Kadar cukai pintu tidak berubah dan masih dalam pertimbangan oleh DBKL. Ku Nan mengaku bahawa kekeliruan berlaku apabila Notis dihantar kepada pemilik-pemilik premis tanpa penerangan terperinci. Beliau telah mengarahkan DBKL untuk mengeluarkan surat pekeliling dalam masa terdekat ini untuk memberi penerangan terperinci mengenai mekanisma yang digunapakai. 

Kesilapan tetap kesilapan, tetapi sikap berani mengaku adalah sikap yang terpuji. Harap-harap DBKL akan lakukan yang terbaik kali ini untuk meraih semula keyakinan warga kota.





4 comments:

  1. yang paling suka xnak mintak maaf adalah pihak Pembangkang itu sendiri, mana pernah mereka meminta maaf semenjak merdeka lagi, apa yg mereka mahu asyik nak tuduh-menuduh tapi nak minta maaf, jauh panggang dari api, tapi duit kerumun macam semut

    ReplyDelete
  2. Jangan bandingkan kerajaan memerintah dengan pembangkang yang tak ada maruah dan rasa malu. Mereka semua bangsat umpama pemakan bangkai. Syabas Tengku Adnan Tengku Mansor.

    ReplyDelete
  3. syabas "Tengku" Adnan? Mabuk ka?

    ReplyDelete